Pages

23 March 2009

Kuliah jumaat



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Seperti biasa pada setiap pagi jumaat seorang menteri besar yang berjiwa pendidik dan juga berjiwa rakyat akan menjalankan rutinnya menyampaikan sedikit ilmu yang dipelajarinya dimerata-rata tempat kepada rakyatnya. Bertempat dijalan dato pati, kota bharu Kelantan, rakyat mula berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk sama-sama mendengar kuliah daripada Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz b Nik Mat.

“Penghujung kepada hidup kita ni adalah mati”kata tok guru. Kali ini tok guru banyak menyentuh mengenai perkara-perkara berkaitan dengankeyakinan kita kepada Allah hu azza wa jal iaitu berkenaan dengan kematian,kehidupan,syurga,neraka,malaikat, dan juga nafsu.


“Loni ni…malaikat israfil letak mulut doh bego tu,nati tunggu maso Allah kata tiup gak, tiup la dia…Kalu Allah suruh tiup hari ni gak maka mati la blako kita”salah satu dialog tok guru.

Sepanjang pemerhatian saya dalam kuliah tok guru, beliau sebenarnya hebat dalam membuat sesuatu perbandingan terhadap apa yang ingin disampaikan dan orang boleh memahami apa yang ingin disampaikan walaupun dalam loghat Kelantan. Sebagai contohnya beliau membuat perbandingan antara nafsu dan juga virus.

“Selain daripada bui perut,usus, buah pinggang…Allah juga bui nafsu dalam bade manusia.Nafsu2 ni benda tak napok kelih,tapi benda ni lah hok buleh bawa kita sama ada ke syurga ko atau neraka. Mudahnya gini la, doctor klinik kalu nak tengok kume ko virus gapo namo pun dia akan guno mikroskop sebab kecik sangat,x napok tengok denge mato kasar. Kuman ni sangat bahaya kerana dio buleh menyebabke kematian. Tapi nafsu ni lebih bahaya daripada kume-virus sebab dio lagi x napok kelih daripada kume-virus tadi…”itulah perbandingan yang dibuat oleh tok guru salah satunya dan banyaklagi kalau anda perhatikan dalambanyak2 kuliah tok guru.

Apa yang dapat saya pelajari ialah dalam mengggerakkan dakwah dan kefahaman kepada sesiapapun, kita perlu bijak untuk memuat contoh yang membandingkan sesuatu kerana ia sebenarnya lebih senang dan mudah untuk difahami.

Kuliah tamat kira-kira jam 10.30 pagi.Biasanya selepas tamat kuliah maka akan ramailah rakyat yang akan mengerumuni tok guru untuk bersalam dengan beliau. Bermula dari pentas tempat kuliah sampailah ke pintu masuk kereta tok guru akan akan penuh dengan rakyat untuk besalam dengannya.


Annual Bakri,sedang membisikkan sesuatu kepada tok guru


orang ramai berkumpul untuk bersalam dgn tok guru di atas pentas




golongan veteren sentiasa mendapatkan tempat yang paling hadapan,berhadapan dengan tok guru




muslimat yang turut hadir,khemahnya dipisahkan drpd muslimin


muslimin pun ramai jugak

memang banyak dapat ilmu masa kuliah tok guru,kuliahnya juga amat berkesan pada orang yang berfikir..

3 comments:

nash said...

Aplikasikanlah perbandingan dan perumpamaan daripada yg didengar dari tok guru,agar lebih ramai kaum yang memahami...

nash said...

Teruskan mewarisi gambar2 tok guru,,,

iluvgreenish said...

salam... walaupun pnah skali ja mengikuti kuliah tok guru scr live, tp pglmn tu ana xkn lupa smpai bila2...

siap ada translator lagik (tq KD), huhu (ana ni payah skit nk phm loghat klate)

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM