Pages

14 May 2009

Ya Rasulullah....


Allahum ma solli ala Muhammad…Ya Rabbi solli alai hi wa sallim….

Ya Rasulullah, alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku tatap wajah mu. Pasti mengalir air mataku kerna pancaran ketenangan pada wajahmu. Wahai Rasulullah, aku rindu padamu…alangkah indahnya hidup ini andai dapat ku kucup tanganmu..Moga mengalir keberkatan dalam diriku….Ku tahu betapa sayangnya engkau kepada kami,betapa risaunya engkau kepada kami…Pengorbanan mu jauh lebih besar daripada kami ini yang serba kekurangan…pengorbanan kami tidak setaraf dengan mu wahai Rasulullah..syafaatkan lah kami ini agar terus mengikuti jalan sebagaimana jalan yang engkau lalui…moga Allah mempertemukan kita di dalam syurga yang penuh kenikmatan….

Begitu banyak sekali contoh yang telah Rasulullah tunjukkan kepada kita untuk dicontohi walau dimana kita berada. Baginda solat malam hingga pecah tumit kaki lantaran rasa sifat kehambaan dalam diri. Sanggup mengikat perut dengan anak batu untuk mengurangkan rasa lapar ketika beribadah sehingga perlakuan Rasul Allah itu diketahui oleh umar al khattab r.a lantas bertanya adakah kami tidak memberikan makanan apabila engkau memintanya wahai Rasul Allah.Baginda menjawab tidak wahai umar.Tetapi aku takut aku akan menjadi beban kepada umat ku.Itu Muhammad bin Abdullah

sahabatku..begitu mulia akhlaknya…Baginda setiap hari akan beristighfar sebanyak 70 kali memohon Allah mengampunkan baginda walaupun telah dijanjikan oleh Allah dengan syurga yang enuh kenikmatan…bagaimana dengan kita???...cukupkan 7 kali sehari kita beristighfar kepada Allah supaya diluruhkan dosa yang yang ada pada diri sebagaimana luruhnya daun kering daripada tangkainya….Astaghfirullah hal azim…

Itu yang pertama sekali yang ingin saya sampaikan agar kita sama2 muhasabah diri kita..

Keduanya ingin juga saya mengajak saudara dan juga saudari untuk mengejar Allah s.w.t bukannya mengejar syurga Nya…kerana Tuan punya syurga lebih utama daripada syurga Nya..carilah Allah dan jangan kita cari fadhilatnya…dapat Allah,insyaAllah dapatlah semuanya..

Sahabat semua…carilah Allah kerana kita hanya hendak memperhambakan diri kepadaNya…mencari Syurga atau fadilatnya ertinya kita
hendak membesarkan nikmat Tuhan
Mengapa hendak membesarkan diri kepada makhluk? Sedangkan memperhambakan diri kepada Khaliq bukankah yang lebih utama?

Jika kita mengejar fadilat , maka rasa bertuhan itu tidak ada dalam diri kita.
Jika rasa bertuhan itu tidak ada, maka rasa kehambaan pun tidak ada sedangkan fungsi hamba adalah untuk melahirkan rasa kehambaan.

Kalaulah rasa kehambaan pun tidak ada,maka sifat mazmumah dalam diri tidak akan dapat dimusnahkan!...inilah yang banya tejadi kepada muda-mudi Islam kita hari ini…rasa bertuhan itu tidak ada dalam diri menyebabkan mudah hanyut dengan nafsu dan godaan dunia yang tidak seberapa….

Kerana itulah orang yang beribadah kepada Allah kerana Syurga atau Fadilat kadang-kadang perangainya tidak berubah…bahkan adakalanya ibadahnya itulah
yang menyuburkan rasa mazmumahnya..kan selalu kita dok sebut dalam lirik lagu pun ada…’Allah hu Ghoyatuna’…Ar Rasul Khudwatuna….sambung…!!!haa tu la pasal

Mengapa kita beribadah kerana Syurga dan Fadilat?..sedangkan Syurga dan Fadilat itu adalah hak Allah yang memang telah ditentukan oleh-Nya.Terpulanglah kepada Dia nak bagi ke tak kerana Dia adalah Tuhan…yang penting kita buat apa yang Dia suruh..betul tak???...lagipun itu hanya lah gula-gula daripada Allah supaya kita tidak terus futur untuk terus mengejar dan mencapai Allah yang pada kemuncaknya….

Sama-samalah kita mencari Allah…kerana apabila dapat Allah s.w.t, syurga dan fadilatnya pun akan kita dapat sama..Tapi kita boleh menjadikan syurga dan fadhilat itu sebagai manisan buat diri kita supaya terus berusaha untuk mencapai Allah s.w.t..

Yang hendak kita cintai adalah Allah s.w.t kerana Dia pencipta kita
Marilah kita sama-sama terutamanya DIRI SAYA untuk membetulkan semula fungsi ibadah kita agar matlamat ibadah itu tepat pada sasarannya….




No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM