Pages

28 July 2010

Guru di Benarkan Berpolitik..???

KUALA LUMPUR 27 Julai – Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau berkata, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

“Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan pengumuman tersebut, ia membolehkan kira-kira 190,000 guru berijazah di seluruh negara terlibat dalam politik.

Bagi tujuan itu, Mohd. Sidek berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tambah beliau, tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

‘‘Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad,’’ kata Mohd. Sidek.

Beliau berkata, syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya, mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik. – BERNAMA

27 July 2010

Keluarga Pelatih



Pada setiap hari khamis kami telah bersetuju untuk berjumpa bersama dengan keluarga kami sebagai pelatih guru. Perjumpaan kami ini penting kerana ini lah keluarga kami di sini. Tanpa ikatan kekeluargaan tidak mungkin kami akan merasai nikmatnya ukhuwwah yang diajarkan oleh agama kami.

Biasanya bila kami berjumpa kami akan bertanya khabar dan berbincang sedikit sebanyak berkaitan dengan masalah yang dihadapi.

Pada minggu lepas kami telah membaca Al-Quran dan makan2 sambil bermesra walaupun makan kami hanya sekeping roti dan sekotak air untuk dikongsi bersama dengan 11 orang ahli keluarga kami.Sangat seronok. Saling suap menyuap.



Kami sedang membaca Al Quran





Dari kiri : Hazim,Fadhil,Zul,Muzamir,Syazwan,Firdaus,Shahlan,Syazwan,Nerudin
dan duduk : Arif

Paling kanan sekali tu yang mahal skit tu..hehhe

21 July 2010

Hukum Bermain Gitar


Pada satu tengah hari..saya dan zul lepak2 kat bilik. Lepas tu saya tanya pada zul..

" Zul, pandai main gitar tak?"

" Tak pandai sangat, tapi boleh lah"jawab zul

" Alat muzik yang orang sabah main tu pandai tak, apa nama dia..SAPE ke apa..??"tanya aku lagi.

"Tak pandai jugak"

Lalu aku pergi ambil gitar dan sambil tu memetik tali gitar.

"Nah, cuba main skit.Mana tau kot2 boleh belajar dengan zul ke.."

Zul pun memetik gitar yang diberikan.Kelihatan agak kekok dia memetik gitar. Seperti yang diberitahunya bahawa dia xpandai sangat main gitar ni.Sambil tu aku melayari internet dan membiarkan saja zul memetik gitar itu.

Setelah beberapa ketika.Aku bertanya pada zul..

"Zul, boleh ke kita main gitar ni..??"

"Entahlah..ada yang kata haram main gitar ni.tapi saya xpasti lah.."kata zul

"Habistu macam mana ni..?"tanya aku.

"takpa mari kita tanya Mr.Google"..tambah aku

Lalu aku pun bertanya pada Mr.Google dan hasilnya adalah seperti di bawah..Kami membaca sama berkaitan dengan hukum bermain gitar..

Barulah faham..rupanya ada khilaf dalam kalangan ulama; berkaitan dengan hukum bermain gitar ni. Mari kita baca bersama-sama.

____________________________________________________________________

Assalamualaikum Ustaz Azhar Idrus,

Saya sudah lama berniat untuk belajar bermain gitar untuk hiburan diri saya sendiri apabila saya memerlukannya (sekadar untuk menghiburkan hati dan tidak keterlaluan).

Tapi niat saya terbatas kerana saya pernah dengar bahawa hukum bermain alat muzik bertali adalah haram.

Saya ingin mendengar penjelasan Ustaz sendiri mengenai hal ini dan bolehkah ustaz membawa dalil yang kuat untuk hal ini.

Terima kasih ustaz...

-----------------------------------------------------------

w.salam

Tidak ada sebarang nas yang menyebut tentang gitar dengan jelas didalam hadith2 soheh. Kerana itulah berlaku khilaf dikalangan ulamak2 tentang hukum bermain gitar ini.

Ada yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai atau pun tidak.

Ada yang mengharuskannya dengan alasan tidak memberi sebarang kemudaratan.

Pendapat setengah ulamak pula mengharuskan bermain dengan syarat :

1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara2 yang haram seperti dadah, perempuan atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak lalai daripada kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Jika saudara ingin bermain juga maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk di ikuti. Janganlah sampai tak hadir ke surau dan masjid untuk belajar agama disebabkan oleh permainan. Hiburan diharuskan oleh Islam hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan bukannya dijadikan perkara penting dalam kehidupan.

Jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat dan belajar agama maka jelaslah ini adalah hiburan yang diharamkan oleh Islam.

wallahua'lam


diambil daripada : http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/bermain-gitar.html

____________________________________________________________________

Assalamualaikum Warahmatullah.

Berikut beberapa kesimpulan dari pandangan ulama-ulama mazhab berkenaan penggunaan alat muzik bertali seperti gitar dll:

Mazhab Hambali.
Haram: Segala alat muzik yang ditiup dan bertali seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Shafie.
Haram: Segala alat muzik bertali, bertiup dan segala alat muzik yang dipalu melainkan kompang. Seperti seruling dan gitar serta lain-lainnya.

Mazhab Maliki.
Haram: Menggunakan alat-alat muzik yang bertali seperti gitar dan lain-lainnya.

Mazhab Hanafi.
Haram: Semua jenis alat muzik kecuali kompang.


Di sana berlaku perselisihan ulama-ulama dalam membincangkan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama-ulama mazhab dalam permasalahan alat-alat muzik yang dibenarkan dan tidak dibenarkan oleh syarak. Namun saya tidak bercadang untuk membahaskan dalil-dalil tersebut secara terperinci.

Setelah meneliti pandangan-pandangan ulama pelbagai mazhab maka dapat disimpulkan di sini bahawa harus menggunakan semua jenis alat muzik. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang bagi mengharamkan jenis-jenis alatan muzik itu. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi bagi menyokong pendapatnya seperti tertulis dalam kitabnya al-Islam Wa al-Fanu.

Pada pandangan saya, pengharaman sesuatu alat muzik mungkin akan berlaku kerana adanya unsur-unsur lain seperti maksiat dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun perlu diingatkan bahawa kita hendaklah sentiasa meraikan ijtihat-ijtihat ulama muktabar kita dalam sesuatu masalah yang dikemukakan. Saya sarankan agar kita dapat meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Wallahualam.


diambil daripada : http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=960

_____________________________________________________________________

Sebagai pengenalan, perlu diingatkan bahawa asal sesuatu hukum adalah harus. Namun, ia boleh berubah menjadi haram atau dibolehkan mengikut dalil yang menyokongnya.

Nyanyian adalah diharuskan bagi golongan yang pertengahan(orang yang tidak dikuasai rasa cinta asyik yang mendalam terhadap Allah dan tidak juga dikuasai oleh hawa nafsu yang memuncak). Hal ini kerana, bagi orang yang terlalu asyik dengan Allah, nyanyian adalah baik untuknya manakala bagi orang yang mudah terpengaruh dengan desakan hawa nafsu, nyanyian adalah haram untuknya.

Namun demikian, jika nyanyian dijadikan sebagai kebiasaan sehingga banyak waktunya dihabiskan untuk itu, maka dia tergolong dalam kalangan orang bodoh yang kesaksian mereka ditolak.

Mengenai hukum penggunaan gitar dalam Islam, Imam Al-Ghazali menganggap bahawa alat muzik yang dipetik dengan tali(autar) dan yang ditiup dengan mulut(mazamir) adalah sebahagian daripada punca pengharamannya. Beliau beranggapan sedemikian kerana berasaskan kepada kenyataan bahawa ada dalil syarak yang telah melarangnya.

Hujah yang telah beliau kemukakan adalah :

Syarak tidak mengharamkannya(alat-alat muzik tersebut) kerana zat alat itu sendiri. Sebabnya ialah, jika ia diharamkan kerana keseronokan yang ada padanya, nescaya semua benda lain yang menjadikan manusia merasa seronok juga tidak boleh.

Akan tetapi yang diharamkan itu ialah arak. Oleh kerana pada ketika itu orang ramai pada mulanya sudah begitu ketagih dan sukar untuk membuang tabiat tersebut, mereka terpaksa memecahkan tong-tong arak dan sebagainya. Justeru, setiap apa yang menjadi lambang dan simbol kepada peminum arak juga diharamkan iaitulah autar dan mazamir.

Pengharaman kedua-dua alat ini adalah ekoran daripada hukum pokoknya iaitu arak. Hukum haramnya sama lah seperti hukum berkhalwat dengan wanita ajnabi kerana mengikut hukum pokoknya iaitu zina. Kerana perbuatan khalwat ini adalah gerbang dan mukaddimah ke arah maksiat keji tersebut.

Oleh itu, alat muzik autar dan muzamir ini diharamkan ekoran daripada pengharaman arak dengan 3 sebab:

  1. Muzik tersebut merangsang orang yang mendengar untuk meminum arak. Dan dengan meminum arak itu pula,perasaan seronok mendengar alat muzik itu tadi akan menjadi lebih memuncak.
  2. Bagi seseorang yang baru berhenti minum arak pula, mendengar alat muzik ini akan menggamit ingatannya kepada sejarah silam iaitu tentang tempat dan pesta minumnya dulu. Ingatan ini akan membangkitkan rasa rindunya dan seterusnya akan membawanya semula ke tabiat lama.
  3. Berhimpun dan berkumpul mendengarnya adalah menjadi adat kebiasaan golongan fasik. Sepertimana yang kita sedia tahu, Kita dilarang menyerupai golongan fasik. Ini kerana, “sesiapa yang menyerupai sesuatu puak atau golongan yang negatif, maka dia akan dianggap sebahagian daripada golongan tersebut.”

Setelah Imam Al-Ghazali membuat huraian tersebut, beliau kemudian menyatakan:

Dengan ini jelaslah bahawa sebab pengharamannya bukanlah kerana ia sesuatu yang baik dan menyeronokkan. Sebaliknya, rumusan yang diperolehi melalui sumber syarak membuktikan bahawa semua perkara yang baik adalah halal kecuali jika ia membawa kerosakan kepada manusia.

Bersesuaian dengan firman Allah,

katakanlah(wahai Muhammad): Siapakah yang (berani ) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezki yang dikurniakanNya?”

(Al-A’raf:32)

Kesimpulan

Segala apa yang telah diterangkan diatas merupakan hujah yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali bagi menjelaskan sebab beliau mengharamkan penggunaan alat muzik yang bertali dan yang ditiup dengan mulut.

Hakikatnya, tiada satu nas(hadis) pun yang sahih dan jelas melarang penggunaan alat muzik ini. Namun begitu, beliau (semoga Allah meredhainya) telah menerima hadis-hadis yang diriwayatkan dalam isu ini dengan dada yang terbuka dan kemudian beliau cuba menafsirkannya sepertimana yang telah dihuraikan di atas.

Jika beliau meneliti dengan lebih mendalam mengenai sanad-sanad hadis yang diriwayatkan itu, tentu beliau tidak perlu bersusah payah mencari sebab musabab kepada hukum haram alat-alat muzik tersebut . Namun begitu, apa yang beliau sebutkan ini amat berguna bagi orang yang tidak menerima hakikat bahawa hadis-hadis tersebut adalah dhaif. Semoga Allah memberkati usaha beliau.

Sekian. Sedikit perkongsian mengenai isu alat muzik di dalam Islam. Jika ada sebarang kekurangan atau kesalahan harap dapat diperbetulkan. Wallahua’lam.

RUJUKAN:

  1. NYANYIAN DAN MUZIK MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH(CETAKAN PERTAMA:OGOS 2006), DR. YUSUF AL-QARDAWI.

Dipeitk dari perjalananjauh.wordpress.com

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM