Semoga sentiasa sihat kepada semua pembaca blog. Kali ini ingin aku kongsikan sedikit pengalaman dan kegembiraan bersama anda semua. Untuk pengetahuan, aku telah berjaya menamatkan sesi praktikum yang ketiga a.k.a yang terakhir sebelum bergelar guru. Semuanya berjalan dengan baik selama 3 bulan aku berpraktikum. Semua itu adalah kurniaan daripada Tuhan ku dan juga Tuhan kamu…post kali ni nk crita panjang skit..so bersiap sedialah untuk membacanya..kihkih..kalau xnk baca tgk la gambar ajaa…
1. Hari terakhir aku ke sekolah iaitu pada hari jumaat aku sedikit pelik..kenapa..?..haa..ini nk habaq nih..pagi tu aku bangun paling awal utk bersiap ke sekolah..pukul 5 pagi dah bangun..pastu solat kejap then terus mandi..dalam kepala fikir dah pukul 6.30 nih..tiba2 tengah mandi dengar suara orang azan..aihhh..xkan la azan subuh pukul 6.30 pagi..dah tu kluar tengok jam..laaa..awal nya aku mandi hari ni..baru pukul 6 rupanya..nyesal pulak..haha..ada ker nyesal..?..yer lah badan dah segar bugar..hmmm..tiba2 jadi bersemangat utk ke sekolah hari ni..xtau kenapa jadi cam tu..apa lagi..siap la awal2..haaaa..!!!..lagi satu..hari ni aku pakai baju melayu ke sekolah..first time pakai baju melayu lengkap ke sekolah sepanjang 3 bulan kat sini..alaaa..sama seperti praktikum yg lepas..dah biasa mcm tuu..hari terakhir kat sekolah kena pakai baju melayu..smart2..n hensem2 lagiii..hijau pulak tu warnanya..patut la bersemangat…huuuhhh..!!
2. Banyak yg berlaku kat sekolah hari ni..hari ni jugak pegi sekolah naik keta..driver datang ambik kat rumah..haha..terima kasih kepada dua orang puteri yang baik hati kerana menumpangkan..sampai jer kat sekolah..aiii..segan pulak nk keluar kereta…rasa pelik pakai baju melayu ke sekolah…nk kluar ke x..nk kluar ke x..dok piker..nk x nk kena keluar jugak..budak2 sekolah ramai dok pandang2..belum kluar lagi..aiii..segan aku..akhirnya gagahkan jugak kluar…tiba2 budak2 datang kerumun kereta..owhh..rupanya nk tolong angkat beg..kahkah..haa..ambik2..beg cikgu banyak nih..nnt letak dalam bilik guru yerr..
3. Majlis perpisahan mula jam 10 pagi..terharu tgk cikgu2 sek ni kalut2 bersiap utk majlis ni..kalut2 buat slide..kalut2 susun hadiah..ada yang kalut2 utk jamuan..kalut2 urus PA system..kalut2 bukak dewan..urus murid lagi..aku pulak dok praktis tuk persembahan nnt bersama dengan murid..Majlis perpisahan ni buat skali dengan majlis perpisahan sorang cikgu yang bertukar..tapi tiba2 cikgu tu xdapat datang sekolah hari ni..so, sambut tuk kami empat orang je lah..
4. Masa nk mula program tu aku Tanya sorang cikgu sebab Nampak pelik jer majlis ni..”Cikgu..ni majlis utk apa sebenarnya”..cikgu tu jawab “Majlis perpisahan utk kamu lah”..mak aiii..terkejut dan terharu jugak aku..sebab yang datang skali pagi tu YDP PIBG sek..ada bacaan doa..ada MC formal..ni dah jadi majlis formal sbb ada VIP datang..lagi lah segan akuu..pastu kelas pulak xder sampai balik waktu sekolah..apakah semua ini..?..sedangkan sebelum ini praktikum kat sekolah lain xde macam ni sambutannya..rasa macam aku ni nak pencen pun ada..padahal x jadi cikgu lagi..
5. Pendek ceritanya..majlis tu berlangsung dengan baiknya dan meriah sekali..sungguh2 happening dan ceria serta seronok lah..ada persembahan murid..dan ada persembahan cikgu..pastu ramai la budak2 yang bagi hadiah..yang menangis teruk2 pun ada..aku kata..issshhh..teruk kalau mcm ni..menangis sampai mcm tu skali..xnk balik la macam ni..kesian kat budak2..mungkin dorang terasa dengan pemergian cikgu praktikum yang x seberapa nih..macam2 la berlaku sepanjang majlis tu..posing memosing..tangkap menangkap gambar..jamuan..sesi bagi hadiah..gembira sungguh tuan hamba yang menerima begitu banyak hadiah..haha..ada murid yang menangis masa bagi hadiah..sedih hamba melihatnya..=(
6. Antara yang aku kagum dengan sek bakap ni..dorg memang sambut dan hargai betul2 mana2 cikgu yang datang sekolah ni..sbb apa aku cakap mcm tu..sbb masa bagi hadiah..ada hadiah daripada PIBG sek..ada hadiah daripada Warga sekolah..ada hadiah daripada guru-guru..then ada jugak hadiah daripada kelas yang kita mengajar..tuu yang terharu sikit tuu..
7. Yang paling xleh lupa..ada sorang murid ni pagi2 lagi dia datang jumpa aku dia cakap “cikgu..cikgu..boleh x cikgu pegang kamera saya..nnt sy nk tangkap gambar dengan cikgu..”..aku kata..”boleh2..nnt nk ambik gambar dtg ambik dengan cikgu k..”..pastu bila dia datang nk ambik gamabr dia kata kamera dia xde bateri..sb lupa nk check dulu sblm bwk ke sekolah..larr..kalau mcm tu pakai kamera cikgu aje lah..pastu masa bersalam dengan semua murid aku ingat2 lupa budak ni bagi ke tak hadiah kat aku..bukan apaa..lps balik dari solat jumaat..masa tu tgh rehat2 sbb panas sangat..tiba-tiba terdengan bunyi enjin keta control masuk depan rumah..intai2 memang betul ada sebuah kereta control berlegar2 depan rumah pastu terjatuh dalam longkang..aku kluar nk nk angkat keta control tu..tgk kat keta control tu ada sebuah motor warna hijau n sehelai kertas..aku ambik kertas tuu n baca dia tulis “Untuk cikgu nizam..daripada Khairul Ariffin”..lalu aku ambik moto tu n cari budak nih..malu2 budak nih dok nyorok blakang keta jiran depan rumah aku..ingat aku x Nampak..aku panggil la dia..tny ni kamu punya ker..?..nk bagi kat cikgu ker..?..dia kata yaa..!!..fuhhh..terharu sekali aku..sampai macam tu skali nk bagi hadiah..xsempat kat sekolah sampai bwk naik keta control nk bagi hadiah..terharu skali lagi..dapat motor sebijik..
8. Lagi satu..ada sorang budak tahun 3 nii..dia tertinggal hadiah kat rumah..pastu balik rmah mak dia call kata nk jumpa sbb nk bagi hadiah tu..masa tu dah agak petang..pukul 4 x silap..mak dia kata tunggu depan taman..mak cik pegi sana..fuhhhh..sampai kerumah dicarinya sbb nk bagi hadiah..kalau aku jadi budak tuu..xpe lah..bagi kat orang lain lah hadiah ni..tapi..hmmm..sampai ke rumah di carinya..memang xleh lupa peristiwa ni..pastu masa jumpa sembang2 kejap dgn mak dan abah dia..dia kata mai la jalan2 kat rumah mak cik..aku kata insyaAllah mak cik..ada rezki saya datang..teringat sampai sekarang..
9. Banyak lagi pengalaman kat sk bakap nie..xlarat dah nk tulis..nanti kalau ada rezki n rajin akan ditulis lagi beberapa pengalaman sepanjan kat sana..apa pun nk bg tau kat sini..semua itu adalah kurnian daripada Tuhan ku dan juga Tuhan kamu..semoga ingatan di SK Bakap kekal abadi..pengalaman paling indah sepanjang praktikum 3 bulan dan di 3 buah sekolah..SK Bakap paling best n paling baik..terbaikkkk..!!!...
10. Jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah..especially kepada guru pembimbing kak Na n Kak Wani..GB...kak linda..kak Mai..Kak Rozi..kak Asma..kak Yang..Kak Zaba..Kak Ija..Ust Mat Yusri..Cikgu Zaidi..Cikgu Saidi..Cikgu Sha..Ust Mat Nor dan semua yang tidak tersebut nama kat sini..ramai sangat..thank u very much..!!!..