Pages

16 April 2010

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul-Nya

"Kalau suka jumpalah ibu bapa.Sayangnya tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta..?? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah.."


"Bergetar hebat seluruh jiwa saat pertama kali dahiku dikucup suami. Indahnya..!! Pastinya takkan ku nikmati getaran seindah ini andai telah terbiasa bersentuhan sebelum bernikah lagi. Indahnya syariat Tuhan yang mengatur kehidupan."


-Fatimah Syarha Mohd Noordin- dalam bukunya ' Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul-Nya'.

Antara tulisan yang ditulis oleh Fatimah Syarha dalam bukunya. Sewaktu membaca buku ni, terasa bahagia aku. Kerana apa..??..terbayang saat indah itu difikiran memikirkan bagaimana pula aku..Sekali sekali terfikir dengan rakan-rakan aku yang masa ini tengah 'sweet couple' katankan..sebelum kahwin lagi dah boleh pegang2..sentuh2..dah boleh cerita masalah peribadi..boleh keluar bersama..makan bersama..panggil sayang2 abang2..ooohhhh..bahagianya hubungan yang tidak halal ini..bagaimana pula bila sudah bernikah nanti..pastinya nikmat berpegangan tangan..bersentuhan antara suami isteri itu sudah 'haus' dan sudah tidak terasa nikmatnya kerana telah terbiasa sebelum bernikah lagi..ia sudah 'terkikis' dan sudah tidak ada 'feel' lagi..Ya Allah..jauhilah aku daripada itu semua..

Buku ini ada panduan dan ada pengajaran yang banyak boleh di ambil untuk membina keluarga dan rumahtangga yang bahagia..kepada rakan-rakan saya yang anti dengan orang yang menegur mereka bercouple dan merasa benci dan tidak suka kepada orang yang menegur kamu bersama dengan wanita yang bukan mahram dengan kamu..maka..bencilah setakat yang kamu mampu..herdik lah setakat yang boleh..perlilah setakat yang terdaya..kerana mereka itu tidak rugi sedikit pun daripada nasihat yang diberikan kepada kamu..sebaliknya kamu yang akan terima pembalasannya..

Kalau nak terasa bahagia cubalah baca buku ini...best..!!



07 April 2010

Awas..!! ada perangkap tikus..

Seekor tikus mengintip disebalik celah di tembok untuk mengamati sang petani dan isterinya membuka sebuah bungkusan. Ada makanan fikirnya? Dia terkejut sekali, ternyata bungkusan itu berisi perangkap tikus. Maka tikus pun lari kembali ke ladang pertanian itu, tikus itu menjerit memberi peringatan;

"Awas, ada perangkap tikus di dalam
rumah, awaslah, ada perangkap tikus di dalam rumah!"


Sang ayam dengan tenang berkokok dan sambil tetap menggaruk tanah, mengangkat kepalanya dan berkata,

"Ya maafkan aku, Pak Tikus, aku tahu ini memang masalah
besar bagi kamu, tapi buat aku secara peribadi tak ada masalahnya. Jadi jangan buat aku peninglah."


Tikus berbalik dan pergi menuju sang kambing, katanya,

"Ada perangkap tikus
didalam rumah, sebuah perangkap tikus dirumah!"

"Wah, aku menyesal dengar khabar ini," si kambing menghibur dengan penuh simpati,

"Tetapi tak ada sesuatupun yang bisa kulakukan kecuali berdoa. Yakinlah, kamu sentiasa ada dalam doa doaku!" kata kambing



Tikus kemudian berbelok menuju si lembu.

" Oh? sebuah perangkap tikus, jadi saya dalam bahaya besar ya?" kata lembu itu sambil ketawa.



Jadi tikus itu kembalilah kerumah,kepala tertunduk dan merasa begitu patah hati, kesal dan sedih, terpaksa menghadapi perangkap tikus itu sendirian.


Malam itu juga terdengar suara bergema diseluruh rumah, seperti bunyi perangkap tikus yang berjaya menangkap mangsanya. Isteri petani berlari pergi melihat apa yang terperangkap. Didalam kegelapan itu dia tak bisa melihat bahawa yang terjebak itu adalah seekor ular berbisa. Ular itu sempat mematuk tangan isteri petani itu. Petani itu bergegas membawanya ke hospital. Dia kembali ke rumah dengan demam. Sudah menjadi kebiasaan setiap orang akan memberikan pesakit demam panas minum sup ayam segar, jadi petani itu pun mengambil goloknya dan pergilah dia ke belakang mencari bahan bahan untuk supnya itu.


Penyakit isterinya berlanjutan sehingga teman teman dan jiran tetangganya datang menjenguk, dari jam ke jam selalu ada saja para tamu. Petani itupun menyembelih kambingnya untuk memberi makan para pengunjung itu.


Isteri petani itu tak kunjung sembuh. Akhirnya dia mati, jadi makin banyak lagi orang-orang yang datang untuk pengkebumiannya sehingga petani itu terpaksalah menyembelih lembunya agar dapat menjamu makan orang orang itu.



Moral kisah ini:



"Apabila kamu dengar ada seseorang yang menghadapi masalah dan kamu fikir itu tiada kaitan dengan kamu, maka ingatlah bahawa apabila ada ''perangkap tikus'' didalam rumah, seluruh ''ladang pertanian'' ikut menanggung risikonya .

Sikap mementingkan diri sendiri lebih banyak keburukan dari baiknya."

03 April 2010

Seminar Fiqh Al Awlawiyat





Satu program yang cukup baik dan penting dalam membahaskan keutamaan 'amalan-'amalan dalan Islam, menampilkan panel berwibawa:

KERTAS KERJA 1:

Fiqh Al Awlawiyyat, Konsep serta Aplikasi Masakini

YBhg. Dr Fahmi bin Abd Kair

Kolej Komuniti Gerik

KERTAS KERJA 2:

Ekonomi Umat Islam; Keutamaan Terlampau dan Kejahilan Aplikasi Syariat

YBhg. Dr.Hj Wan Abd Rahman bin Wan Abd.Latif

Bekas Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia


KERTAS KERJA 3:

Perlaksanaan Syari’ah Islamiyah; Dimanakah Keutamaannya?

YBhg. Prof Dr Abdul Aziz Bari

Profesor Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)


KERTAS KERJA 4:

Keutamaan Wanita; Antara Persepsi dan Realiti Syari’at

YBhg. Dr Hajjah Harlina Haliza Siraj

Pakar Perunding Q&A Pusat Perubatan UKM,Naib Presiden JIM Pusat



Keterangan Seminar boleh dirujuk pada tentatif program di atas. Mana-mana pertubuhan dan individu yang berminat untuk menyertai program ini boleh terus hadir dan mendaftar pada hari seminar.

Muslimin, muslimat dan warga bukan Islam dijemput hadir!



Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan


Saudara Mohamad Zulfadhli b. Mohamad Idris
019-330 9836
zulfadhli.idris@gmail.com

Asyran Syafiq B Ya'cob
019-5237815







COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM