Pages

17 April 2009

kisah 4 ekor burung

Ini pula ada satu kisah empat ekor burung yang telah pun selesai bermesyuarat untuk mengadakan satu program hari sukan burung sedunia.Maka bapak-bapak burung daripada setiap spesis iaitu HELANG, BAYAN, GARUDA, dan NURI telah pun bersetuju untuk mengadakan hari sukan tersebut...tersebut lah al-kisah

Maka setiap daripada bapak-bapak burung ini menjemput semua kenalannya daripada seluruh dunia untuk hadir ke temasya tersebut.Ada yang datang dari amerika, london, warwick, britain dan sebagainya yang datang dengan membawa budaya negara masing2. Maka hasil syura bapak2 burung tadi telah bersetuju untuk mengadakan satu pertandingan baru yang tidak pernah diadakan oleh bapak burung yang sebelum ini iaitu pertandingan "BIRD CHEERS"...maka berlangsunglah temasya tersebut

Si Helang



Si Nuri


Sememangnya acara "BIRD CHEERS" itu ditentang oleh sekumpulan "kunang-kunang" yang memang berpegang teguh dengan ajaran agama nenek moyang mereka. Si kunang-kunang ini merupakan golongan yang sentiasa bersama-sama dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh burung empat spesies tadi. Namun begitu, dengan kesombongan sang empat spesies burung tadi acara "BIRD CHEERS" tetap diadakan. Apakan daya si kunang-kunang yang kecil ingin melawan burung-burung yang besar walaupun pada setiap malam si kunang-kunang inilah yang akan menerangi si bapak-bapak burung daripada kegelapan malam dengan cahaya di ekornya yang agak malap...nasib kau la kunang2 oooiii


Si Bayan



Si Garuda

Pada hari yang ditetapkan,pelbagai acara telah dilakukan.Antaranya acara perbarisan burung-burung cacat daripada setiap spesies yang disertai kumpulan burung brassband yang dijemput khas dari India dengan pakaian ala amerika la kononnya...selepas itu ada pula acara lumba lari daripada wakil setiap spesies burung yang menghantar atlet yang agak perasan dan berlagak untuk bertanding. Tiba-tiba ada pulak sekor burung yang masuk bertanding dari negara amerika la gamaknya memakai pakaian lari dah macam juara pecut dunia la kononnya...makk aiii..dia punya bulu kat badan tu habis dibuangnya sehingga nampak bentuk badan burung spesies bayan yang sebenarnya...biasala..kalau nak menang mesti la kena buang bulu kat badan tu supaya rintangan angin semasa berlari tu kurang...banyak cantik la kau punya teori....semua mata2 burung lain tertumpu pada burung ni sekor yang pelik.Mana taknya,dia sanggup mencemarkan maruahnya sebagai seokor burung yang sepatutnya mempunyai bulu. Hakikatnya itulah budaya burung dari amerika yang cuba di bawa masuk dalam sukan kali ni...

Manakala acara "BIRD CHEERS" tadi juga diteruskan dengan disertai oleh burung betina dan juga jantan yang menunjukkan kehebatan masing-masing.Si betina dan jantan pun sama je...semuanya terlompat-lompat,tunggang-terbalik, tergedik-gedik, melolok-lolok tak tentu arah macam kena rasuk dengan jin menayangkan aksi panas mereka dihadapan ribuan burung-burung yang lain.Si kunang-kunag dah panas dah ni....tapi bersabarlah...

Akhirnya berakhir begitulah hari sukan burung sedunia yang menyaksikan maksiat di kalangan burung-burung masih berterusan..ada juga adengan-adengan panas sesetengah burung burung dari luar negara yang mengambil kesempatan untuk bermesra dan bermanja dengan burung betina tempatan sambil mnyaksikana acara sukan di atas pohon besar yang rimbun.Apakah tindakan kunang-kunang selaku yang berpegang teguh dengan ajaran agama nenek moyang mereka???

Banggalah si burung empat spesies kerana telah berjaya manamatkan acara mereka dengan memperkenalkan satu pertandingan baru...tahniah bapak-bapak burung...dan kepada atlet larian burung yang sanggup berkorban untuk menggadaikan bulu engkau juga tahniah aku ucapkan...


Si kunang-kunang juga ada terfikir,ini kah antara kejayaan barat untuk mendoktrinkan fikiran sahabatnya burung-burung dengan hiburan, cara pemakaian, pergaulan dan sebagainya....

p/s : cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia

14 April 2009

Meminta

Dengan nama Allah yang Maha Berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu…
Kali ni nak cerita sikit pasal meminta. Kita kalau meminta sesuatu pada seseorang mungkin kali pertamanya boleh bagi…ambik je lah…Kali kedua kita minta…hummm,boleh..tapi pulangkan cepat sikit tau..kali ketiga kita minta, mungkin juga akan diberi permintaan kita itu,tapi kali ni dengan jelingan mata yang tidak berpuas hati..tapi apakah akan berlaku sekiranya kita minta untuk kali yang keempat dan seterusnya…mungkin akan disertai dengan maki hamun dan selepas itu kita akan dilihat dan dinilai sebagai seorang yang suka meminta-minta dan tak tahu nak beli sendiri.Akhirnya kita akan makin jauh dengan orang itu.

Teringat pada kata-kata seorang pentazkirah di sekolah dulu, katanya “kalau kita meminta daripada manusia maka kita akan makin jauh daripadanya, tapi kalau kita meminta daripada Allah, maka kita akan makin dekat dengan Nya”..ada benar juga kata-katanya itu.




Disini, apabila kita meminta atau dalam arabnya dipanggil doa kepada Allah hu azza wa jal untuk setiap perkara, ini menunjukkan bahawa kita ini seorang manusia hamba yang sangat lemah kerana perlu meminta-meminta daripada yang berkuasa. Tiap-tiap hari kita berdoa kepada Allah, tapi dengan kasih sayangnya Allah pada hambanya maka Allah sendiri suka melihat seorang hambanya meminta kepadaNya bekali-kali,lagi dan lagi dan lagi dan.....sehingalah kita dah tak de lagi....pasti dan pasti Allah akan membalas apa yang diminta oleh hambanya....cuma bentuk penerimaan doa oleh Allah itu tak sama...Allah tidak akan memaki kepada kita, Allah tidak berikan syarat untuk kita minta kepada Nya, Allah tidak akan tidak berpuas hati kalau kita minta padanya…dan yang pastinya Allah akan tetap memberi apa yang kita minta tidak seperti mana kita minta kepada manusia.



Kalau rasa lemah, kita mintak kepada Allah supaya berikan kekuatan,Kalau rasa kurang, kita mintak kepada Allah supaya cukupkan apa yang kurang…kalau tak sihat, mintak juga kepada Allah supaya sembuhkan, kalau ada maksiat berlaku “cheers” contohnya, kita juga minta kepada Allah supaya jauhkan kita dan lindungi orang sekitarnya daripada maksiat itu…mintak apa saja…InsyaAllah akan ditunaikan tapi mesti diselitkan dengan usaha dari diri kita sendiri..dan cara penerimaan permintaan itu ada 5 jenis iaitu :



1.Diberikan secara tunai/cash:
-iaitu secara langsung dengan apa yang diminta.

2.Ditangguhkan pada masa tertentu:
-iaitu diberikan pada masa yang lain iaitu ditangguhkan pada masa lain.

3.Ditukarkan dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang dipohon:
-Allah sendiri yang mencipta manusia itu maka Allah sendiri yang maha mengetahui apa yang terbaik utk manusia itu sendiri...sbg contoh lihat org melahirkan anak kembar...semua org yg kawin pasti mahu lihat/berdoa agar diberi cahaya mata..maka Allah berkuasa utk beri atau tidak..yang dapat kembar adalah rezeki dari Allah..

4.Digantikan apa yang diminta dengan cara menghapuskan bala/bencana yang sepatutnya dihadapi olehnya:
-Setiap zarah kebaikan akan diberi ganjaran kebaikan dan sebaliknya..maka sbg contoh kita lihat pada kehidupan para sahabat..apabila mereka terkena sesuatu bencana pasti mereka akan cari apakah kesilapan yang telah mereka lakukan dan berusaha untuk memperbaikinya...maka kita kene mencontohinya...
-sbg contoh apabila kita lihat kita terselamat dari satu2 bencana maka kita lihat apakah amalan yang telah kita lakukn sehingga dapat keselamatan dari Allah.

5.Ditangguhkan pada hari akhirat:
-setiap org akan diperlihatkan dengan ganjaran apakah yang didapatinya pada hari akhirat tersebut.Maka datanglah seorang bertanya pada Allah s.w.t,"ya Allah apakah yang menyebabkan aku dapat amalan yang bertimbun-timbun ini walhal aku tak melakukan amalam sedemikian rupa"..lalu Alah s.w.t menjawap "tidakkan kau perasan akan do'a yang kau minta sewaktu didunia dulu yang mana aku tak berikannya,maka sekarang kau terimalah apa yang sepatutnya kau terima"..
- maka jika kita semua mengetahui akannya maka semua antara kita akan meminta agar doanya tak diterima pada hari ini...

sekian sahaja
p/s: serba sedikit pengetahuan yang dapat dikongsikan oleh insan yang serba dhaif ini...
maka janganlah ada antara kita merasa resah dengan apa yg kite pinta tak dapat..sesungguhnya Allah yang maha mengetahuinya...

06 April 2009

Adakah ini kita?

Mereka tahu cara amar ma'ruf, tapi mereka x tahu cara menggunakannya
Mereka tahu hakikat perjuangan,tapi mereka lebih pentingkan keseronokan
Mereka tahu tentang kemanisan syurga tapi mereka buta dengan kepahitan perjuangan

Mereka tahu Islam itu indah,tapi mereka xmahu mengislahkannya
Mereka tahu dunia ini akan fana, tapi mereka masih alpa dengannya
Mereka cemerlang dalam akademik,tapi lemah dalam urusan agama
Mereka lincah dalam aktiviti duniawi, tapi mereka kaku dalam amalan ukhrawi

Mereka tahu perkara agama tapi xmahu berkongsi dengan sesiapa
Mereka malaikat dari luaran tapi syaitan dari dalaman
Mereka memangku ketauhidan tapi x memangku kehambaan
Mereka kuat beibadah tapi tak berdakwah
Mereka inilah perosak agama yang hanya mementingkan diri dan tidak mengenal ukuwwah

Seorang pejuang islam yang hebat adalah hebat kedua-duanya
Siangnya seperti jundi perkasa,malamnya seperti abid meminta syurga
Wahai jundillah,bangkitlah kamu menegakkan agama Allah
Suburkanlah kembali islam di muka bumi ini
kukuhkan kembali tali ukhuwwah yang goyah
Salam perjuangan
COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM