Salam perjuangan sahabat….
Mentari merah diufuk barat pada suatu petang…Menunjukkan masa kian berlalu…hari semalam semakin jauh meninggalkan aku tanpa bicara….sama sekali tidak akan berjumpa dengannya kembali…mentari yang indah…menandakan umur ku semakin pendek dimakan masa..saat kematian semakin hampir…tetapi bagaimana pula dengan amalan???..bertambahkah ia..atau pun berkurang…ataupun sama sahaja dengan hari semalam…pengalaman telah mendewasakan aku..masa telah membawa aku ke suatu medan yang susah untuk diterima sebahagian ummat masa kini..kadang2 teringat pada kampong halaman…terngiyang-ngiyang suara ibu dan ayah..adik2 yang sedang ketawa…ingatkah ia pada ku…sudah selesaikah tanggungjawabnya pada Allah…???..kadang2 merisaukan..memandangkan sudah lama tidak pulang ke kampong,pelbagai peristiwa telah berlaku disana…namun ku kuatkan semangat menghadapi hidup ini sebagai sunnah Rasulullah,insan yang sangat ku rindui…senyumanya membuatkan setiap insan yang melihat bibirnya tersenyum merasa ketenangan dek keikhlasan yang mengalir cinta akan ummatnya….Ya Allah ampunkanlah dosaku…
Kehidupan sebagai seorang yang bergelar pelajar kadang2 membosankan,kadang2 menyeronokkan,kadang2 sama sahaja…peperiksaan telah pun berlalu…satu semester hampir tamat dan juga akan turut berlalu..yang belum berlalu hanya hari esok…dan aku mengharapkan esok lebih baik daripada hari ini…cuti pun makin hampir..perancangan waktu cuti sudah siap diatur untuk di isi dengan pelbagai aktiviti…namun begitu,jangan kita lupa pula untuk mengatur amal ibadah kita kepada Allah agar apa yang kita lakukan tidak hanya terhenti di tempat belajar kita sahaja tetapi ia terus berterusan dimana sahaja…solat kita,quran kita,qiam kita,zikir kita,wirid kita,selawat kita biarkan ia berterusan walaupun sedikit..
No comments:
Post a Comment