Pages

28 July 2009

Grurur

Salam menuntut ilmu sahabat...

Grurur....???..

Pernah dengar perkataan ni...

Kat mana???.

Apa maksud nya..??

Tahukan anda bahawa grurur merupakan satu jenis penyakit yang amat berbahaya..lebih bahaya daripada H1N1 yang sedang melanda seluruh dunia..Penyakit ini menular sejak lama dahulu lagi..sejak manusia zaman kurun batu ais kosong lagi...

Penyakit ini tidak menampakkan kesan fizikal kepada penghidapnya..tetepi memberikan kesan yang berpanjangan kepada seseorang itu jika tidak dibendung dengan cepat dan pantas...ia boleh menyebabkan seseorang itu muflis apabila saat perhitungan amalan dibentangkan.Sebelum tu mari saya terangkan apakah penyakit grurur ini..sambil-sambil tu cuba muhasabah diri kita adakah kita juga terkena penyakit ini..

Grurur adalah satu penyakit yang bersifat menipu penghidapnya.Dia adalah suatu kebodohan yang membuat seseorang menilai sesuatu yang jelik dan buruk itu sebagai sesuatu yang baik dan kesalahan itu sebagai suatu kebenaran...x faham bukan...

X apa,mari saya terangkan lagi...

Secara mudahnya,ghurur ini menyebabkan kita melihat amalan,ilmu,kebajikan yang kita buat ini sudah dapat mencapai matlamat kepada Allah swt tanpa mengira dosa yang dilakukan sebelum ini juga adalah dikira oleh Allah.Ia merasakan sudah cukup dan dapat berbangga dengan sedikit amalan yang dilakukan seperti solat sunat,zikir,baca quran dan sebagainya..

Ramai orang beriman, apabila lemah imannya diserang pula dengan penyakit rasa hebat diri sehingga dia melupakan campur tangan Allah dalam melindung dirinya daripada kesilapan. Lalu, mula meremehkan orang lain dan semakin gelap matanya melihat hatinya sendiri, dia tidak nampak sebarang noktah hitam pun dalam hatinya.


Terlalu suci dia melihat diri sendiri dan betapa hinanya orang lain pada pandangannya. Penyakit sebegini dinamakan sebagai ghurur iaitu terpesona atau takjub dengan diri hingga pada tahap menghina dan memandang rendah apa saja daripada orang lain.


Tidak sedikit pun tergerak hati mahu memandang daripada sudut pandangan orang lain dan merasai perasaan pihak berlawanan dengan dirinya. Ditutup pula pintu perbincangan, muzakarah dan musyawarah demi mendapat persefahaman baik.


Apabila semangat keegoan, asabiyah dan ghurur merasuk dalam hati seseorang, dia akan berfikir dan bertindak mengikut hawa nafsu. Agama tidak lagi dijadikan rujukan, bahkan tiada sesuatu pun yang dapat menghalang daripada menzalimi orang lain. Kerana mereka yang berpenyakit ghurur ini menganggap apa saja mereka lakukan adalah benar dan tidak sedikit pun perbuatan mereka itu menyalahi agama dan syariat.


Analoginya macam ni..


Ada seekor lebah yang masuk ke sebuah rumah melalui pintu kemudian terbang berputar-putar di ruang tamu itu, kemudian dia ingin keluar kembali.


Lebah itu dengan yakinnya hendak keluar dari ruang tamu itu menuju arah cahaya yang terang dari pintu. Tapi dasar lebah dia ternyata sukar membezakan sinar terang dari 'pintu yang terbuka' dan sinar terang yang 'melalui kaca-kaca' jendela.Kaca -kaca jendela yang nampak terang cahaya nya membuat si lebah tadi pening untuk membezakan manakah jalan 'asli' dan jalan 'tipu'.


Lama sekali lebah itu mencuba menembus kaca-kaca jendela itu namun hasilnya selalu gagal. Satu demi satu kaca itu di cubanya berulang -ulang untuk keluar dari ruang tamu itu. Setelah sekian lama dia mencuba tanpa putus asa, akhirnya dia dapat menuju ke PINTU yang terbuka lebar tadi dan seterusnya dapat keluar ke alam bebas.


Itulah ibaratnya lebah itulah orang-orang yang diserang ghurur, mereka tertipu oleh diri sendiri dan menyangka apa yang dilakukannya itu adalah jalan menuju cahaya Ilahi, padahal sesungguhnya jalan itu adalah jalan penipuan yang buntu.


Apa macam bro...????


Ada faham...







15 July 2009

Cikgu BM

Salam Kemenangan...

Sementara ada masa..selagi roh dikandung badan,sehingga sebelum nafas terakhir dan sehinga...sehingga...kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab kita sebagai hamba yang semua benda yang ada pada kita hanya pinjaman daripada Nya...

Baiklah..ni ada satu cerita tentang seorang guru yang ingin mengajar perkataan berlawanan atau antonim kepada murid-muridnya,tapi lain jadinya...sebelum tu saya ingatkan kepada guru-guru bahasa terutamanya yang ingin mengajar antonim kepada murid-muridnya agar menyatakan terlebih dahulu syarat-syarat atau peraturan sebelum melakukan permainan semasa pembelajaran...kalau tak..jadilah macam kisah ni..sama2 kita baca


Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Gambar hiasan semata-mata


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Gambar hiasan...tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia


Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


p/s : wahai guru,ajarlah anak didik mu berbudi bahasa...untuk itu,didiklah dirimu dahulu untuk berbudi mulai SEKARANG...

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM