Pages

25 November 2010

2 Daripada 3 Di Terima

Rasulullah saw bersabda :


Maksudnya : " Aku mohon tiga perkara kepada Rabbku, lalu Dia mengabulkan yang dua sementara yang satu tidak. Aku memohon kepada Rabbku supaya tidak membinasakan umatku sebagaimana sunnah umat sebelumnya, lalu Dia memberikan kepadaku. Lalu aku memohon pada Nya supaya tidak membinasakan umatku dengan menenggelamkan mereka di laut, permohonon itu pun diterima Nya. Lalu aku mohon pada Nya agar tidak menjadikan mereka saling bermusuhan, namun Dia tidak mengabulkannya."


HR Muslim dari hadith Sa'ad bin Abi Waqqas



09 November 2010

Expo Cheng Ho Gegarkan Kelantan


Berbangga sungguh aku menjadi salah seorang rakyat Kelantan. Punyai pemimpin yang sentiasa mengingatkan rakyat kepada Allah swt.

(klik untuk besarkan imej)

Terdekat ini, satu expo yang dinamakan Expo Cheng Ho dengan melakukan kerjasama
perdagangan-ekonomi antara negeri Kelantan dan negara China bakal meletakkan Kelantan sebagai destinasi ekonomi dan perlaburan khususnya bagi pelabur dan peniaga dari negara 'Tembok Besar' Ini..

Lebih 300 syarikat perniagaan dari seluruh dunia, terutamanya syarikat milik umat Islam akan mempamerkan produk-produk keluaran mereka.
Difahamkan lebih 700 gerai pameran yang disediakan. 160 buah syarikat daripada negara China, 100 buah syarikat dari Kelantan dan lebih 150 buah syarikat antarabangsa akan mempamerkan produk di dalam sebuah pavilion besar yang akan disediakan.


(klik untuk besarkan imej)

Manakala sekitar 300 gerai disediakan di luar dewan pameran untuk peniaga-peniaga dari Kelantan dan seluruh Malaysia.

Inilah kelebihannya apabila ekonomi itu juga merupakan sebahagian daripada ajaran Islam.



Untuk maklumat lanjut anda bolehlah rujuk di http://www.chenghoexpo.com.my/

30 October 2010

Manusia yang Lemah

Manusia menjadi bersemangat bila dia merasakan ramai orang yang mendokongnya dan bersamanya. Maka dia akan rasa seronok dan kagum dengan diri sendiri, tapi ingatlah suatu hari dia akan dijatuhkan dan tiada lagi orang yang akan bersamanya. Maka ketika itu dia akan jatuh-sejatuhnya. Disitulah dapat dilihat keikhlasannya sebelum ini..

-Umaruddin-

17 October 2010

Ukhuwwah yang palsu..!!


1.0 Pengenalan

Ukhuwwah Islamiah adalah suatu perkara yang amat suci dan merupakan anugerah Allah kepada orang-orang yang dikehendakinya. Walau sehebat manapun usaha yang dilakukan oleh seseorang yang mahukan ukhuwwah, walau sebanyak mana harta yang ditaburkan untuk memiliknya.. namun ia tidak akan mampu memilikinya selagi Allah SWT tidak memperkenankannya.

Seperti Firman Allah dalam surah Al-Anfal , ayat 63 : Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.

Justeru, untuk merasai kelazatan nikmat ukhuwwah Islamiah, kita perlu memahaminya terlebih dahulu syarat-syarat dan kelayakan orang yang dipilih Allah untuk merasainya.

2.0 Syarat Ukhuwwah Islamiah

Syarat utama ukhuwwah Islamiah ialah hubungan itu berlaku kerana Allah. Semuanya bersandarkan kepada Allah. Ertinya, hubungan yang dijalinkan antara dua individu itu mestilah hanya kerana bermatlamatkan keredhaan Allah. Justeru, apabila matlamatnya ialah Allah, maka segala perlakuan antara dua individu itu juga hendaklah menepati kehendak Allah.

Apabila bertemu dengan sahabatnya, akan terasa kelembutan dan ketenangan jiwanya. Dimukanya redup dan senang. Akan segera teringat kepada Allah apabila bersama dengannya kerana dia sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Ibadah kita semakin bertambah. Terasa rindu untuk meletakkan kepala sujud dihadapannya.

Ukhuwwah seperti ini ada digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya : dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang

kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Pada hari ini, ramai yang mengaku berukhuwwah kerana Allah, tetapi melakukan banyak kemungkaran dan kefasadan dalam hubungan tersebut.

Ukhuwwah itu tidak ikhlas, disandarkan kepada kelebihan yang ada pada individu yang satu lagi. Dia seorang yang kaya, maka dialah kawanku. Dia orang bijak, maka dialah kawan aku. Dia ada komputer canggih, maka dialah kawan aku. Dia anak menteri, maka dialah kawanku. Sesungguhnya ini bukanlah ukhuwwah akan tetapi satu kepalsuan yang dibalut dengan nama ukhuwwah!

Lebih dahsyat lagi, keakraban dua orang sahabat dalam melakukan maksiat turut dicop sebagai ukhuwwah!

Segerombolan pencuri mengaku mereka mempunyai ukhuwwah yang mantap. Saling cover dan membackup kawan yang terlepas dari cekupan polis. Sanggup dibelasah dalam sel oleh polis , tapi untuk membocorkan nama kawan pencurinya yang bebas.. tidak sama sekali! kerana katanya.. inilah ukhuwwah!.. nah.. kepalsuan yang nyata!

Lebih dahsyat lagi, apabila ukhuwwah itu dibangga-bangga dan ditaja pula kepada orang lain sehingga rosak maksud sebenar ukhuwwah yang dianjurkan Islam.

3.0 Bertaubat dari ukhuwwah yang palsu

Seringkali manusia ini melakukan kesalahan. Maka sebab itulah datangnya para rasul untuk membawa keluar manusia dari lembah dosa ke taman pahala. Antara berita gembira kepada pelaku-pelaku dosa yang disampaikan oleh Rasul ialah : "Setiap orang itu berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari melakukan dosa"

Begitulah sifat Ar-Rahim, Tuhan yang Maha Mengasihani, mengampunkan dosa hamba-hambanya walau setinggi dan sejahat mana dosa itu. Seperti yang difirmankanNya dalam surah Al-Baqarah, 2:222 (Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri)

Maka bertaubatlah wahai manusia, yang menjalinkan ukhuwwah palsu! Apatah lagi ukhuwwah palsu itu pula dibaluti dengan perbuatan maksiat. Nauzubillah.

4.0 Meninggalkan teman yang membawa kita ke neraka

Pra syarat taubat yang disepakati oleh para ulama ada 3

- menyesal/membencii perbuatan maksiat

- meninggalkan perbuatan maksiat

- berazam tidak melakukannya lagi

Maka, jika dengan berkawan dengan seseorang itu menyebabkannya tergelincir ke kancah dosa, maka tindakan yang paling tepat ialah dengan meninggalkannya! Tidak bersahabat dengan orang itu lagi! Tidak sama sekali ia berbunyi memutuskan ukhuwwah, kerana hubungan yang dijalinkan sebelum itu bukanlah ukhuwwah!

Ukhuwwah adalah persaudaraan yang disandarkan kepada Allah serta membawa kita dekat kepada Allah. Maka jika ia membawa kita menjauhi dari Allah, sudah terbukti jelas ia bukanlah ukhuwwah!

Maka, jika dilihat kepada pra syarat taubat... menyesali perbuatan maksiat, membencinya dan berazam tidak melakukannya lagi... bagaimanakah untuk melaksanakannya jika masih lagi berada dalam persekitaran/biah yang mendorong untuk melakukan maksiat?

Sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW : “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi seorang peminum arak yang bertaubat, bagaimana mungkin dia untuk tidak terus menerus meminum arak andai seluruh teman-teman semejanya masih meneguk dengan asyik air kencing syaitan itu?

Bagi seorang pelacur yang bertaubat. bagaimana mungkin dia terus istiqamah tidak berzina seandainya masih lagi berkawan dengan lelaki-lelaki hidung belang?

Bagi seorang penerima rasuah yang bertaubat. bagaimana mungkin dia dapat menolat getaran menerima duit suapan rasuah bila bersama dengan kawan-kawan yang masih lahap menjilat dan meratah wang rasuah?!

Oleh sebab itu, jangan takut untuk memutuskan hubungan dengan orang yang membawa kita jauh dengan Allah. Walaupun diancam , walaupun dikeji, walaupun disabotaj... tekadkan hati, bergantunglah kepada Allah.

Lebih baik mati dikeji orang namun disayangi Allah dan seluruh penduduk langit daripada dikasihi kawan-kawan namun menjadi musuh Allah dan para penghuni langit.

5.0 Penutup

Ingatlah, berpisah kerana Allah juga diiktiraf oleh Allah.Bahkan ia mendapat ganjaran yang sangat tinggi, iaitu mendapat naungan Arasy Allah!

Janganlah kerana terlalu takut/resah/bimbang/sayang untuk berpisah dengan kawan yang merupakan si pelaku maksiat dan pendorong kita melakukan maksiat.. menyebabkan kita menggigit jari dan menyesal nasib di akhirat kelak.

Allah gambarkan golongan ini di akhirat dengan cukup lengkap , "Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia.” (Surah al-Furqan: 28)

Maka, jangan ditanya mengapa aku tidak lagi akrab dengan kamu. Kerana sesungguhnya Aku Takutkan Allah.


dipetik daripada : http://muhakim.blogspot.com/

12 October 2010

07 October 2010

Pembersih dan Penggilap Hati

"Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baihaqi)

Hati yang Kotor

Ya Allah..bantulah diri ku..berilah kekuatan kepada ku untuk melawan segala tipu daya iblis laknatullah..Aku memohon ampun kepada Mu..Kurniakanlah iman yang mantap pada ku..Jauhilah aku dari segala fitnah dunia..Sungguh,aku ini insan yang lemah dan dhoif...hina..kotor..menjijikkan..Muliakanlah aku di akhirat..Bantulah aku ya Allah..

05 October 2010

Mengatur Strategi dari Kekalahan


Perang Uhud : Belajar dari kekalahan dan mengatur strategi dari kekalahan untuk mengahdapi kemenangan.

Keluh kesah dan sesalan di atas kekalahan tidak memberi apa-apa manfaat. Paling penting, startegi teratur bagi menghadapi kekalahan. Allah SWT punya cara tersendiri mengajarkan hamba-Nya bagaimana menangani kekalahan. Maka, berbicaralah Allah SWT di dalam surah Ali Imran dari ayat 121 hingga 179. Apakah rahsia dan strategi menghadapi kekalahan?

Sahabat, jangan takut menghadapi kegagalan! Apapun bentuk kegagalan kita, besar atau kecil, percayalah ada pelajaran yang dapat kita ambil dari itu semua agar kita menjadi lebih dewasa dan bijaksana, sehingga lebih berhati-hati dalam langkah berikutnya. Jangan anggap kegagalan sebagai kekalahan, tapi jadikan kegagala untuk kita merancang strategi untuk terus berusaha mencapai tujuan, mengubah nasib buruk menjadi nasib baik.

Tidak ada orang yang bersedih terus-menerus, kecuali pikirannya memang hanya bisa memikirkan kesedihan. Tidak ada juga orang yang hidupnya senang, gembira atau bahagia sepanjang waktu. Demikian juga, tidak ada orang yang gagal dan kalah seterusnya, kecuali ia berhenti mencoba. Suka dan duka silih berganti, kalah dan menang dipergilirkan.

Orang yang tidak pernah gagal, sekali ia terjatuh, biasanya ia akan masuk ke dalam lubang yang amat dalam, terasa amat menyakitkan dan sulit untuk bangkit kembali. Tapi dengan kegagalan, kita bangkit, mencuba lagi, dan berhasil; demikian seterusnya. Dan ketika kesulitan datang lagi, kita telah menjadi lebih bijaksana dan rendah hati. Jika kita menerima kegagalan sebagai ilham untuk berusaha lagi dengan tekad dan keyakinan yang diperbaharui, maka mencapai kejayaan hanyalah persoalan waktu semuanya. Seperti kata pepatah, "Kekalahan adalah kejayaan yang tertunda".





04 October 2010

Keputusan PRK IPG Kampus Ipoh

Yang Dipertua (YDP) :
PRABU A/L JAYASEELAN

Naib Yang Dipertua (NYDP) :
MUHAMMAD NAIM SIDQI BIN AHMAD

Setiausaha Kehormat :
NOOR HASZWANI BT MOHD YUSOFF

Naib Setiausaha Kehormat :
NOR FARHANI BT MD ISA

Bendahari Kehormat :
FAWWIZA BINTI SHAHARUDIN

Naib Bendahari Kehormat :
MOHD FATHUL KHAIR MOHD DAHLAN

Exco Akademik :
(KOSONG)

Naib Exco Akademik :
LIM CHIEW TING

Exco Kolej Kediaman :
NOR AQIDAH BINTI ABU BAKAR

Naib Exco Kolej Kediaman :
AHMAD SYAFIQ BIN MAT ARISAH

Exco Kolej Kediaman Luar :
(KOSONG)

Naib Exco Kolej Kediaman Luar :
(KOSONG)

Exco Disiplin Dan Protokol :
LELA BT NURADIN

Naib Exco Disiplin Dan Protokol :
NURFATIN BINTI JAMAL

Exco Sukan, Rekreasi Dan Kebudayaan :
MOHAMAD HAZIQ BIN ABDUL HARIS

Naib Exco Sukan, Rekreasi Dan Kebudayaan :
JULIANA YEK SUK KIONG

Exco Sosial Dan Kebajikan :
(KOSONG)

Naib Exco Sosial Dan Kebajikan :
MOHD. HAFIZ BIN SUHAILI

Exco Penerbitan Dan Penerangan :
NAJIBAH BT MUSA

Naib Exco Penerbitan Dan Penerangan :
FATINNUR ZAHRINA BT IBRAHIM

Exco Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan :
(KOSONG)

Naib Exco Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan :
MOHD NUR AZLAN BIN KAMARUZAMAN

Exco Ekonomi Dan Keusahawanan :
(KOSONG)

Naib Exco Ekonomi Dan Keusahawanan :
NUR AMALINA BT MOHD RUSLI

Exco Kerohanian Dan Moral :
MUHAMMAD FIRDAUS BIN JAMALUDIN

Naib Exco Kerohanian Dan Moral :
NURZURANIZA BINTI RAMLI

*Untuk jawatan yang kosong akan dipilih oleh HEP secara terus kerana tiada calon yang bertanding.

p/s : nantikan analisis PRK IPG Kampus Ipoh kalau sempat.

03 October 2010

PRK IPG Kampus Ipoh

Assalamualaikum semua..

Hari ini dan sekarang ini sedang berlangsungnya proses pengundian bagi memilih kepimpinan baru dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh untuk sesi 2011/2012.

Alhamdulillah setakat ini kelihatan semuanya berjalan lancar dan ramai juga pelatih guru yang keluar untuk membuang undi walaupun pada hari ini ramai yang ada kuliah dan ada juga yang ada exam.

Abang SPR yang macho

Petugas SPR


Penjaga peti undi

Menunggu giliran untuk mengundi, pelatih baru

Pelatih guru india sedang berbaris untuk menyemak nama mengundi


Suasana dalam dewan tempat membuang undi

Penjaga meja pendaftaran calon mengundi


Berbaju putih, Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Kampus (JPK)

01 October 2010

Tutuplah kepala mu..

SALAM

Mafhum Allah "org2 kafir itu tdk akan berdiam diri selagi mana kamu(umat ISlam) tdk mengikut agama mereka.."..

if nak ditentang secara kekuatan fizikal of course tak terlawan dek kekentalan umat Islam ini..
tp cara terbaik perang saraf,perang pemikiran,perang secara psiko..nah dh makin sukses..!



CARA PERANG KAFIR LAKNATULLAH (5F):

1.Football
2.Foods
3.FASHION(macam2 fesyen berserabut sekarang...!)

4.F (terlupa)

5.F (pun terlupa...)

Peranan seorang yang bernama LELAKI

1. AYAH - jagalah anak2 perempuanmu

2.SUAMI - jagalah isteri/ isteri2mu

3. ABANG - jagalah adik2 perempuanmu
4. ADIK LELAKI - jagalah kakak2mu

5. SAHABAT/MUSLIMIN - tegur2la muslimat/wanita...


jgn biarkan wanita menjadi perhiasan dunia yang tidak bernilai di akhirat...

Aku paling benci tengok perempuan yang pakai tudung macam ni..!!
(xmenepati syara' dan syarat menutup aurat walaupun ada yang kata "paling kurang pon pakai jgk tudung")















15 August 2010

Artikel dari Ustaz Pahrol


Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel . Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”

“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”

“Kenapa Pak Cik?”

“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”

Winston from America ?” bisik saya perlahan.

Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.

“ Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.

“Apa dia?”

“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”

“Kita mesti sanggup memikul senjata.”

“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”

“Saya tak faham.”

“ Pak Cik , Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”

“Apa yang menyakitkan mereka?”

“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

“Jadi?”

Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”

“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza !”

“Awak sindir saya?”

“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.

“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”

“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”

“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”

“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”

“Contoh?”

“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

“Ketiga-tiga isme itu sama.”

“Sama?”

“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”

“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”
Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

“ Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”

“Misalnya?”

“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

“Lagi?”

“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”

“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

“Idola Amerika?”

“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”
Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.

“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.

“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”

“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:

“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”

Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

OH ISLAM: SAMPAIKANLAH ILMU WALAU HANYA DENGAN SATU AYAT.

04 August 2010

Dajjal




Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Bertemu Kehidupan.Mudah-mudahan kita dipertemukan oleh Allah dengan kehidupan kita yang sebenar agar kita tidak lagi teraba-raba mencari kehidupan di dunia yang penuh dengan penipuan ini.

Semakin hari semakin risau diri ini. Melihat kepada tanda-tanda dan amaran daripada Tuhan Rabbul Jalil tentang kebenaran akan hari kebangkitan yang telah dijanjikan. Tanda-tanda semakin jelas sama ada tanda yang kecil telah lama berlaku. Tanda yang besar makin jelas kelihatan.

Dajjal..satu petanda yang menunjukkan semakin dekatnya kiamat itu, hari yang pasti dan pasti semua manusia kena melalui nya..

Para pemuka kuffar danjahiliyyah semakin yakin dan berbangga akan kemunculan pemimpin mereka dajjal yang akan memimpin dunia ini.

Ini merupakan satu malapetaka dan bala buat orang mukmin apabila munculnya dajjal kerana akan banyak berlaku fitnah apabila munculnya makhluk ini. Tapi bagi pemuka kuffar mereka akan berbangga dan ia ibarat satu rezeki bagi mereka kerana ia akan membangkitkan semangat mereka menghancurkan agama Allah yang suci ini.

Entah lah..saya tidak mengetahui sama ada rakan-rakan saya, ahli keluarga saya, pensyarah saya, sahabat-sahabat saya, guru-guru saya, murid-murid saya sedar ataupun tidak akan perkara ini. ..sememangnya saya sayangkan mereka semua..ingin menyelamatkan mereka semua dan diri saya sebaik mungkin.anadaikata diri ini tidak kuat bagaimana hendak meyelamatkan manusia ini.

Terbaru dalam filem "Vahalla Rising" anjuran yahudi laknatullah telah menggambarkan cerita sebenar akan kemunculan dajjal sebagaimana yang disebut dalam hadith nabi..satu ketakutan apabila dajjal ini muncul kerana diri belum bersedia menghadapinya..



Sedih dengan masalah hidup yang kecil..bina kekuatan bersama mereka yang mahukan kekuatan. Bersama-sama dengan kepimpinan dan kumpulan yang dapat membantu di dunia dan diakhirat..

Sama-samalah membina kesedaran dan kefahaman..


02 August 2010

Seminar Hak Wanita

Jenayah Rogol dan Penyelesaiannya


1. Jenayah rogol , rogol dan bunuh serta rogol kanak - kanak mutaakhir ini semakin meningkat dan membimbangkan . Rakyat khasnya para wanita dan kanak - kanak kini tidak selamat menjalani kehidupan seharian . Bila - bila masa maruah dan nyawa mereka akan diragut kejam oleh penjenayah yang bebas bermaharajalela .

2. Faktor pendorong kepada berlakunya jenayah seksual ini terlalu banyak dan tidak ada gunanya kita saling salah menyalahkan antara satu sama lain bahkan semua pihak mestilah mengambil tanggungjawab untuk mendepani musibah atau malapetaka yang menimpa negara ini.


3. Cuma saya sangat terkilan dengan sikap sebahagian dari kalangan masyarakat kita termasuk cerdik pandai dan pihak berkuasa seperti mahu memejamkan mata terhadap syariat Islam tatkala membincangkan jalan penyelesaian terhadap isu ini .


4. Saya lihat semua orang setuju penjenayah dihukum seberat - beratnya , semua orang setuju supaya jenayah ini dibendung segera dan semua orang setuju bahawa mangsa mesti dibela sewajarnya , tetapi malang 1001 kali malang , hampir tiada yang melihat bahawa penyelesaiannya ada pada Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt .


5. Semua jenayah yang semakin meningkat indeksnya adalah berlaku dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada peraturan dan undang - undang ciptaan manusia sejak sekian lama. Ternyata sistem yang ada sekarang biarpun seberat mana hukuman itu dijatuhkan gagal membendung penularan jenayah kejam ini . [ Hukuman mati mandatori keatas pengedar dadah sebagai contoh , bukan sahaja tidak mampu membendung pengedar dadah malah empayarnya semakin berkembang dan dadah semakin mudah untuk diperolehi .]


6. Kenapa tidak memberi peluang kepada Islam ? Islam sebagai agama dan cara hidup yang diwahyukan oleh Allah swt kepada nabi Muhammad saw adalah agama dan syariat yang pernah membuktikan keupayaannya membendung maksiat dan mungkar dalam sejarah pemerintahan dan pentadbirannya .


7. Islam mempunyai pakej lengkap untuk menyelesaikan isu jenayah kejam yang melanda negara hari ini . Bermula dari pendidikan , pencegahan , kawalan dan hukuman serta pembelaan dan pendakwaan. Apa yang perlu sekarang ialah negara mesti memberi peluang kepada Islam untuk membuktikan keupayaan dan keberkesanan perlaksanaannya .


8. Hukuman berkesan tidak hanya dilihat kepada beratnya hukuman tersebut kerana hukuman berat hanya mampu menyakitkan tubuh dan mendera fizikal , sedang apa yang penting dalam usaha membendung jenayah ialah keinsafan , penyesalan dan kesedaran agar jenayah itu tidak berulang dan berkembang . Bertolak dari sini lah Islam menawarkan pakej lengkap dan berkesan [ merangkumi fizikal , mental dan spiritual ] untuk tujuan membendung dan menghapuskan jenayah .


9. Justeru itu , sewaktu membincangkan penyelesaian terhadap isu seperti ini , janganlah ianya dibuat dengan mengambil pandangan atau interview orang ramai secara rambang lantaran isu ini mestilah melibatkan kajian dan penelitian orang - orang yang berilmu . Para alim ulama' yang berkaliber mestilah dilibatkan secara serius dan aktif untuk mengkaji dan menggubal peraturan berasaskan syara' .


10. Janganlah prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Mengapa perlu terpengaruh dan terpedaya dengan propaganda barat . Kenapa masih mahu bertahan setelah lebih 50 tahun menyaksikan kegagalan undang - undang ciptaan manusia membendung jenayah ini ? Sementara undang - undang Islam kaya dengan hikmah [ kebijaksanaan ] dan apa yang lebih penting ialah rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ kebaikan yang melimpah ruah ] . Keadilan Islam adil untuk semua dan ia menyinari semua . [ termasuk pesalah , mangsa , keluarga , masyarakat dan negara ].

dipetik daripada : http://episodeperjuangan.blogspot.com/2010/08/jenayah-rogol-dan-penyelesaiannya.html

01 August 2010

Sifat 'Manusia' Menurut Al Quran


Walaupun asal-usul, kelahiran dan tempat tinggalnya adalah di atas dunia, (QS 6: 2; 7: 11-12; 15: 126; 22: 5; 23: 12; 32: 7; 35: 11; 55: 14) sesungguhnya manusia adalah makhluk sorgawi yang sedang berada di dalam perjalanan menuju sebuah kehidupan spiritual di akhirat nanti. (QS 6: 166; 8: 28; 10: 4; 18: 7; 21: 35; 29: 2-3, 10-11; 45: 22; 47: 31, 38; 67: 2; 76: 2-3) Kehidupan di atas dunia ini adalah sebuah ujian, dan sangat penting bagi manusia:

“Barang siapa buta di atas dunia ini, maka buta pulalah ia di akhirat nanti dan semakin menyimpang dari jalan (Allah).” (QS 17: 72)

Sifat asli manusia adalah yang sebaik-baiknya dan roh Tuhan telah ditiupkan ke dalam dirinya. (QS 15: 29; 7: 140; 30: 30; 39: 9; 95: 4) Kepada manusia telah diberikan berbagai kemampuan dan karunia. (QS 16: 78; 32: 9; 55: 3-4; 67: 23; 90: 8-10) Bukan hanya bumi beserta segala kekayaannya telah diciptakan untuk dinikmati manusia, (QS 2: 29, 57, 60, 168; 7: 10; 55: 10-13; 67: 15) tetapi seluruh alam semesta telah dibuat tunduk kepadanya. (QS 14: 32-34; 16: 5-18; 31: 20; 45: 12-13; 67: 15) Dengan dilengkapi kepribadian yang unik dan unggul, (QS 17: 70; 2: 30, 34; 7: 11; 15: 26-31; 91: 7; 95: 4) kesanggupan untuk mengambil keputusan-keputusan moral dan memilih dari berbagai alternatif, (QS 76: 2-3; 5: 48; 40: 8-10; 11: 118) anak-anak Adam telah diangkat Allah sebagai khalifah-khalifah-Nya di atas bumi. (QS 2: 30; 6: 166) Namun kesanggupan-kesanggupan alamiah manusia tersebut dapat dilumpuhkan atau ditingkatkan. (QS 91: 7-10)

Dengan petunjuk-petunjuk dari kitab suci yang hukumnya bagi manusia adalah akal, makhluk yang memiliki intelegensi ini harus memanfaatkan kemerdekaan berpikir dan memilih untuk melengkapi dirinya dengan motivasi-motivasi, sikap-sikap, prinsip-prinsip, ide-ide, nilai-nilai dan kriteria-kriteria yang benar, dan berbuat benar di dalam sebuah lingkungan moral-matrial yang berkembang sendiri dan bermafaat untuk meningkatkan kemampuan-kemampuannya dengan setinggi-tingginya.

Ketergesa-gesaan, (QS 17: 11; 21: 37) keserakahan, (QS 3: 179; 4: 37; 9: 34-35; 17: 100; 47: 8; 104: 2-9; 89: 17-20) ketidaksabaran, keragu-raguan, (QS 20: 115; 70: 19-21) kecongkakan, (QS 3: 187; 4: 36-37; 16: 22-23, 29; 17: 37, 83; 35: 42-43; 40: 83; 57: 23-24; 75: 31-36; 90: 4-7) sikap tidak berterima kasih, (QS 11: 9-10; 16: 53-55, 83; 39: 7-8; 40: 61) ekshibisionisme, (QS 24: 41; 33: 33) sikap yang merusak diri sendiri, (QS 3: 164; 4: 79; 6: 124; 9: 44; 10: 44; 11: 101; 16: 33-34, 118; 30: 41; 42: 30) sangat mencintai hasrat-hasrat,perempuan, kekayaan dan harta-benda adalah pertanda dari kelemahan manusia. (QS 3: 13; 4: 28)

Namun kelemahan-kelemahan ini bukanlah sifat-sifat manusia yang hakiki maupun kecenderungan-kecenderungan yang telah ditetapkan bagi setiap ras atau individu yang manapun juga. Dengan dilengkapi oleh program iman-didalam-aksi Islam di dalam totalitasnya, manusia sanggup dan harus mencegah dirinya dikalahkan oleh godaan-godaan kehidupan duniawi yang materialistis-individualistis, yaitu dengan mengangkat hasrat-hasratnya menjadi Tuhan. (QS 5: 48-49, 77; 6: 151; 7: 176; 25: 43; 45: 18, 23-24; 57: 20)

28 July 2010

Guru di Benarkan Berpolitik..???

KUALA LUMPUR 27 Julai – Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau berkata, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan pengumuman tersebut, ia membolehkan kira-kira 190,000 guru berijazah di seluruh negara terlibat dalam politik.

Bagi tujuan itu, Mohd. Sidek berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tambah beliau, tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

‘‘Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,’’ kata Mohd. Sidek.

Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya, mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. – BERNAMA

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM