Pages

15 April 2011

Sekilas Pandang: Praktikum 1

Alhamdulillah wa syukrulilLah..

Sebagaimana yang telah dijanjikan, saya akan cuba berkongsi sedikit sebanyak berkaitan pengalaman praktikum yang telah tamat saya jalani selama 4 minggu. bermula pada 21 Mac hingga 15 April 2011. InsyaAllah perkongsian saya ini adalah berdasarkan pemerhatian saya terhadap tingkah-laku dan perbuatan manusia serta kesan psikologi terhadap tingkah laku itu kemudian saya lunakkan dalam pemikiran saya maka terhasil lah kesimpulan yang akan saya jelaskan (kalau xlari tajuk la) dibawah ini. Sebelum itu, yang saya perasan, ada sebahagian orang menyebut PRAKTIKUM dan ada sebahagiannya menyebut PRAKTIKAL. Saya x tahu apa bezanya, tapi pada kefahaman saya kedua-duanya membawa maksud yang semua fahami iaitu melakukan sesuatu secara amali. Perbezaan hanya pada istilah sahaja.X nak bahasa panjang-panjang bab ni.


Penempatan

Sekolah yang telah diberikan kepada saya ialah SK Seri Kelebang. Maklumat ni dapat lebih awal lagi, kalau xsilap 3-4 minggu sebelum tarikh praktikum. Perancangan untuk nak pergi survey sekolah awal dah ada, cuma perancangan Allah lagi hebat bila sehari sebelum praktikum baru dapat jumpa sekolah yang nak kena pegi esoknya. Dah la sehari sebelum praktikum baru jumpa sekolah, petang dekat maghrib pulak baru jumpa. Bukan xnak pegi tengok awal, tapi kekangan dan urusan lain memaksa meninggalkan dulu yang kurang penting.

Jarak lebih kurang dalam 15km daripada IPG. Perjalanan selama lebih kurang 20 minit diperlukan dengan kelajuan memandu motosikal 60-70 km/j..kiranya sehari jarak perjalanan lebih kurang 30km x 5 hari x 4 minggu.Kiralah sendiri berapa jumlah jaraknya. Sekolah ni terletak di Chemor, kawasan banyak kilang disekitarnya, penempatan disini adalah kebanyakannya kawasan perumahan. Taraf hidup penduduk adalah sederhana, kebanyakannya bekerja kerajaan. Maklumat ni sangat penting untuk diketahui sebelum masuk ke sekolah. Latar belakang penduduk perlu dikaji dan diketahui agar mendapat gamabran tentang murid yang akan kita berhadapan nanti.


Pintu masuk sekolah


Background Sekolah

Murid seramai lebih kurang 850 orang. Ada murid yang berbangsa India. Kakitangan seramai lebih kurang 75 orang. Setiap pagi akan ada perhimpunan pagi bermula jam 7.20. Guru perlu hadir awal dan sesiapa yang lewat tidak dapat masuk ke kawasan sekolah. Kena parking kat luar dan jalan kaki jer masuk ke sekolah. Guru besar seorang lelaki dan agak komited dengan tugasnya dalam mencapai kualiti dan kuantiti. Apa lagi...guru-guru mudah mesra cuma ambil masa skit untuk didekati. Biasalah mula-mula kan. Segan-segan, malu-malu, macam-macam lah rasa. Kawasan sekolah agak cantik dan bersih. Luas juga.

Perhimpunan setiap pagi.


Pengajaran dan Pembelajaran

Minggu pertama dah dapat jadual. Mengajar murid tahun 5 Marikh. Kelas yang pertama. Seramai 40 orang. Guru pembimbing Pn.Rohana bt Buang, merupakan seorang guru pembimbing yang terbaik setakat ni. Sangat prihatin dan komited dalam membimbing saya. Banyak dapat ilmu daripada Cikgu Rohana. Seminggu dapat 8 waktu. Hari Isnin free, xda kelas. Ni yang best, kepada rakan2, kalau praktikum nanti sebaiknya dapatkan jadual yang hari Isnin nya xda kelas. Banyak kelebihannya. Saya dah rasai kenikmatannya. Kita akan dapat masa yang lebih untuk uruskan kerja lain. Pastikan yer.. Apa yang kena buat..??..pertama sekali confirm lah RPH tiap-tiap hari kena buat. Kena pelbagaikan sesi pengajaran, gunakan semua yang ada untuk sesi pengajaran. Ni lagi satu, buat RPH ni telah mengasah otak saya untuk berfikir lebih jauh dan cepat selain daripada kreatif. Rupanya otak guru pelatih di doktrin macam ni. Setelah melaluinya barulah saya faham. Perlukan perancangan dalam otak dulu, kemudian tulis dalam buku dan terjemahkan sewaktu mengajar dan buat penilaian selepas sesi pengajaran. Lihat kesannya.Buat refleksi. Jurnal..??..tiap-tiap hari kena buat. Tiap-tiap hari jugak kena tunjuk pada guru pembimbing dan tiap-tiap hari jugak guru pembimbing kena tanda tangan kat jurnal tu. Hummm..dah macam-macam cerita daa aku tulis kat jurnal tu.Jadi macam diari pun ada.

Pelbagai ilmu dan pengalaman dapat sepanjang tempoh praktikum ni. Pelbagai dugaan dan cabaran telah dilalui dengan tabah dan penuh tersusun. Selain tugasan praktikum, ada tugasan lain juga yang dilaksanakan. Tak ramai orang yang dapat buat tugasan ni. Hanya orang terpilih sahaja.Tapi seronok. Nak tau tugasan apa...tanya sendiri..

Penyeliaan sebanyak empat kali dilakukan. 2 kali guru pembimbing, 1 kali pensyarah pembimbing dan sekali penyeliaan bersama. Alhamdulillah kesemua markah untuk penyeliaan ni markah yang terbaik setakat ni. Allah swt bantu orang yang bantu agama-Nya. Sape nak bantuan Allah, maka bantluah agama-Nya walaupun sibuk dan ia tidak menjadi alasan selagi termampu. Doakan istiqamah.

Banyak lagi perkara yang ingin dikongsi cuma, biarlah gambar berbicara.


Murid lelaki 5M.


Murid perempuan 5M


Haa..yang ni Cikgu murid lelaki dan perempuan pulak. Semangat ngajor tu.


Guru pembimbing. Khusyuk menulis ulasan RPH


Buat semangat.

Waktu observe pulak dah bagi tau awal2 pada murid agar beri kerjasama. Alhamdulillah mereka faham dan bagi kerjasama yang baik. Kalau buat hal xdapat kupon ler jawab dia. Pensyarah pun ok. Bagi bimbingan yang baik dan tidak mencari kesalahan.

Setiap hari, kalau berselisih dengan murid pasti mereka akan mendoakan guru-guru mereka dengan lafaz " Assalamualaikum cikgu"..budaya yang patut dicontohi oleh setiap sekolah kerana terasa bahagia dan sejahtera apabila di doakan oleh murid-murid setiap hari. Bukan sekali sehari, tapi berkali-kali setiap kali bertemu dan berselisih pasti akan mendapat doa kesejahteraan daripada mereka. Dan tidak jemu juga untuk saya menjawab nya dengan lafaz "wa'alaikumsalam"...sambil tersenyum gembira.





Bilik Guru


Bagus murid ni.Tengok elok-elok


Ni murid tahun 2 yang sangat lincah. Sakit tekat aku relief kelas ni. Tu baru relief bukan mengajar. Kalau dibiarkan huru hara kelas aku rasa. Boleh pulak main superman dan naruto. Haiyaa..


Geng pengawas. Pagi-pagi jaga CD mengaji dan zikir


Ermm.buat apa tu cikgu ..


Bersama guru pembimbing yang prihatin. Terima kasih Cikgu Rohana.


Ni hari last kat sekolah. Seronok deme ni.


Hero-hero 5 Marikh


Setakat ni lah dulu coretan atau sekilas pandang 4 minggu di sekolah menjalani praktikum menimba ilmu mencari pengalaman.

Terima kasih kepada warga sekolah SK Seri Kelebang diatas kerjasama dan komitmen yang diberikan. Terutamanya kepada Guru Besar, En Ismail b Mohd Sam, Guru-guru lelaki yang baik, guru-guru perempuan yang cantik manis belaka, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, makci-mak cik kantin, staff-staff dan seluruh warga SKSK. Murid-murid 5 Marikh juga tidak dilupakan.

Semoga bertemu lagi di lain hari dalam keadaan yang lebih bak..

Wassalam.





No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM