22 April 2011
21 April 2011
Saya Sudah..Anda Bila..??
Jangan tunggu saat-saat terakhir untuk mendaftar, takut nama anda tidak tersenarai nanti. Ketika itu, jangan tahu nak marah pihak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) pula kerana tempoh untuk mendaftar sebagai pemilih dibuka sepanjang hari. Jadi tiada alasan untuk anda tidak mendaftar sebagai pemilih.
Bagaimana hendak mendaftar sebagai pemilih:
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH?
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.
KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.
SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH?
- Warganegara Malaysia;
- Sudah mencapai umur 21 tahun;
- Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
- Tidak hilang kelayakan.
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR?
- Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran (Sila rujuk tajuk di bawah);
- Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
- Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
- Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda
PUSAT-PUSAT PENDAFTARAN
(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686
(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri [LINK]
(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara
(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach
(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri [LINK]
(f) Senarai Penolong Pendaftar [LINK]
Diharapkan, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam proses mendaftar sebagai pengundi.
19 April 2011
Berdurian HPA
Semalam dapat sedikit rezki untuk berdurian bersama beberapa orang sahabat. Terlepas jugak rindu bersama mereka walaupun banyak songeh terutamanya Sidqi. Terima kasih kepada Usop dan Jiji yang sudi keluar bersama-sama mendapatkan durian yang murah dan sedap. Syafiq pula pemakan setia buah durian sahaja. Terima kasih semua. Sayang kome semua. Nnti kita buat lagi. Sori kepada Ehsan kerana pulang awal dan xdapat bersama-sama. Kenang ku dalam doamu.Lain kali kita buat lagi tapi makan benda lain.
Haa..pilih jangan tak pilih..murah2
Cuba dulu sebelum beli. Kot-kot durian tiruan ke.
Seronoknya dia dapat beli nasi ayam.
Untuk dihabiskan.
Sedapnya.Alhamdulillah..nak2..!!
Senyap jer boleh makan.
Saje menunjuk.
Dah habis..
Alhamdulillah..
15 April 2011
Sekilas Pandang: Praktikum 1
Penempatan
Sekolah yang telah diberikan kepada saya ialah SK Seri Kelebang. Maklumat ni dapat lebih awal lagi, kalau xsilap 3-4 minggu sebelum tarikh praktikum. Perancangan untuk nak pergi survey sekolah awal dah ada, cuma perancangan Allah lagi hebat bila sehari sebelum praktikum baru dapat jumpa sekolah yang nak kena pegi esoknya. Dah la sehari sebelum praktikum baru jumpa sekolah, petang dekat maghrib pulak baru jumpa. Bukan xnak pegi tengok awal, tapi kekangan dan urusan lain memaksa meninggalkan dulu yang kurang penting.
Jarak lebih kurang dalam 15km daripada IPG. Perjalanan selama lebih kurang 20 minit diperlukan dengan kelajuan memandu motosikal 60-70 km/j..kiranya sehari jarak perjalanan lebih kurang 30km x 5 hari x 4 minggu.Kiralah sendiri berapa jumlah jaraknya. Sekolah ni terletak di Chemor, kawasan banyak kilang disekitarnya, penempatan disini adalah kebanyakannya kawasan perumahan. Taraf hidup penduduk adalah sederhana, kebanyakannya bekerja kerajaan. Maklumat ni sangat penting untuk diketahui sebelum masuk ke sekolah. Latar belakang penduduk perlu dikaji dan diketahui agar mendapat gamabran tentang murid yang akan kita berhadapan nanti.
Pengajaran dan Pembelajaran
Pelbagai ilmu dan pengalaman dapat sepanjang tempoh praktikum ni. Pelbagai dugaan dan cabaran telah dilalui dengan tabah dan penuh tersusun. Selain tugasan praktikum, ada tugasan lain juga yang dilaksanakan. Tak ramai orang yang dapat buat tugasan ni. Hanya orang terpilih sahaja.Tapi seronok. Nak tau tugasan apa...tanya sendiri..
Penyeliaan sebanyak empat kali dilakukan. 2 kali guru pembimbing, 1 kali pensyarah pembimbing dan sekali penyeliaan bersama. Alhamdulillah kesemua markah untuk penyeliaan ni markah yang terbaik setakat ni. Allah swt bantu orang yang bantu agama-Nya. Sape nak bantuan Allah, maka bantluah agama-Nya walaupun sibuk dan ia tidak menjadi alasan selagi termampu. Doakan istiqamah.
Banyak lagi perkara yang ingin dikongsi cuma, biarlah gambar berbicara.
Murid perempuan 5M
Haa..yang ni Cikgu murid lelaki dan perempuan pulak. Semangat ngajor tu.
Guru pembimbing. Khusyuk menulis ulasan RPH
Setiap hari, kalau berselisih dengan murid pasti mereka akan mendoakan guru-guru mereka dengan lafaz " Assalamualaikum cikgu"..budaya yang patut dicontohi oleh setiap sekolah kerana terasa bahagia dan sejahtera apabila di doakan oleh murid-murid setiap hari. Bukan sekali sehari, tapi berkali-kali setiap kali bertemu dan berselisih pasti akan mendapat doa kesejahteraan daripada mereka. Dan tidak jemu juga untuk saya menjawab nya dengan lafaz "wa'alaikumsalam"...sambil tersenyum gembira.
Terima kasih kepada warga sekolah SK Seri Kelebang diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Terutamanya kepada Guru Besar, En Ismail b Mohd Sam, Guru-guru lelaki yang baik, guru-guru perempuan yang cantik manis belaka, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, makci-mak cik kantin, staff-staff dan seluruh warga SKSK. Murid-murid 5 Marikh juga tidak dilupakan.
Semoga bertemu lagi di lain hari dalam keadaan yang lebih bak..
Wassalam.