Pages

30 November 2009

18 November 2009

Itu Ayah Ku..



Ni gambar ayah aku..
Nama penuh beliau Mohamad bin Yusof
Umur 50 tahun
Beliau seorang yang penyayang tetapi tegas
Ayah aku seorang yang rajin dan kreatif serta bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan.


Rasa Pening2 dan Gayat


Hari tu ma ada bg tau yang ayah dah x boleh nk panjat tangga dah kalau buat kerja. kalau panjat tangga tu dia rasa pening2 dan gayat..macam nk jatuh je..Maklumlah ayah aku ni kerja 'wirering'..kena la naik tempat tinggi sikit.Nak pasang lampu ke kipas ke..kadang2 tu sampai ke atas syiling rumah kena naik..bukan rumah sendiri, tapi rumah orang lain..rumah orang kampung. Apabila ada jer lampu ke kipas ke or pendek katanya segala yang ada kaitan dengan elektrik ni kalau ada rosak orang cari ayah aku la..tu kalau kat kampung..dengan kawan2 dan sedara mara pun sama jgk..Aku kenal sangat perangai ayah aku ni, susah untuk dia tolak permintaan orang kampung. Balik pada kisah tadi...mula2 ingtkan biasa je..lagipun ayah aku ada kencing manis.kot2 tak makan ubat ke, so biarkan lah dulu..

Tak Larat Bangun

Hinggalah pada suatu hari, ayah dah x larat nk bangun dh..terlalu penat katanya.Aku pun tidak tahu kenapa. Sebelum tu, dua tiga hari sebelum nya dia pun ada mengadu yang semenjak dua menjak ni dia rasa penat dan cepat letih je.Waktu tu aku tiada di rumah..berada di maktab.Lalu bapa saudara aku membawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Pendek cerita, doktor dapat mengesan ada ketumbuhan dalam perut ayah..ketumbuhan tu telah sebesar bola ping pong dan asyik mengeluarkan darah je. Patut la ayah selalu rasa penat dan letih, rupanya banyak darah yang keluar..Doktor kata kena buat pembedahan ni.Kalau tak nanti melarat. Waktu tu ayah tealh dimasukkan ke wad untuk rawatan..

Hari Pembedahan

Sebelum pembedahan di jalankan, ayah kena puasa dulu supaya tidak ada makanan dalam perut dan senang untuk pembedahan dilakukan. Dengan kata lain kena puasalah. Aku sempat tanya pada ayah...

"Ayah..tak takut ke nak bedah ni..??"


"Takut..??" kata ayah..

"Takut pun nak buat mcm mana.."

Aku faham sangat ayah aku. Dia juga seorang askar wataniah.Mungkin rasa takutnya tidak lah setakutnya aku yang melihat orang kena bedah. Mungkin kerana askar ni telah di latih dengan pelbagai latihan yang mencabar dan berat. Pagi pembedahan sempat jumpa ayah di pintu wad pembedahan..sebak rasa nya waktu itu...sedih pun ada.. Masuk bilik pembedahan pukul 8.00 pagi keluar pukul 1.00 tgh hari..Lama jgk tu. Aku tunggu sampai ayah keluar bilik pembedahan. Masa tu semua ada, ma aku, mak sedara,sepupu dan bapa sedara aku..Semua menuggu ayah selesai pembedahan. Dalam hati aku terus berdoa kepada Allah memohon keselamatan dan kemudahan sepanjang pembedahan dijalankan kepada ayah..Ayah waktu tu masih kelihatan sihat..dapat bercakap dan bersalam dengan sepupu aku sebelum pembedahan dijalankan..

Selepas Pembedahan





Keluar sahaja bilik pembedahan, aku terus mengiring ayah aku untuk di pindahkan ke wad biasa. Aku tidak mahu melepaskan peluang bersama ayah aku sementara ada di situ. Kalau pukul 8.00 pagi tadi ayah masih boleh bercakap dan bersalam..kini sudah diam dan senyap..tidak sedarkan diri. Di perutnya ada bekas2 darah yang mengalir akibat torehan mata pisau pembedahan. Hati aku masih berdoa melihat keadaan ayah yang tidak sedarkan diri..matanya terpejam rapat..aku terfikir..entah bagaimana perasaan ayah waktu itu..sanak saudara pun ada sekali waktu tu..




Aku renung wajah ayah waktu itu yang banyak berjasa kepada aku dan juga keluarga.. Peluh dan keringat memanjat tangga untuk mencari sedikit rezeki untuk aku dan keluarga tidak di kisahkan. Itulah ayah aku..Rasa sebak datang melihatkan keadaan ayah waktu itu..

Sabarlah ayah ku yang disayangi..


Ayah Sedarkan Diri

Sehari selepas itu, aku datang melawat ayah lagi di hospital..ayah masih tidak membuka mata.tetapi badannya sudah bergerak-gerak..tangannya asyik mahu menyentuh dan memegang perutnya yang baru dibedah..Mungkin sakit dan bermacam lagi rasanya..Dua hari selepas itu ayah telah mula sedar dan dapat bercakap..Ayah sudah boleh kembali senyum dan bercakap dengan suara yang perlahan..Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran pada Allah atas keselamatan yang dilimpahkan..Aku tanya pada ayah..

"Ayah..sakit tak..??"


Ayah mengangguk sambil mengaduh, "eshhhh.."


"Macam mana rasanya ayah..??


Aku cuba untuk mengetahui perasaan dan rasa sakitnya pembedahan. Ayah memberitahu :


"Rasa macam perut tu berada di luar..."


Dapat aku bayangkan bagaimana yang dimaksudkan dengan ayah aku itu. Bayangkan kulit perut anda ditoreh dan perut anda dikeluarkan dan di letakkan selingkar di atas badan anda.Mungkin itu yang dirasai agaknya..


Semuanya Selamat

Selepas pembedahan, ayah tidak di benarkan makan selama dua minggu. Sedikit makanan pun tidak dibenarkan masuk dalam perut selama tempoh itu. Kata doktor takut perut terkejut dengan makanan selepas pembedahan dilakukan..Seminggu selepas itu, aku lihat badan ayah sudah mula kurus..hanya air kosong dan sedikit susu sahaja dapat ayah aku jadikan tenaga untuk bercakap dan bergerak-gerak..


Dalam tempoh itu, kasih seorang isteri menjadi bukti yang ma adalah seorang yang bertanggungjawab kerana sanggup menjaga dan menemani ayah di dalam wad..Anak dirumah ditinggalkan sementara demi menjaga suami yang tercinta. Kagum aku dengan ma aku yang sangat prihatin menjaga ayah..Selepas agak lama berada dalam wad dan doktor berpuas hati dengan keadaan kesihatan ayah, doktor membenarkan ayah pulang kerumah..tetapi ayah perlu mendapatkan rawatan susulan setiap kali dua minggu..Sekali lagi terbukti kasih seorang isteri kepada suami apabila berada dirumah yang sekali lagi sanggup melayan suami bermulah daripada menyediakan makanan sehingga mencuci luka bekas pembedahan..

Itu ayah aku...

Aku dan Ayah..!!


Kini..ayah masih lagi berulang alik ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar. Kini ayah dapat kembali menjalankan rutinnya seperti biasa. dapat lagi membaiki perkakasan letrik, dapat lagi memnjat tangga dan juga siling rumah yang tinggi..Aku kagum dengan ayah..


Jangan risau ayah..balik cuti nanti yu nak tolong ayah buat kerja2 tu semua. Yu nak rasa macam mana ayah rasa penatnya buat kerja tu semua. Yu nak belajar dengan ayah buat 'wirering'..Yu pun dah lama tak jumpa ayah sejak balik ke maktab hari tu. Asyik dengar suara melalui telefon saje. Dengar katanya cuti ni banyak rumah yang ayah nak kena pergi untuk buat 'wirering'..InsyaAllah yu akan bantu ayah buat kerja 'wirering' tu..


12 November 2009

Waaaa...waaaa..



" Penting sekali
wahai saudaraku untuk kamu menjaga perasaan mu di dalam solat. dan begitu juga dalam ibadat-ibadat yang lain. Kerana kau tidak tahu pernahkan ada solatmu yang di terima Allah atau pernahkah ada kebajikan mu diterima Allah atau tidak. Dalam keadaan demikian itu, sempatkah untuk kau ketawa-ketawa dan lalai, disibukkan masalah kehidupan sahaja. Sedang engkau sendiri sudah yakin bahawa engkau sedang di ambang pintu neraka. Siapakah gerangan yang lebih layak untuk menangis dan bersedih sebanyak-banyaknya selain daripada engkau..??Sehingga Allah menerima akan ibadat engkau."

" Kemudian siapa yang tahu bahawa engkau tidak akan mendapati pagi lagi sesudah petang ini, dan apabila engkau berada di waktu pagi mungkin engkau tidak akan mendapati waktu petang lagi. Ya, setiap saat engkau akan merasa berada di pintu syurga atau neraka."

-Imam Ahmad Ibnu Hanbal-
COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM