Pages

21 December 2011

Jika Kamu

Jika Kamu sedang tersenyum,
Semoga senyuman itu menjadi ibadah..


Jika Kamu sedang marah,
Semoga kemarahan itu tidak melampaui batas..


Jika Kamu sedang sedih,
Semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa..


Jika Kamu sedang letih,
Semoga keletihan itu menjadi penggugur dosa..



Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu..

Semoga kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidupmu selalu..

Senyum selalu k..



Hidup Mesti Diteruskan

Katanya :

“Hidup mesti diteruskan”

“Ambik masa skit”

Aku mengiyakan katanya..Betul..hidup mesti diteruskan selagi mana nafas dan nyawa di kandung badan..

Cuma untuk teruskan hidup itu perlulah di isi dengan sesuatu..memang hidup x selalunya cerah..langit juga x selalunya cerah..kadang2 ada juga mendung..

Sama2 kita warnai hidup kita dengan warna yang indah..

Setiap antara kita ada dan pernah menghadapi masalah..setiap orang ada masalah..lain orang lain pula masalah dan lain juga dugaannya..

Jadi kita perlu sama2 kuatkan diri untuk meneruskan hidup.

Kita juga tidak tahu apa yang ada dihari akan datang..Sediakan bekal secukupnya..Setiap masalah ada penyelesaiannya..

Ayuhh..!!..jangan dilayan dan difikirkan sangat apa yang telah berlalu..Cuma kita ambil iktibar dan pengajaran..

Katanya :

“Betul kata orang, antara orang yang mengatakan dengan orang yang merasa adalah sangat lain”

Kataku :

"Kita ambil dan fikir yang positif"

Tapi bagi aku terlalu banyak kenangan..2 bulan bagaikan terasa 20 tahun..haha..

Perjalanan hidup masih panjang..moga Bertemu Kehidupan..

Sedikit kata2 semangat :

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan."


"Ketika satu pintu tertutup, pintu lain terbuka; namun terkadang kita melihat dan menyesali pintu tertutup tersebut terlalu lama hingga kita tidak melihat pintu lain yang telah terbuka."

Akhir sekali..Nah dengar lagu nih..!



19 December 2011

Melihat Perkahwinan

Pada 18 Disember 2011 yang lepas aku gi kat rumah member yang menyambut menantu..Ada la skit gamabr yang boleh dikongsikan..tegok2 la yer..!!..

 Tengah tunggu rombongan..Jadi penyambut menantu tue..hehe


 Ni geng bulatan..Pengantinnya yang baju pink tu..secocok kan..?



Dari Perlis sampai lah ke Johor..semua datang.. 


 Ni kat bilik pengantin..aku jadi pak andam..hahaha..



Pok Jat x lama lagi

Result

Assalamualaikum semua..

Apa khabar hari ni..?..Moga sihat2 semua..pertama nak bagi tau pembaca blog semua yang broadband aku dah kena terminate.So xde la nk on9 danupdate blog setiap hari..

Ni pun gi lepak rumah cousin kat depan nih yang dapat on9 gak..hak..hak..xde fulus beb skrang nak bayar bil bulan2..nanti ada rezki kita on la balik broadband tu..

Kedua nak nyatakan satu berita gembira pada semua..smalam masa tengah drive keta ke rantau panjang ada member mesej kata result exam lepas dah kluar..tapi aku dah dapat agak dah result aku macam mana..macam biasa la..xde la luar biasa sgt..ingat lepas balik merendek kat rantau panjang nk gi check result..tapi sblum tu dah suh kawan tu tlg check kan..tapi aku xcaya dengan result nih..ha..ha..ha..skali dah cek..hahhhh..!!..ambik kau..!..nk tau dapat brapa..?..tengok kat bawah..haha..





Xde la bangga sangat dapat result mcm ni sbb aku dah tau sangat selok belok dan sepak terajang dalam exam nihh sehingga la result kluar..so biasa jer..tapi ni adalah result aku paling tinggi stakat ni sepanjang dok kat maktab 4 tahun nih..

Rasanya stakat ni dlu kot post untuk kali ni..sbb nnt lepas ni ada banyak lagi nk cerita ..cerita gi rantau panjang..gi kenduri kawen housemate..gi wakaf che yeh..gi Thailand..entah..?..banyak sgt tempat pegi dalam minggu ni..setiap hari berjalan walaupun hujan..tapi xde la lebat sangat..duit pun habissss..!!..jumpa lagi k..:-)

15 December 2011

Perpisahan Ini-Aizat



Dengar lagu dlu terr..!!


Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara


Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu


Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini


Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri


Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara


Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

p/s : lepas ni akan banyak lagi lagu nk buh sini..:)..peace..!!

14 December 2011

Nilai Sekeping Hati

Sebelum kita mencintai seseorang "pesan pada DIRI, jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi.. pada insan yang tak mengerti.. kerana sekali Kau memberi, selamanya dia di HATI.. kerana sekali kau dilukai, sampai bila2 tetap kau ingati.. pesan lagi pada diri, hati2lah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping HATI." :D

Aderrr..!!..sedak ayat dia terr..!!


13 December 2011

Permulaan Baru-Cinta

"Jαtuh cintα itu fitrαh, ingin bercintα itu fitrαh, ingin dicintαi itu fitrαh, jikα fitrαh itu dibαwα dengαn αlirαn yαng betul, iα muliα, jikα diαlir dengαn αlirαn yαng sαlαh, iα hinα."

Terbaca tentang perkara ini di FB..kerana cinta macam2 boleh berlaku..kerana kasih dan sayang juga macam2 boleh berlaku..jadi janganlah kita bermain-main dengan cinta dan kasih sayang kerana kedua-dua perkara ini sangat besar dan kuat pengaruhnya..begitu juga dengan kesannya sangat hebat..kuasanya begitu hebat sekali terhadap manusia..cinta dan kasih sayang bukan lah permainan dan senda gurau..sama2 kita berhati-hati..kalau x percaya tanyalah kepada orang yang pernah ada pengalaman dengannya..:)

Alternatif Facebook

Dah lama sangat tidak mengisikan sesuatu kedalam blog ini. Al maklum sibuk dan tidak berkesempatan untuk berkongsi atau “share” something kat sini. Macam facebook pun ada. Boleh share2..boleh komen2..Memandangkan aku merasakan facebook sekarang sudah agak tidak selamat untuk dijadikan medium untuk sesi ‘sharing’ dan meluahkan sesuatu yang terbuku. Maka terfikir sesuatu yang lain untuk menyampaikan isi hati yang kadang2 merasakan satu kepuasan bila dapat melepaskannya disini. Mungkin blog ini akan menjadi blog peribadi bagi aku. Terpulang kepada sesiapa yang terbaca atau yang ingin membacanya atau yang ingin mengomennya..Cuma ingin dinyatakan ia adalah blog peribadi dan tiada kaitan dengan sesiapapun.

Bezanya blog dengan facebook adalah kalau di FB sesiapa sahaja yang menjadi friend kita akan dapat membaca apa saja yang kita tuliskan di ruangan status apabila di share.So, ia lebih terbuka dan terlalu open to anyone on9 on FB...tapi di blog pula hanya orang yang membuka dan tahu url blog sahaja yang dapat membaca apa yang di sharekan.Jadi ia lebih privacy skit berbanding FB.

Untuk pengetahuan, aku juga memikirkan beberapa perubahan terhadap post di blog ni. Biasanya slalu kita membaca blog macam membaca karangan bahasa melayu tahun 5..agak panjang dan berjela-jela..Jadi untuk seterusnya aku akn cuba untuk post something yang tidak panjang tapi mungkin ada makna disebaliknya. Post macam kat ruangan share dalam FB tuu..pendek je kan..tapi ada makna jugak..cuba..cuba..sebab kalau pendek2 orang suka skit baca..then kalau berkesempatan aku akan masukkan video2 lagu yang ada maknanya skali..buat para pembaca blog aku..teruskan membaca dan mengomen..andai ada manfaat ambil lah kat sini..kalau2 rasa xleh nak komen kat post komen je lah kat ruangan chat tue yerr..semoga berjumpa lagi..see u next time..peacee..!!..long time no see..


COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM