Pages

09 October 2012

Esaimen

Ahhh...!!!..ketepikan semua rasa bedebah itu..!!..jangan pedulikan akan rasa itu..semua itu hanya gangguan yang boleh melambatkan gerak kerja..rasa itu sengaja hadir bagi mengganggu perasaan dan hati setiap insan..pergi jauh2..!!..jauh dari hati yang tengah semangat dan ketal seorang anak muda..rasa itu..hanya mengganggu..rasa sedih..rasa kecewa..rasa terpedaya..rasa lemah..rasa cemburu..rasa tak bersemangat..buang semua itu jauh2 dan jangan hadir lagi..masih banyak kerja yang perlu diteruskan..masih banyak peluang yg perlu direbut..masih banyak perkara untuk difikir..tiada masa untuk melayan semua ituu..belum masanya..

Akhirnya..setelah membuang semua rasa yang mengacau itu..hehe..aku berjaya juga menyiapkan tugasan..selama 5 tahun aku berhempas pulas dan bergelumang dengan segala macam mak nenek esaimen nih..akhirnya yang terakhir siap juga..hanya satu lagi yang belum diselesaikan..KISSM..takpe..itu kerja berkumpulan..boleh la rileks skit..

walaupun hari semalam hingga hari ini merupakan hari yg agak sugul..tapi berbekalkan semangat dan roh anak muda..aku kuatkan semangat..letak tepi semua benda yang boleh mengacau jiwa..ketepikan..tepi..!!tepi..!!..aku nak lalu..lega rasanya..bolehla tarik nafas lega tuk seketika..walaupun sebenarnya ada banyak lagi cabaran di depan..tapi aku dah nk sampai ke garisan penamat..dah nampak dah garisan tu..cuma perlu sedikit usaha dan sabar jer lagi..

nah korang..!!..ambik kat bawah ni..tunggu masa nk hantar jer...!!


Untuk tujuan keselamatan..maklumat peribadi kena rahsiakan..hehe




Haaa..apa tengok2..!!..jom goyang kaki laa..apa lagi..

07 October 2012

Terima Kasih Puan

Apa khabar semua..??..Hari ni  kurang mood skit..sakit kepala sejak semalam sampai pagi dan tgh hari ni..xtau kenapa..tambah2 lagi bila buka FB then tgk banyak sgt status pompuan2 gedik update status entah apa2..cukup aku rasa menyampah nga status2 gedik pompuan camtu..lepas tu siap letak gambar yg ada kata2 lagi.."lebih baik cari lelaki yang selalu naik tangga masjid..selamat rumah tangga.."....puiii..!!..aku xtau nk kata apa lagi..nk suami yg kaki masjid konon..tapi x check diri dulu kaki apa..kononnya status tu bila orang baca nampak mcm "ooo..bagusnya dia ni.."....."baiknya dia ni..nk lelaki yg baik..mesti dia pun baik jugak.."..KESIAN pun ada aku rasa..mmg xsalah nk kepada benda yg baik..tp entah..rasa menyampah giler aku..

Kahkah..bukan nk cerita benda ni sebenarnya..tu intro jer..melepaskan perasaan melalui penulisan..geram jugak kadang2 kan..nk lepaskan melalui lisan xde sape yg nk dengar silap2 kena 'shoot' balik..haha..xpe lah nasib badan..

Actually nk kongsi pasal jamuan smalam.Jamuan meraikan pensyarah penilai yg banyak membantu sepanjang menyiapkan kajian tindakan. Dialah Puan Hjh. Puteh Bt Ahmad. Kami pada asalnya nk belanja dia makan kat restoran nasi arab. Tapi bila gi sana kedai tu buat hal la pulak..hangin satu badan sampai kepala aku..fuhhh..!!..nasib baik sabar aku tinggi..kalau kena kat dia macam mana agaknya..satu jam punya tunggu order..last2 datang bg tau nasi dah habis..kena tnggu lagi 45 minit katanya..dah la hntar order untuk orang lain dlu..padahal orang tu baru jer datang..kami yg datang dah dekat sejam x dapat apa2..mmg la hangin kan..last2..belah mcm tu jer..gi cari kedai lain..opsss..kedai arab tu nama Malika Saba..aku dah banned dah kedai tuu..very2 bad n poor services..dah la waiter dia xreti cakap melayu..xpandai jaga customer..

Bagi mengurangkan angin yg tgh naik tu..Pn.Puteh suh pegi kedai Nasi Lemak Ayam Kampung kat pekan Ipoh..last2 makan situ jugak..duduk xsampai 5 minit after order..dah pun sampai makanan..haaa..baru betul mcm tu..services pun ok..baru la customer slalu datang..Lepas tu kami bagi hadiah pada Pn.Puteh skit..saje jer bagi cenderamata sebagai tanda terima kasih dan penghargaan..harap dia suka laa..hadiah orang pompuan jer..mahal sikit xpe lah..bukan selalu..hehe..dah habis makan apa lagi..balik laa..penat + kenyang  + hangin + makan = lega skit..


Haaa..boleh la senyum sikit dah lepas makan..kahkah
Yang 2 orang paling kanan tu actually kerja kat kedai ni..entah kenapa tiba2 nk masuk gambar gak..so bg la peluang..haha 


Gambar aku dan Pn.Puteh masa praktikum 3 di Batu Gajah..Masa ni last observe..kami belanja puan makan..hehe


Stakat ni saje..terima kasih Puan Puteh..






04 October 2012

Teknik PaSeKa


TEKNIK PaSeKa DALAM PENGUASAAN HURUF BESAR MURID TAHUN 4 CEMERLANG DALAM AKTIVITI PENULISAN

oleh :
Nazirul Nizam bin Mohamad

ABSTRAK




Kajian ini bertujuan untuk membantu murid tahun 4 Cemerlang dalam penguasaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu menggunakan teknik PaSeKa. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang responden di SK Bakap, Batu Gajah, Perak. Data-data dikumpulkan melalui kaedah pengujian, temu bual dan pemerhatian. Hasil analisis ujian pra dan ujian pasca menunjukkan terdapat peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Dapatan kajian melalui temu bual pula menunjukkan kesemua responden dapat menggunakan teknik PaSeKa dengan baik dan berminat menggunakan teknik ini dalam aktiviti penulisan. Pemerhatian yang dilakukan juga menunjukkan responden berminat dan seronok menggunakan teknik PaSeKa dalam aktiviti penulisan mereka. Hasil kajian ini membuktikan bahawa teknik PaSeKa dapat diaplikasikan dalam aktiviti penulisan serta berkesan dalam penguasaan huruf besar murid tahun 4 Cemerlang. 


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya aku telah dapat menyelesaikan pembentangan kajian yang telah dibuat dengan jayanya...

Sekarang masa untuk meraikannya kemenangan pula bersama kawan dan pensyarah..nantikan yer..padahal banyak lagi kat depan yg menanti..xpe..raikan dlu mana yg ada..

tapiiii..tahukah anda apa itu teknik PaSeKa..kalau nk tau rajin2 lah hubungi aku k..insyaAllah boleh berkongsi..Berikut merupakan beberapa keping gambar sewaktu pembentangan..tengok2 la yer..xde la grand sgt pun..biasa2 jer..


Ok..turn kami dah habis..boleh bergembira kejap..haha




Permulaan pembentangan dengan penuh yakin dan sabar..




Jenuh nk kelentong jawab soalan penilai..redah jer janji tak mati hujah..kahkah


Itu saje untuk kali ni..jumpa lagi lain kali dengan hari2 yang penuh kegembiraan..cai..caw..
COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM