Pages

16 March 2009

Sejuknya...

Assalamualaikum….

Kalau nak bagi salam kata Ustaz Mat Idris bior ler betul,bior ade bunyi arab nye sikit.Tapi kat sini x boleh la nak bunyikannya…Tulis je..
Sewaktu menyertai satu forum yang diadakan di Kelantan baru-baru ini..Aku terdengar satu perbualan antara seorang anak dengan bapanya kot…xpasti la datuk dengan anak ke sebab yang bawa budak tu kelihatan sudah tua dan beruban(I assume as bapa and anak lah)…xkisah la..tapi perbualanya membuatkan aku kagum…walaupun sedikit tapi sarat dengan mesej ketuhanan…


Kisahnya begini,waktu forum tu pakcik dgn anak tu berada di kerusi dibelakang tempat duduk aku. Oleh kerana dewan tempat forum tu ber aircond,maka memang sejuklah udara kat dalam tu.Tambah-tambah lagi waktu malam pulak.Lagipun aku yang memakai baju berlengan panjang dan ditambah dengan sweater pulak masih terasa sejuk kat dalam dewan tu. Dalam keadaan tengah kesejukan itulah berlaku dialog antara ayah dengan budak tu tadi…Pada agakan aku budak berumur lebih kurang 7-9 tahun lar,darjah 1-3 kot…Dialognya lebih kurang begini lah..



“Sejuk nya kat dalam ni ayah”….kata anak kepada ayahnya.. “memang sejuk pun”.jawab ayahnya pula… “air cond tu pasang kuat sangat,dah ler bayak pulak tu”….kata anak..Lalu ayahnya berpaling kearah anak dan mengeluarkan kata2 yang sungguh menakjubkan apabila aku mendengarnya.. “Kau kena ingat,x boleh cakap yang aircond ni memberikan kita sejuk tapi Allah yang menyejukkan kita”…. “faham tu”..tambahnya lagi. Selepas itu anak itu terus diam.Entah la dia paham ke tidak apa yang diberitahu ayahnya…

Lalu aku terus terfikir sendirian, begitu hebatnya seorang ayah yang mampu memberikan didikan dan kefahaman yang jarang sekali orang lain dapat melakukannya. Itulah keyakinan sebenarnya yang mana tempat bergantungnya kita hanya kepada Allah. Alangkah bagusnya kalau ramai lagi ibu bapa yang dapat memberikan kefahaman kepada anak2 mereka seawal usia itu.

Lalu aku terfikir lagi,kenapa aku tidak melakukan perkara sedemikian kepada adik2 aku yang begitu ramai la jugak…Dalam hatiku,aku juga mahu buat sedemikian terhadap adik2 ku dirumah..

Akidah dapat diibaratkan seperti tunjang sebatang pokok.Semakin dalam semakin elok.Datanglah ribut ke apa pun, kalau ia ditanam sejak kecil lagi mampu untuk menahannya..

Kepada sahabat2 yang mempunyai adik kat rumah,seelok-eloknya pada usia muda inilah kita mahu menerapkan aqidah islam dalam membentuk generasi hadapan yang berkefahaman islam dan bergantung kepada Allah yang satu…

No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM