Pages

27 February 2009

why?....Kenapa?....Limaza?

KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"

-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

-Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

-Surah At-Taubah ayat 129


ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!

"... .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."

-Surah Yusuf ayat 12


Apa macam???...Sudah jelas bukan jawapan-Nya

25 February 2009

Ada Apa Dengan "Stress"

Agaknya sudah lama saya tidak menghantar sesuatu ke ruangan ini,InsyaAllah kali ini saya nak bercerita pula.Bukan cerita nabi,bukan cerita Rasul,bukan cerita lawak tapi satu cerita yang mungkin dapat buat kita menghargai makhluk Allah ini yang ramai diantara kita pernah bersamannya dan mengenalinya.Orang putehnya sebut "stress",orang melayu kita pula sebut "tekanan".

Ceritanya begini......

Pada suatu hari yang damai dan agak panas pada paginya,si ibu sedang sibuk menjemur kain di ampaian dihadapan rumahnya sambil kedengaran bunyi kereta dan kenderaan yang lalu lalang di jalan berhampiran rumahnya menandakan jalan itu sentiasa sibuk.


Manakala si anaknya pula lebih kurang umur 4 tahun sedang gembira dan leka bermain dengan sebiji bola kegemarannya dihadapan rumah bersama-sama ibunya yang menjemur kain.Si ibu terus melakukan kerjanya menjemur kain tanpa menggangu anaknya bermain.

Ketika sedang leka menjemur kain,tanpa disedari si anak telah terlajak bermain sehingga ke jalan raya yang terletak dihadapan rumahnya.

Lalu....pittt...pittttttttttt.....bunyi hon sebuah kereta memberi amaran kepada anak kecil itu dan gonggg...genggg...gerrghhh...terus melanggar anak kecil itu.

Anak yang dilanggar tadi terperosok betul2 ditengah2 dan dibawah kereta itu.Si ibu yang terkejut mendengar bunyi hon terus melihat kejadian yang berlaku betul2 dihadapan matanya dan orang yang menjadi mangsanya bukan jiran sebelah rumahnya tetapi anaknya sendiri yang sebentar tadi sedang asyik bermain bola..



Cuba bayangkan saudari/ri...peristiwa ini betul2 berlaku dihadapan seorang ibu,apakah agaknya perasaan ibu tadi???

Dalam keaadaan yang serba salah dan tertekan,dalam keadaan jiwa yang penuh dengan tekanan dan bebanan peristiwa yang sedang dilihatnya itu,si ibu terus bergegas "as fast as possible" menghampiri kereta terbabit dan terus mengangkat kereta tersebut dengan menggunakan SEBELAH TANGAN dan tangan yang satu lagi mengheret anaknya keluar dari bawah perut kereta itu.

Selepas berjaya menarik anaknya keluar si ibu terus pengsan dan tidak sedarkan diri....



Saudara/ri yang dirahmati Allah,apa yang ingin saya cuba sampaikan disini ialah berkaitan dengan "stress" ataupun "tekanan" itu tadi.Sekiranya dalam keadaan biasa dan rileks tidak mungkin seseorang itu dapat melakukan sesuatu diluar jangkaanya.

Tetapi sekiranya berada dalam keadaan yang tertekan dan penuh dengan desakan dan bebanan sesuatu perkara maka seseorang itu mampu untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuannya tanpa disedari.

Contohnya,sebagai seoarang pelajar yang sentiasa sibuk dengan tugasan akademik seperti assignment,tutorial,latihan kokurikulum,pembentangan tajuk dan sebagainya.Ditambah pula dengan tugas2 sebagai seorang pendakwah yang tidak boleh dilupakan,semestinya kita menerima satu tekanan dan juga bebanan yang sangat berat untuk dilaksanakan dalam satu masa.Kita mungkin terasa amat sukar untuk melakukan semua perkara itu.

Tetapi perkara itu telah mewujudkan tekanan pada diri kita supaya kita boleh melakukan semua benda itu dan tanpa disedari kita telah melakukannya.

Saya pernah tidak sempat untuk menyiapkan satu bahan pembentangan didalam kelas sedangkan pada waktu itu pensyarah mahu semua kumpulan melakukan pembentangan.

Pada waktu itu saya mengalami satu tekanan supaya menyiapkan bahan itu dalam keadaan segera.

Sementara menunggu giliran saya mempersembahkan bahan,saya terus menyiapkan bahan pembentangan itu dalam keadaan yang tertekan ditambah lagi kerana tidak mahu memalukan diri kerana tidak menyiapkan tugasan.

Alhamdulillah saya sempat menyiapkan bahan itu dengan idea yang datang mencurah-curah kedalam gandum..heheh..

Ini salah satu bukti bahawa "tekanan" atau "stress" itu satu makhluk Allah yang ada juga manfaatnya.Jangan kita salahkan makhluk Allah ini apabila ia bersama dengan kita sekarang,suatu hari nanti ataupun hari2 seterusnya


p/s : selalunya kisah itu tadi diceritakan dalm buku2 motivasi untuk meningkatkan lagi motivasi kita.Harap dapat manfaat daripada kisah tadi




COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM