Pages

15 July 2009

Cikgu BM

Salam Kemenangan...

Sementara ada masa..selagi roh dikandung badan,sehingga sebelum nafas terakhir dan sehinga...sehingga...kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab kita sebagai hamba yang semua benda yang ada pada kita hanya pinjaman daripada Nya...

Baiklah..ni ada satu cerita tentang seorang guru yang ingin mengajar perkataan berlawanan atau antonim kepada murid-muridnya,tapi lain jadinya...sebelum tu saya ingatkan kepada guru-guru bahasa terutamanya yang ingin mengajar antonim kepada murid-muridnya agar menyatakan terlebih dahulu syarat-syarat atau peraturan sebelum melakukan permainan semasa pembelajaran...kalau tak..jadilah macam kisah ni..sama2 kita baca


Murid : Selamat pagi, cikgu.


Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?


Gambar hiasan semata-mata


Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!


Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Gambar hiasan...tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia


Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


p/s : wahai guru,ajarlah anak didik mu berbudi bahasa...untuk itu,didiklah dirimu dahulu untuk berbudi mulai SEKARANG...

No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM