Pages

14 June 2009

Di Sebalik Kebakaran

Assalammualaikum...

Ni ada satu emel yang saya terima baru-baru ni, nak kata terkejut tak jugak tapi rasa ingin berkongsi dalam blog ni pulak untuk tambah pengetahuan kita tentang keadaan sebenar yang mungkin ramai tidak mengetahui nya..sama-sama kita tengok laporannya....

Kg Baru Sg Buloh
Sg Buloh Selangor 18 April, 2009
Dah bape banyak makanan yg kotor nih masuk dlm perut kite.... Patutlah mengaji susah nak masuk kat otak.....Sabar jelah.....






Saya menerima maklumat mengenai kebakaran ini kira-kira jam 5 petang, kira-kira setengah jam selepas kebakaran bermula.
Seperti yang dibayangkan sebelum ini, kawasan perindustrian Kg Baru Sg Buloh adalah sebuah kawasan yang amat luas.Kes kebakaran agak senang untuk dikesan kerana asap boleh kelihatan dari jauh.



Tetapi, walaupun asap boleh kelihatan ketika memandu, untuk tiba di lokasi adalah sesuatu yang amat sukar walaupun mengikut panduan dari asap tebal. Dengan keadaan jalannya yang amat tidak terurus, berlopak, berlubang, sempit dan beratus-ratus simpang yang jika salah masuk, anda akan memasuki jalan mati.


Maka terperangkaplah anda untuk berpatah balik kerana mungkin anda secara tidak sengaja telah memasuki dalam kawasan kilang DRH atau kilang VTF.



Mana lagi dengan berpuluh-puluh anjing liar, berkurap dan kotor serta berpenyakit yang berkeliaran.



Untuk bertanya laluan, dengan membuka tingkap kereta, mungkin anjing akan melompat ke arah anda... Belum lagi kalau turun dari kereta, ada anjing kurap yang baik hati nak berkenalan untuk cuba menghidu, menjilat anda...!!! Keadaan kotor dan penuh dengan sampah sarap, tak perlu dicerita, kerana anda boleh alami sendiri. Dan anjing-anjing ini pula, macam mengenali samada kita adalah pengguna laluan ini, atau tak pernah lalu sebelumnya.



Mana lagi berselisih dengan treler-treler panjang, besar dan kenderaan-kenderaan yang dipandu laju (walaupun jalan sempit).. Kawasan perindustrian ini merupakan antara yang terbesar di di Selangor, dan merupakan kawasan perindustrian yang paling tidak terurus, tidak mengkiut standard, tidak menepati standard sebuah kawasan pendustrian yang mengeluarkan pelbagai barangan utama di negara ini dan untuk eksport. Di sinilah antara pusat segala penipuan dan penyelewengan barangan pengguna di mana banyak manapun serbuan dilakukan, mustahil untuk mengesan semuanya di celah-celah ratusan bangunan kilang.




Di sinilah, di mana, di dalam kilang, ada kilang, dan di dalamnya pula, ada kilang lain pula. Antara serbuan yang pernah saya sertai sepanjang lima tahun lalu di kawasan ini ialah: 1-Rampasan dan penyitaan kilang membuat mee bersama JAKIM Kementerian Kesihatan dan KPDN HEP di mana keadaan kilang yang amat kotor dan berlendir serta pekerja yang langsung tidak pentingkan kebersihan. Mee yang dibuat banyak dijual di pasaraya, hipermarket, bapak market terkenal dengan jenama-jenama berbau keIslaman/keMelayuan.


2. Kilang membuat cincau di mana cincau-cincau yang diproses oleh Bangla-bangla, diletak di atas lantai dan meja tanpa berlapik, dipotong dengan pisau, kemudian dijirus air, dan dibungkus. Jenama juga berbau Islam/Melayu - juga anda sendiri pernah terbelinya.



3. Kilang membuat tauhu, yang sebelumnya pernah diarah tutup dan dibatalkan sijil halal, tetapi membuat semula proses yang sama. Tauhu ini dijual di seluruh Malaysia, di mana pembuatannya langsung membuatkan anda tidak akan memakan tauhu lagi jika melihat keadaan kilang, di mana baldi-baldi yang diletakkan di atas lantai yang berlendir, dan penuh dengan anjing, akan dicelupkan bersama dengan tauhu yang baru diproses, kemudian dibungkus untuk dijual kepada anda.



4. Kilang yongtaufu, taufoofar, (dan segala yong dan far yang anda tau dan pernah makan) yang digaul dengan daging babi cincang oleh pekerja warga Indonesia (yang mendakwa beragama Islam) , dan ditampal pula dengan logo Halal Jakim. Semua produknya dilanggan oleh banyak hotel berbintang-bintang berpandukan invois yang dirampas. Pengusaha juga mengaku, barangannya amat laku dibeli oleh peniaga Islam yang sudah tentunya mereka tidak berpeluang melihat proses pembikinan yong-yong itu.



5. Kilang yang membekalkan krim-krim malam yang akhirnya diuji mengandungi 'sibutramin' yang diimprt bertong-tong dari China, untuk banyak syarikat Bumiputera yang melekatkan label macam-macam nama wanita, dan akhirnya anda tempelkan di muka anda yang dah memang berjerawat, menggerutu itu. Alasannya, kerana ia jenama Bumiputera, nak tolong bangsa, dan nak cantik...



6. Di sinilah juga terdapatnya kilang-kilang VCD/DVD yang jika anda bukan pakar mencarinya, mati 18 kali pun, anda tak akan jumpa kerana ia dibina dalam kilang, di dalam kilang, di dalam kilang (kilang 3 in 1).




7. Di sini jugalah diproses kopi-kopi duda, kopi dara, kopi tongkat bedul, kacip bedah yang dibeli oleh anda, yang dicampur dengan pelbagai bahan terlarang tanpa anda mengetahui, ia sebenarnya hanya diblender atau digaul oleh mat-mat Bangla, minah Indon yang tak tau apa-apa pun apa yang mereka buat. 8. Senarai ini amat panjang yang memerlukan saya membuat entry lain di lain kali beserta dengan bukti foto sekali. Dah setelah bersimpang, berpusing, akhirnya saya tiba juga di lokasi kebakaran ini setelah kereta melalui laluan berlubang, berbukit dan berlopak serta tidak bertar (jalan berbatu-batan) dan berdebu. Kebakaran berlaku kira-kira jam 4-30 petang.



Kilang membuat sarung tangan ini musnah sama sekali.




Seorang pekerja warga Bangladesh cedera ringan ketika menyelamatkan diri.

Dan, bagi anggota bomba, kesukaran paling mencabar bagi mereka apabila banyak dari kilang-kilang ini tidak mempunyai pili bomba dan terpaksa meminjam suumber dari kilang lain.





Di kawasan ini, adalah menjadi tanggungjawab pengilang mendirikan pili bomba mereka sendiri. Kerugian dianggarkan berjuta ringgit. Dan beberapa kilang di kiri-kanan dan belakang kilang yang terbakar, juga mengalami kerosakan. Itulah sahaja laporan saya mengenai kebakaran kilang ini yang tak berapa menarik sebenarn

Sumber : Alumni Falahiah

No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM