Pages

22 January 2009

Mencari untuk Bertemu


“abe yu,bakpo kito keno semaye”Tanya adikku Akif dalam loghat Kelantan yang pekat…aku tersenyum lebar sambil berfikir apakah jawapan sesuai yang akan aku lontarkan kepada adikku yang berumur 7 tahun ini.”sebab Allah suruh lar”…jawabku pendek..aku rasa itu jawapan paling tepat yang dapat aku berikan.

Kita tinggalkan dulu kisah itu kerana soalan adik-adikku cukup2 menguji ilmu dan kefahamanku.

Disini saya ingin berkongsi tentang kehidupan,kita bertemu kehidupan atau kehidupan yang bertemu dengan kita.Persoalan yang selalu bermain dalam fikiranku.Perkataan bertemu itu sudah menunjukkan maksud tersirat bahawa untuk bertemu itu kita memerlukan suatu pencarian,dan hasil daripada pencarian itu ialah suatu pertemuan.

kehidupan itu dapat ditafsirkan dalam berbagai keadaan,ada yang menafsirkannya seperti dalam gambar di bawah,

ada pula yang bertemu kehidupan sebenar seperti di bawah,

ada juga kehidupan seperti dalam gambar dibawah,


begitu banyak kehidupan dapat ditafsirkan,namun begitu kehidupan dalam gambar diatas hanyalah kehidupan disisi manusia yang hanya bahagianya dimata manusia sahaja.






Namun kehidupan kita yang sebenar yang hakiki adalah seperti gambar dibawah

inilah kehidupan sebenar yang dipandang oleh Allah swt yang mana amat jarang manusia bertemu dengannya.

Bukan masa untuk kita menunggu lagi,kita mesti memaksa diri kita didunia ini untuk mendapat kebahagiaan diakhirat kerana disana kita tidak lagi akan dipaksa oleh malaikat2 lantaran dosa dan kejahatan yang telah kita lakukan...

Mudah mudahan kita mendapat kebahagiaan dan bertemu dengan kehidupan yang sebenar...

Aku memohon ampun kepada Allah swt diatas segala kekurangan yang ada pada diriku,sesungguhnya aku ini insan yang lemah dan hina.

Firman Allah :

"dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan.Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenar,andai mereka mengetahui"

al ankabut:64


P:s/dengan wujudnya blog ini diharapkan dapat saya menuju jalan yang betul untuk bertemu dengan kehidupan sebenar yang diredhainya.

1 comment:

Nurul_Islam said...

Teruskan memblog dan melontarkan idea-idea yang bernas untk islam. Salam perjuangan

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM