Pages

27 June 2010

Keliru..!!

Assalamualaikum dan selamat membaca kepada pembaca blog. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog ini. Alhamdulillah wa syukurlilLah kerana kesempatan ini masih diberi peluang untuk bersama.

Rasanya banyak benda yang hendak diceritakan setelah posting yang terakhir yang bertajuk ' Kasihnya kerana Allah'..tapi bila saja nak tulis, hati kata nanti dululah sehingga selepas tu terlupa terus. Kemudian datang pula idea untuk menulis sesuatu, tapi hati kata lagi nanti dulu lah..akhirnya terlupa begitu sahaja. Kemudian idea datang dan terus datang untuk menulis, tapi masih lagi tiada kekuatan untuk menulis walaupun kadang-kadang perkara yang ingin dikongsikan bermanfaat untuk semua..apakan daya, insan yang lemah..tapi ingat, penyakit ini berbahaya kerana sikap suka bertangguh akan memakan diri kelak..

Banyak cerita sebenarnya yang hendak di kongsikan tapi tak tahu mana nak mula dulu. Ok lah..cuti..3 minggu cuti semester alhandulilLah dapat dihabiskan dengan sempurna. Cuma apa yang ingin saya kongsikan disini adalah amat sukar dan banyak cabaran yang perlu dihadapi sewaktu cuti...cabaran iman..pada saya amat sukar sekali untuk melakukan dan menjaga amalan2 yang biasa dilakukan seperti solat berjemaah, qiamullai, baca quran dan sebagainya. Hal ini kerana salah satunya suasana tidak wujud di rumah. Jadi agak sukar untuk mewujudkan suasana sebegitu. Namun sedaya upaya telah diusahakan agar iman yang lemah ini sentiasa dipimpin oleh Allah rabbujalil..Tambahan lagi, waktu cuti sebegini memang menjadi tempat berkumpul adik beradik yang belajar di seluruh negeri pulang ke kampung. Fikrah yang dibawa dari tempat belajar juga adalah berbeza dengan suasana kampung. Namun, saya sebagai anak lelaki yang sulong cuba sedaya upaya untuk mengawal segala anasir jahat daripada menjalar ke dalam keluarga yang bakal menjadi penghuni syurga nanti insyaalLah.

" Wahai orang yang beriman ! Peliharalah dirimu dan keluarga mu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu : penjaganya ialah malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan " At-Tahrim :6:66

Masa 2 minggu cuti banyak dihabiskan bersama keluarga dengan menjadi orang suruhan atau berkhidmat 100% untuk keluarga. Jarang2 pulang ke kampung, inilah masanya menjadi kuli kepada ahli keluarga dengan sedikit sebanyak diterapkan fikrah2 islam kedalamnya agar di akhirat nanti tidak dipersoalkan oleh Allah azzawajal apakah yang telah saya lakukan untuk memahamkan keluarga dengan islam. Membantu ayah melakukan kerja 'wirering', menghantar adik ke hospital, membawa mak ke pasar dan macam2 lagilah..Semuanya dikawal oleh saya kerana rasa bertanggungjawab terhadap mereka. Saya tidak mahu hanya saya seorang saja yang ke syurga tapi semua ahli keluarga saya adalah ahli syurga..insyaalLah..

Namun sekarang ramai yang tidak menyedari akan firman Allah di atas...ramai yang menganggap bahawa keluarga yang bahagia adalah keluarga yang mampu menyediakan segala keperluan dan kepentingan kepada ahlinya..memang tidak dinafikan ia juga perlu..tapi ramai yang tidak sedar..alangkah sedihnya..anak-anak perempuan dibiarkan tanpa memakai tudung dan aurat terdedah sana sini tanpa mendapat teguran daripada ibu bapa..ibu pula tidak pernah merasa kasihankepada anak mereka yang tidak cukup inci pakaian..ayah pula menyediakan bahkan menggalakkan anak berpakaian seksi dan terdedah dengan pelbagai masalah sosial. Solat tidak pernah tanya sama ada dah tunaikan atau pun belum...ini keluarga yang hina di sisi Allah walaupun mereka bahagia di dunia dengan segala kemewahan...ingat...

" Dunia adalah syurga bagi orang kafir dan penjara bagi orang mukmin "-kata hukama


Welcome to IPG Kampus Ipoh



Personaly i am very welcome to all new students to IPG Kampus Ipoh - members of Biro Agama dan Kerohanian 2010
COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM