TEKNIK PaSeKa DALAM PENGUASAAN HURUF BESAR MURID TAHUN 4 CEMERLANG DALAM AKTIVITI PENULISAN
oleh :
Nazirul Nizam bin Mohamad
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid tahun
4 Cemerlang dalam penguasaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu
menggunakan teknik PaSeKa. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang responden di
SK Bakap, Batu Gajah, Perak. Data-data dikumpulkan melalui kaedah pengujian,
temu bual dan pemerhatian. Hasil analisis ujian pra dan ujian pasca menunjukkan
terdapat peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra.
Dapatan kajian melalui temu bual pula menunjukkan kesemua responden dapat
menggunakan teknik PaSeKa dengan baik dan berminat menggunakan teknik ini dalam
aktiviti penulisan. Pemerhatian yang dilakukan juga menunjukkan responden
berminat dan seronok menggunakan teknik PaSeKa dalam aktiviti penulisan mereka.
Hasil kajian ini membuktikan bahawa teknik PaSeKa dapat diaplikasikan dalam
aktiviti penulisan serta berkesan dalam penguasaan huruf besar murid tahun 4
Cemerlang.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya aku telah dapat menyelesaikan pembentangan kajian yang telah dibuat dengan jayanya...
Sekarang masa untuk meraikannya kemenangan pula bersama kawan dan pensyarah..nantikan yer..padahal banyak lagi kat depan yg menanti..xpe..raikan dlu mana yg ada..
tapiiii..tahukah anda apa itu teknik PaSeKa..kalau nk tau rajin2 lah hubungi aku k..insyaAllah boleh berkongsi..Berikut merupakan beberapa keping gambar sewaktu pembentangan..tengok2 la yer..xde la grand sgt pun..biasa2 jer..
Ok..turn kami dah habis..boleh bergembira kejap..haha
Permulaan pembentangan dengan penuh yakin dan sabar..
Jenuh nk kelentong jawab soalan penilai..redah jer janji tak mati hujah..kahkah
Itu saje untuk kali ni..jumpa lagi lain kali dengan hari2 yang penuh kegembiraan..cai..caw..
No comments:
Post a Comment