Pages

25 December 2009

7 Hakikat Mengenai Otak



1. Otak tidak pernah mengalami kepenatan walaupun sering memberi tumpuan pada sesuatu perkara atau berfikir terlalu lama.Adapun kepenatan otak yang kita rasai sebenarnya ialah kejemuan. Umpamanya ketika kita membaca sebuah buku yang sukar di fahami.perasaan kita berbelah bagi sama ada ingin meneruskan membaca ataupun berhenti. Yang kita rasai sebenarnya bukannya kepenatan tapi kemerosotan minat dan kelemahan untuk mengenepikan fikiran lain yang datang mengganggu.



2. Kesanggupan otak tidak terbatas dalam berfikir dan mengingat. Orang bijak menggunakan hampir seluruh tenaga otaknya. Sementara orang ramai kebiasaannya menggunakan hanya beberapa peratus sahaja dari tenaga otaknya yg ada.

3. Tahap kecerdasan berfikir seseorang yang mempunyai IQ yang sederhana jika digunakan sepenuhnya akan mampu mengatasi orang bijak yang pernah hidup di dunia di mana jika ia bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran dari setahun ke setahun adalah lebih baik dari orang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi malas belajar.


4. Umur bukan menghalang usaha untuk terus belajar walau pun dalam kalangan kita beranggapan bahawa otak apabila usia semakin lanjut di sana terdapat perubahan yang menyebabkan proses belajar menjadi semakin sukar. Sebenarnya proses belajar selagi adanya daya dan kuasa selama itulah kita boleh meneruskan usaha pembelajaran dalam usia lanjut malah ada orang yang berusia lanjut masih kuat dan cerdas ingatannya selagi sistem pengedaran darahnya masih baik.



5. Tenaga otak makin kuat dan subur bila selalu diguna dan ia akan menjadi lemah bila tidak digunakan. Malah apa jua yang dilakukan akan memberi stamina terhadap otak. Semakin banyak kerja pemikiran yang dilakukan semakin bertambah pemikiran baru yang diperolehi. Demikian juga kebolehan mengingat ia akan bertambah melalui amalan dan kebiasaan.

6. Bahagian otak yang paling menakjubkan ialah di bahagian batin. Manusia dapat mengambil banyak manfaat darinya. Itulah akal gedung ajaib yang paling menakjubkan.


7. Tiga bahagian otak yang bekerja seimbang yang saling memerlukan bahagian atas merupakan bahagian otak yang paling penting bagi manusia. Di situlah yang membezakan tahap antara manusia dan binatang. Sementara bahagian bawah bertugas sebagai mengawasi pengedaran darah dan gerakan paru-paru. Bahagian tengah pula sebagai jambatan yang menyalur mesej ke bahagian atas.


06 December 2009

Kuda Dulu dan Kini


Pada zaman Rasulullah dahulu, kuda adalah binatang yang sangat penting kerana ia menunjukkan kekuatan dan harta seseorang itu. Ia juga menjadi antara haiwan tunggangan yang amat penting selain daripada unta..Rasulullah mempunyai beberapa ekor kuda yang digunakan oleh baginda untuk berperang dan juga untuk kegunaan harian seperti mengangkut barang dagangan.


Kalau zaman sekarang, kita mengenal banyak alat pengankutan, seperti kapal terbang, kapal laut, kereta api, kereta, motor dan yang semacamnya. Maka pada zaman dahulu, Rasulullah s.a.w mengenakan beberapa haiwan tunggangan seperti kuda dan juga unta. Keldai juga tidak ketinggalan.




Kuda pertama yang dimiliki Rasulullah s.a.w bernama as-Sakb. Baginda membelinya daripada seorang Arab Badwi dari Bani Fazarah dengan 10 uqiyah (mata wang zaman dahulu). Sewaktu bersama dengan penjual nya, ia bernama ad Dharis, lalu apabila Rasulullah s.a.w membelinya ia di tukar nama dengan as-Sakb. Kuda tersebut mempunyai warna putih di kaki dan di kepalanya sebelah kanan. Kuda itu merupakan kuda pertama Rasulullah s.a.w yang digunakan di medan perang.


Tetapi dengan kedatangan Islam yang dipimpinan oleh Rasulullah saw, kita dapat melihat betapa hebatnya pengaruh kuda dikalangan orang Arab malah, para kaki kuda yang masyhur diseluruh dunia memperakui bahawa Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah pelupur utama dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavlry'
Iman Ahmad bin Hanbali telah meriwayatkan dalam kitabnya "Masnad' dimana Anas telah ditanya

" Adakah Rasulullah saw memasuki pertandingan kuda ?"

Anas menjawab "Ya" "Demi Allah, baginda berlumba dengan kudaNya bernama Subbah. Kuda tersebut memenangi perlumbaan dan baginda amat gembira."

Hadith Bukhari diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar.



Begitulah peranan kuda yang agak penting pada zaman Rasulullah s.a.w..Sememangnya baginda amat meminati sukan perlumbaan kuda..



Pada zaman sekarang..kuda-kuda telah tidak digunakan lagi untuk bergerak dari jarak jauh kerana kemajuan teknologi telah banyak membantu kehidupan manusia..Saya juga mempunyai beberapa ekor kuda..Kuda saya yang pertama telah pun tua, ayah saya membeli kuda ini pada tahun 1989 lagi..umur kuda ini sama dengan umur saya..Panjang betul umur kuda yang pertama ni..Alhamdulillah kuda yang pertama ni masih sihat lagi dan boleh berkhidmat dengan baik kepada tuannya walaupun sudah tua..Saya sangat berbangga dengan kuda yang pertama saya ini..Kuda ini banyak berjasa kepada keluarga saya.Ia juga turut digunakan oleh ayah saya untuk mencari rezeki..Walaupun telah beberapa kali jatuh sakit dan mengalami penyakit yang kronik namun setelah diberi rawatan ia kembali sihat dan dapat meneruskan khidmatnya untuk menaburkan jasa ..Itulah kuda pertama saya yang bernama Dyn Tin..


Kuda saya yang kedua juga masih sihat lagi..Ayah saya membelinya daripada seorang penternak kuda yang berjaya..Seingat saya harganya RM4300 seekor..mahal jugak tu..Kuda kedua ini bernama Dyn Al Um..Kini Dyn Al Um berumur 8 tahun..masih lagi kuat dan mampu untuk melakukan kerja yang berat..Ayah saya selalu menggunakan Dyn Al Um untuk mencari rezeki sejak Dyn Tin telah agak uzur sekarang dan hanya mampu melakukan kerja yang ringan sahaja..Dyn Al Um Juga banyak berjasa kepada keluarga dan saya. Kuda ini pernah beberapa kali terjatuh sewaktu meyertai beberapa perlumbaan kuda dan mengalami kecederaan agak serius sehingga kesan luka dan kecacatannya masih kekal hingga sekarang. Namun saya faham kehendak kuda saya yang kedua ini yang mana walaupun sakit dan kurang upaya namun masih mahu terus untuk berkhidmat kepada keluarga saya..Saya bangga dan kagum dengan kuda saya yang kedua ini..


Kisah kuda saya yang ketiga ini agak sedih kisahnya..nama dia Dyn Bi Fil..setelah setahun dibeli ia telah di curi oleh orang..Kuda jenis ini sememangnya sangat dikehendaki dan diminati oleh orang ramai kerana kemampuannya untuk berkhidmat dan juga ia merupakan seekor kuda yang amat jinak serta senang dan mudah untuk di uruskan..Saya sangat sayangkan kuda ini..Namun apa kan daya..Sabarlah Dyn Bi Fil..Saya x mampu untuk menjaga mu dengan baik..Sehingga kini ia tak dapat di kesan.Namun saya mengahrapkan supaya Allah memberikan petunjuk kepada orang yang mencuri Dyn Bi Fil..


Setelah beberapa bulan kehilangan Dyn Bi Fil..Ayah saya telah menyuruh saya membeli seekor lagi kuda yang baru bagi menggantikan Dyn Bi Fil..Memandangkan ia merupakan satu keperluan yang bukan kepentingan..saya terpaksa membeli seekor lagi kuda baru yang bernama Ayn Gu Vi...Kuda ini agak mahal sedikit kerana ia dari baka yang baik dan elok.Kuda ini diternak dan di jaga dengan baik serta diberi makanan yang elok sahaja..Saya sangat sayang kan kuda ini..Ia banyak berjasa kepada saya..Kuda ini sangat cantik dan baik bagi saya. Saya menjaganya dengan sangat elok..Kuda ini telah saya gunakan untuk berjihad dan berperang dengan menunggangnya untuk ke medan tarbiah yang sukar untuk di cari pada zaman teknologi ini. Medan ini jarang sekali untuk saya dan kawan2 saya pergi..Namun saya berbangga dengan kuda ini kerana memahami kehendak saya..InsyaAllah saya akan menggunakan kuda ini untuk mentarbiah diri saya ini...Sesungguhnya kuda ini sangat penting bagi saya..


Ini lah beberapa ekor kuda yang saya milki..Bukan niat saya untuk berbangga dengan kuda yang saya miliki..Sekadar untuk meluahkan perasaan saya kepada kuda2 saya..Doa kan semoga kuda-kuda saya berada dalam keadaan sihat dah sejahtera..Doa kan saya juga supaya di beri kekuatan oleh Allah untuk terus mendapat kesihatan menjaga diri dan kuda2 ini...Itulah kuda akuuu..Bagaimana dengan kuda anda..???Sekian..


Dyn Tin = DT 0000
Dyn Al Um = DAU 0000
Dyn Bi Fil = DBF 0000
Ayn Gu Vi = AGV 0000

05 December 2009

Terasa Nikmatnya..Falahiah

Lebih kurang jam 11 pagi kami semua berkumpul di masjid Al-Falah di Falahiah. Satu pertemuan telah diadakan dalam kalangan pimpinan BADAR 2006 dan juga nuqaba’ pada tahun tersebut. Perjumpaan tersebut adalah sekadar untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kami semua setelah sekian lama berpisah daripada alam persekolahan dan setiap daripada kami membawa hala tuju masing2 dengan matlamat yang sama. Sebenarnya Falahiah sememangnya sentiasa menjadi tempat pertemuan antara kami semua dan ia tidak akan dilupakan sampai bila2 kerana disitulah tempat kami di didik dan ditarbiah dengan biah solehah dan suasana yang sangat asing dengan dunia luar.




Pertemuan ini hanyalah pertemuan biasa2 dan menjadi satu keinginan bagi aku untuk bertemu dengan sahabat2 lama yang sama2 berjuang di sekolah dahulu. Sahabat2 yang waktu susah dan senang sama diharungi di sekolah dahulu. Senyum dan masam sama2..turun “prep” sama2..berjalan ke surau sama2..puasa sama2..study sama2.semuanya menjadi kenangan indah waktu sekarang apabila telah menjejak kan kaki ke pusat pengajian tinggi..



Setelah semua berkumpul kami memulakan majlis dengan sedikit pengisian daripada mantan presiden BADAR 2006. Terima kasih kepada saudara Tihi kerana telah menyediakan sedikit makanan rohani untuk kami semua.” Sememangnya tidak sama orang yang keluar berperang dijalan Allah dengan orang yang hanya duduk sahaja dengan beribadat kepada Allah...”-antara isi tazkirah yang disampaikan Tihi. Setelah itu kami semua diberi peluang untuk bercakap setiap orang yang hadir untuk refresh tentang diri masing2..setiap orang akan bercakap untuk memberikan khabar masing2..Disinilah berlaku beberapa adengan lucu dan mencuit hati setelah sekian lama tidak betentangan muka. Adengan senda gurau tidak terlepas daripada di aksikan..hahaha..lawak kan..



Terasa nikmatnya dan seronok apabila berjumpa sahabat2 semua..semuanya kelihatan telah matang dan hebat2..dari segi penampilannya..percakapannya...gaya nya..dan macam2 lagilah..Dah banyak berubah rupanya sahabat2 aku ni..Hmmm..bagus2..maklumlah dah jadi mahasiswa kan..masing2 menjalankan tugas yang sama di kampus masing2.Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat yang sudi menghadirkan diri..


Setelah itu kami semua telah solat zohor bersama-sama dan kemudian telah keluar makan bersama2 di kedai Wan Sakinah..Terima kasih kepada Mak Cik Nah kita kerana sudi menyediakan makan tengah hari kami..Setelah itu kami semua pun berpisah..Ada antara sahabat yang hadir akan pulang awal ke kampus masing2..Selamat belajar dan selamat berjaya kepada sahabat semua dan jangan lupa memori kita di Falahiah dahulu...


Terima kasih juga kepada sahabat yang hadir iaitu :

Faisal- UMS

Fakhrul-IPGKPI

Che-UM

Syarif-IPGKSAH

Izzudin-UiTM

Nazmi-UMT

Aslam-UTM

Fatihi-UIA

Haris-UIA

Hasif-UniKL

Akmal-UIA

Hanif-UM

Ridhuan-USM

30 November 2009

Under Construction...





Harap Maaf..
Laman Ini Sedang Di Bina
Harap Dapat Bersabar

18 November 2009

Itu Ayah Ku..



Ni gambar ayah aku..
Nama penuh beliau Mohamad bin Yusof
Umur 50 tahun
Beliau seorang yang penyayang tetapi tegas
Ayah aku seorang yang rajin dan kreatif serta bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan.


Rasa Pening2 dan Gayat


Hari tu ma ada bg tau yang ayah dah x boleh nk panjat tangga dah kalau buat kerja. kalau panjat tangga tu dia rasa pening2 dan gayat..macam nk jatuh je..Maklumlah ayah aku ni kerja 'wirering'..kena la naik tempat tinggi sikit.Nak pasang lampu ke kipas ke..kadang2 tu sampai ke atas syiling rumah kena naik..bukan rumah sendiri, tapi rumah orang lain..rumah orang kampung. Apabila ada jer lampu ke kipas ke or pendek katanya segala yang ada kaitan dengan elektrik ni kalau ada rosak orang cari ayah aku la..tu kalau kat kampung..dengan kawan2 dan sedara mara pun sama jgk..Aku kenal sangat perangai ayah aku ni, susah untuk dia tolak permintaan orang kampung. Balik pada kisah tadi...mula2 ingtkan biasa je..lagipun ayah aku ada kencing manis.kot2 tak makan ubat ke, so biarkan lah dulu..

Tak Larat Bangun

Hinggalah pada suatu hari, ayah dah x larat nk bangun dh..terlalu penat katanya.Aku pun tidak tahu kenapa. Sebelum tu, dua tiga hari sebelum nya dia pun ada mengadu yang semenjak dua menjak ni dia rasa penat dan cepat letih je.Waktu tu aku tiada di rumah..berada di maktab.Lalu bapa saudara aku membawanya ke hospital untuk pemeriksaan. Pendek cerita, doktor dapat mengesan ada ketumbuhan dalam perut ayah..ketumbuhan tu telah sebesar bola ping pong dan asyik mengeluarkan darah je. Patut la ayah selalu rasa penat dan letih, rupanya banyak darah yang keluar..Doktor kata kena buat pembedahan ni.Kalau tak nanti melarat. Waktu tu ayah tealh dimasukkan ke wad untuk rawatan..

Hari Pembedahan

Sebelum pembedahan di jalankan, ayah kena puasa dulu supaya tidak ada makanan dalam perut dan senang untuk pembedahan dilakukan. Dengan kata lain kena puasalah. Aku sempat tanya pada ayah...

"Ayah..tak takut ke nak bedah ni..??"


"Takut..??" kata ayah..

"Takut pun nak buat mcm mana.."

Aku faham sangat ayah aku. Dia juga seorang askar wataniah.Mungkin rasa takutnya tidak lah setakutnya aku yang melihat orang kena bedah. Mungkin kerana askar ni telah di latih dengan pelbagai latihan yang mencabar dan berat. Pagi pembedahan sempat jumpa ayah di pintu wad pembedahan..sebak rasa nya waktu itu...sedih pun ada.. Masuk bilik pembedahan pukul 8.00 pagi keluar pukul 1.00 tgh hari..Lama jgk tu. Aku tunggu sampai ayah keluar bilik pembedahan. Masa tu semua ada, ma aku, mak sedara,sepupu dan bapa sedara aku..Semua menuggu ayah selesai pembedahan. Dalam hati aku terus berdoa kepada Allah memohon keselamatan dan kemudahan sepanjang pembedahan dijalankan kepada ayah..Ayah waktu tu masih kelihatan sihat..dapat bercakap dan bersalam dengan sepupu aku sebelum pembedahan dijalankan..

Selepas Pembedahan





Keluar sahaja bilik pembedahan, aku terus mengiring ayah aku untuk di pindahkan ke wad biasa. Aku tidak mahu melepaskan peluang bersama ayah aku sementara ada di situ. Kalau pukul 8.00 pagi tadi ayah masih boleh bercakap dan bersalam..kini sudah diam dan senyap..tidak sedarkan diri. Di perutnya ada bekas2 darah yang mengalir akibat torehan mata pisau pembedahan. Hati aku masih berdoa melihat keadaan ayah yang tidak sedarkan diri..matanya terpejam rapat..aku terfikir..entah bagaimana perasaan ayah waktu itu..sanak saudara pun ada sekali waktu tu..




Aku renung wajah ayah waktu itu yang banyak berjasa kepada aku dan juga keluarga.. Peluh dan keringat memanjat tangga untuk mencari sedikit rezeki untuk aku dan keluarga tidak di kisahkan. Itulah ayah aku..Rasa sebak datang melihatkan keadaan ayah waktu itu..

Sabarlah ayah ku yang disayangi..


Ayah Sedarkan Diri

Sehari selepas itu, aku datang melawat ayah lagi di hospital..ayah masih tidak membuka mata.tetapi badannya sudah bergerak-gerak..tangannya asyik mahu menyentuh dan memegang perutnya yang baru dibedah..Mungkin sakit dan bermacam lagi rasanya..Dua hari selepas itu ayah telah mula sedar dan dapat bercakap..Ayah sudah boleh kembali senyum dan bercakap dengan suara yang perlahan..Alhamdulillah aku panjatkan kesyukuran pada Allah atas keselamatan yang dilimpahkan..Aku tanya pada ayah..

"Ayah..sakit tak..??"


Ayah mengangguk sambil mengaduh, "eshhhh.."


"Macam mana rasanya ayah..??


Aku cuba untuk mengetahui perasaan dan rasa sakitnya pembedahan. Ayah memberitahu :


"Rasa macam perut tu berada di luar..."


Dapat aku bayangkan bagaimana yang dimaksudkan dengan ayah aku itu. Bayangkan kulit perut anda ditoreh dan perut anda dikeluarkan dan di letakkan selingkar di atas badan anda.Mungkin itu yang dirasai agaknya..


Semuanya Selamat

Selepas pembedahan, ayah tidak di benarkan makan selama dua minggu. Sedikit makanan pun tidak dibenarkan masuk dalam perut selama tempoh itu. Kata doktor takut perut terkejut dengan makanan selepas pembedahan dilakukan..Seminggu selepas itu, aku lihat badan ayah sudah mula kurus..hanya air kosong dan sedikit susu sahaja dapat ayah aku jadikan tenaga untuk bercakap dan bergerak-gerak..


Dalam tempoh itu, kasih seorang isteri menjadi bukti yang ma adalah seorang yang bertanggungjawab kerana sanggup menjaga dan menemani ayah di dalam wad..Anak dirumah ditinggalkan sementara demi menjaga suami yang tercinta. Kagum aku dengan ma aku yang sangat prihatin menjaga ayah..Selepas agak lama berada dalam wad dan doktor berpuas hati dengan keadaan kesihatan ayah, doktor membenarkan ayah pulang kerumah..tetapi ayah perlu mendapatkan rawatan susulan setiap kali dua minggu..Sekali lagi terbukti kasih seorang isteri kepada suami apabila berada dirumah yang sekali lagi sanggup melayan suami bermulah daripada menyediakan makanan sehingga mencuci luka bekas pembedahan..

Itu ayah aku...

Aku dan Ayah..!!


Kini..ayah masih lagi berulang alik ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan dengan doktor pakar. Kini ayah dapat kembali menjalankan rutinnya seperti biasa. dapat lagi membaiki perkakasan letrik, dapat lagi memnjat tangga dan juga siling rumah yang tinggi..Aku kagum dengan ayah..


Jangan risau ayah..balik cuti nanti yu nak tolong ayah buat kerja2 tu semua. Yu nak rasa macam mana ayah rasa penatnya buat kerja tu semua. Yu nak belajar dengan ayah buat 'wirering'..Yu pun dah lama tak jumpa ayah sejak balik ke maktab hari tu. Asyik dengar suara melalui telefon saje. Dengar katanya cuti ni banyak rumah yang ayah nak kena pergi untuk buat 'wirering'..InsyaAllah yu akan bantu ayah buat kerja 'wirering' tu..


COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM