Pages

22 June 2009

Kaktus dan Ulat Pemberian Allah

Salam pengukuhan sahabat semua...


Kali ni nak kongsi satu cerita dengan sahabat semua yang mana mungkin banyak menerima dugaan,ujian dan cabaran dalam kehidupan ini.Percayalah bahawa setiap ujian itu ada hikmah tertentu yang disembunyikan oleh Allah swt sebagaimana dalam cerita dibawah ini.

Dalam kisah ini,ada seorang lelaki yang berdoa kepada Allah memohon hajat agar diberikan bunga yang cantik dan rama-rama yang juga cantik.Namun begitu, Allah tidak mengurniakan bungan dan rama-rama kepadanya tetapi memberikannya pokok kaktus yang penuh dengan duri dan amat sakit bila tercucuk durinya dan seekor ulat yang padanya tidak begitu bernilai kerana ia hanya seekor ulat dan ulat itu akan merosakkan daun yang ada padanya .




Lalu lelaki ini sedih dan tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada apa yang dimintanya.Kemudian dia berfikir, Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh tertentu, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya.Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan indah sekali,dan daripada ulat yang terselindung dahulu yang tidak bernilai padanya telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik dan berwarna-warni.




MasyaAllah.....begitu cantik dan indah pemberian dan kurniaan Allah padanya.Kini barulah lelaki tersebut mengerti disebalik pemberian Allah yang tidak menepati kehendaknya.Rupa-rupanya pokok kaktus dan ulat yang dia tidak suka itu menjadi sesuatu yang cukup indah padanya.

Begitulah perancangan Allah swt,Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!Cara Allah sentiasanya cara terbaik,walaupun kelihatan semuanya salah dan tidak betul serta tidak kena pada kehendak kita,maka jangan kita kecewa dan menyalahkan Allah swt.Jika anda memohon sesuatu kepada Allah dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai dan lebih baik daripada apa yang dipinta.Apa yang and pinta.......tidak semestinya apa yang diperlukan!..Kemungkinan Allah menyimpan yang terbaik untuk dikurniakan pada kita pada waktu yang lain...



Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hamba-Nya,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

DURI hari ini...

Adalah BUNGA hari esok!

ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA

Sekiranya anda suka mesej ini, sila hantarkan kepada orang lain.

Semoga Allah merahmati anda!

(Pesanan dan igatan buat diri terutamanya)

14 June 2009

Di Sebalik Kebakaran

Assalammualaikum...

Ni ada satu emel yang saya terima baru-baru ni, nak kata terkejut tak jugak tapi rasa ingin berkongsi dalam blog ni pulak untuk tambah pengetahuan kita tentang keadaan sebenar yang mungkin ramai tidak mengetahui nya..sama-sama kita tengok laporannya....

Kg Baru Sg Buloh
Sg Buloh Selangor 18 April, 2009
Dah bape banyak makanan yg kotor nih masuk dlm perut kite.... Patutlah mengaji susah nak masuk kat otak.....Sabar jelah.....






Saya menerima maklumat mengenai kebakaran ini kira-kira jam 5 petang, kira-kira setengah jam selepas kebakaran bermula.
Seperti yang dibayangkan sebelum ini, kawasan perindustrian Kg Baru Sg Buloh adalah sebuah kawasan yang amat luas.Kes kebakaran agak senang untuk dikesan kerana asap boleh kelihatan dari jauh.



Tetapi, walaupun asap boleh kelihatan ketika memandu, untuk tiba di lokasi adalah sesuatu yang amat sukar walaupun mengikut panduan dari asap tebal. Dengan keadaan jalannya yang amat tidak terurus, berlopak, berlubang, sempit dan beratus-ratus simpang yang jika salah masuk, anda akan memasuki jalan mati.


Maka terperangkaplah anda untuk berpatah balik kerana mungkin anda secara tidak sengaja telah memasuki dalam kawasan kilang DRH atau kilang VTF.



Mana lagi dengan berpuluh-puluh anjing liar, berkurap dan kotor serta berpenyakit yang berkeliaran.



Untuk bertanya laluan, dengan membuka tingkap kereta, mungkin anjing akan melompat ke arah anda... Belum lagi kalau turun dari kereta, ada anjing kurap yang baik hati nak berkenalan untuk cuba menghidu, menjilat anda...!!! Keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap, tak perlu dicerita, kerana anda boleh alami sendiri. Dan anjing-anjing ini pula, macam mengenali samada kita adalah pengguna laluan ini, atau tak pernah lalu sebelumnya.



Mana lagi berselisih dengan treler-treler panjang, besar dan kenderaan-kenderaan yang dipandu laju (walaupun jalan sempit).. Kawasan perindustrian ini merupakan antara yang terbesar di di Selangor, dan merupakan kawasan perindustrian yang paling tidak terurus, tidak mengkiut standard, tidak menepati standard sebuah kawasan pendustrian yang mengeluarkan pelbagai barangan utama di negara ini dan untuk eksport. Di sinilah antara pusat segala penipuan dan penyelewengan barangan pengguna di mana banyak manapun serbuan dilakukan, mustahil untuk mengesan semuanya di celah-celah ratusan bangunan kilang.




Di sinilah, di mana, di dalam kilang, ada kilang, dan di dalamnya pula, ada kilang lain pula. Antara serbuan yang pernah saya sertai sepanjang lima tahun lalu di kawasan ini ialah: 1-Rampasan dan penyitaan kilang membuat mee bersama JAKIM Kementerian Kesihatan dan KPDN HEP di mana keadaan kilang yang amat kotor dan berlendir serta pekerja yang langsung tidak pentingkan kebersihan. Mee yang dibuat banyak dijual di pasaraya, hipermarket, bapak market terkenal dengan jenama-jenama berbau keIslaman/keMelayuan.


2. Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus. Jenama juga berbau Islam/Melayu - juga anda sendiri pernah terbelinya.



3. Kilang membuat tauhu, yang sebelumnya pernah diarah tutup dan dibatalkan sijil halal, tetapi membuat semula proses yang sama. Tauhu ini dijual di seluruh Malaysia, di mana pembuatannya langsung membuatkan anda tidak akan memakan tauhu lagi jika melihat keadaan kilang, di mana baldi-baldi yang diletakkan di atas lantai yang berlendir, dan penuh dengan anjing, akan dicelupkan bersama dengan tauhu yang baru diproses, kemudian dibungkus untuk dijual kepada anda.



4. Kilang yongtaufu, taufoofar, (dan segala yong dan far yang anda tau dan pernah makan) yang digaul dengan daging babi cincang oleh pekerja warga Indonesia (yang mendakwa beragama Islam) , dan ditampal pula dengan logo Halal Jakim. Semua produknya dilanggan oleh banyak hotel berbintang-bintang berpandukan invois yang dirampas. Pengusaha juga mengaku, barangannya amat laku dibeli oleh peniaga Islam yang sudah tentunya mereka tidak berpeluang melihat proses pembikinan yong-yong itu.



5. Kilang yang membekalkan krim-krim malam yang akhirnya diuji mengandungi 'sibutramin' yang diimprt bertong-tong dari China, untuk banyak syarikat Bumiputera yang melekatkan label macam-macam nama wanita, dan akhirnya anda tempelkan di muka anda yang dah memang berjerawat, menggerutu itu. Alasannya, kerana ia jenama Bumiputera, nak tolong bangsa, dan nak cantik...



6. Di sinilah juga terdapatnya kilang-kilang VCD/DVD yang jika anda bukan pakar mencarinya, mati 18 kali pun, anda tak akan jumpa kerana ia dibina dalam kilang, di dalam kilang, di dalam kilang (kilang 3 in 1).




7. Di sini jugalah diproses kopi-kopi duda, kopi dara, kopi tongkat bedul, kacip bedah yang dibeli oleh anda, yang dicampur dengan pelbagai bahan terlarang tanpa anda mengetahui, ia sebenarnya hanya diblender atau digaul oleh mat-mat Bangla, minah Indon yang tak tau apa-apa pun apa yang mereka buat. 8. Senarai ini amat panjang yang memerlukan saya membuat entry lain di lain kali beserta dengan bukti foto sekali. Dah setelah bersimpang, berpusing, akhirnya saya tiba juga di lokasi kebakaran ini setelah kereta melalui laluan berlubang, berbukit dan berlopak serta tidak bertar (jalan berbatu-batan) dan berdebu. Kebakaran berlaku kira-kira jam 4-30 petang.



Kilang membuat sarung tangan ini musnah sama sekali.




Seorang pekerja warga Bangladesh cedera ringan ketika menyelamatkan diri.

Dan, bagi anggota bomba, kesukaran paling mencabar bagi mereka apabila banyak dari kilang-kilang ini tidak mempunyai pili bomba dan terpaksa meminjam suumber dari kilang lain.





Di kawasan ini, adalah menjadi tanggungjawab pengilang mendirikan pili bomba mereka sendiri. Kerugian dianggarkan berjuta ringgit. Dan beberapa kilang di kiri-kanan dan belakang kilang yang terbakar, juga mengalami kerosakan. Itulah sahaja laporan saya mengenai kebakaran kilang ini yang tak berapa menarik sebenarn

Sumber : Alumni Falahiah

02 June 2009

Kekasih Ku Seru



Pada pagi itu,seperti mana2 pagi yang lain,aku menyambut seorang tetamu tetapku. "Assalamualaikum," seru subuh. "Waalaikumussalam,"sahutku.dan kami terus berpelukkan,tanda rindu serta sayang.Ku tanya khabar subuh,bagaimana keadaannya menggembara dari satu tempat ke tempat."tadi...".kata subuh dengan sayu, "Aku baru sahaja melintasi satu tempat, ku cari tempat persinggahan,ku ketuk rumah2 yang sunyi tapi tiada siapapun yang mahu menerima aku sebagai tetamu"..dan airmata subuh pun berlinang.


“Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan?" kata ku….subuh mengangkat mukanya seolah2 teringatkan sesuatu."Oh…ya…,tadi aku lalu di suatu sungai,orang2nya sepertimu,menyambutku dengan penuh kesukaan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menggiurkan.hidangan yang paling ku sukai adalah buah tahajjud,puas aku mencari dibumi lain,tapi jarang ku temui.Disitu aku meratah buah tahajjud dengan puas serta leka sekali"… "Maaf subuh,aku tidak menanam pohon al-lail,Jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai..tapi aku ada roti syiams(puasa)" cadang ku kepada subuh,Subuh menolaknya dengan penuh hormat."Roti itu ada tuan punyanya"…kata subuh…"Adakah kau mahu manisan zikir?"..rayuku pada subuh.."Baiklah,..ambilkan aku sedikit serta bawakan aku segelas air mata tangisan,"…pinta subuh.Aku agak sugul,bagaimana harus aku bagitahu pada subuh yang air mata tangisan sudah hampir kemarau akibat maksiat yang berpanjangan….namun,aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan air mata tersebut.Aku terkejut,…perigi itu hampir separuh penuhnya,dan aku terdetik didalam hati,adakah ini tandanya kemarau akan berakhir??..tanpa berlengah lagi,aku terus membawa air tersebut kepada subuh,tetamu yang ku sanjung dan ku beri kan manisan yang dipintanya…..Selesai menjamah kesemuanya subuh melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh"…seruku…"Mahukah kau tinggal selamanya denganku?.Aku memerlukan teman dalam kesunyian.akan ku layan kau dengan sebaiknya, wahai subuh"..subuh tersenyum menandakan permintaan ku tidak akan dipenuhi.."Aku perlu menziarahi ramai orang,dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati hati mereka seperti mana aku mengulit mimpimu”..dan aku akur lagi dengan penjelasan subuh…"subuh"…seruku lagi apabila melihat subuh bersiap untuk pergi."sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" ..tanya ku.."insya-Allah,"jawab subuh,"bukankah aku kekasih yang kau rindui?"…subuh pun berangkat dengan lambat tetapi tetap… "Assalamualaikum.."seru subuh,"waalaikumussalam"jawabku kembali dan mataku terus meniti langkah subuh yang semakin laju dengan setiap langkah dan akhirnya subuh hilang dari pandangan.....


p/s:buat renungan sahabatku semua,hayatilah kisah ini dan ambil lah ia sebagai ikhtibar dan renungan dalam memuhasabahkan diri dalam meniti kesibukkan harian tambahan lagi waktu cuti ini…,apakah agaknya keluh kesah dari zuhur,asar,maghrib dan isya'?..jawapannya tersirat dalam diri kita masing2…wassalam
COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM