Maksudnya : " Aku mohon tiga perkara kepada Rabbku, lalu Dia mengabulkan yang dua sementara yang satu tidak. Aku memohon kepada Rabbku supaya tidak membinasakan umatku sebagaimana sunnah umat sebelumnya, lalu Dia memberikan kepadaku. Lalu aku memohon pada Nya supaya tidak membinasakan umatku dengan menenggelamkan mereka di laut, permohonon itu pun diterima Nya. Lalu aku mohon pada Nya agar tidak menjadikan mereka saling bermusuhan, namun Dia tidak mengabulkannya."
25 November 2010
09 November 2010
Expo Cheng Ho Gegarkan Kelantan
Berbangga sungguh aku menjadi salah seorang rakyat Kelantan. Punyai pemimpin yang sentiasa mengingatkan rakyat kepada Allah swt.
(klik untuk besarkan imej)
Terdekat ini, satu expo yang dinamakan Expo Cheng Ho dengan melakukan kerjasama perdagangan-ekonomi antara negeri Kelantan dan negara China bakal meletakkan Kelantan sebagai destinasi ekonomi dan perlaburan khususnya bagi pelabur dan peniaga dari negara 'Tembok Besar' Ini..
Lebih 300 syarikat perniagaan dari seluruh dunia, terutamanya syarikat milik umat Islam akan mempamerkan produk-produk keluaran mereka. Difahamkan lebih 700 gerai pameran yang disediakan. 160 buah syarikat daripada negara China, 100 buah syarikat dari Kelantan dan lebih 150 buah syarikat antarabangsa akan mempamerkan produk di dalam sebuah pavilion besar yang akan disediakan.
Manakala sekitar 300 gerai disediakan di luar dewan pameran untuk peniaga-peniaga dari Kelantan dan seluruh Malaysia.
Inilah kelebihannya apabila ekonomi itu juga merupakan sebahagian daripada ajaran Islam.
Untuk maklumat lanjut anda bolehlah rujuk di http://www.chenghoexpo.com.my/
Subscribe to:
Posts (Atom)