Pages

30 August 2009

Kenapa Lepaskan Peluang Membaca Al-Quran


1. Pembaca Al Quran hatinya dikurniakan cahaya oleh Allah s.w.t dan memeliharanya daripada kegelapan.Diriwayatkan daripada Abu Hurairah :

Maksudnya : "Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda " Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah (Al-Quran),ditulisnya satu kebaikan yang berlipat ganda.Sesiapa yang membacanya pula baginya cahaya di hari qiamat"(hadith Riwayat Ahmad)

2. Pembaca Al-Quran memperolehi kemuliaan dan diberi rahmat kepada ibu bapanya.Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya, dianugerahkan kedua ibu bapanya dengan mahkota di hari qiamat. Cahayanya(mahkota) lebih baik daripada cahaya matahari di rumah-rumah di dunia. Kalaulah yang demikian itu matahari berada dirumah kamu (dipenuhi dengan sinarannya),maka apan sangkaan kamu terhadap apa yang beramal dengan Al-Quran ini" (Riwayat Abu Daud)

3. Pembaca Al-Quran memperoleh kedudukan yang tinggi dalam syurga. Rasulullah bersabda :

"Ketika memasuki syurga, dikatakan kepada orang yang sentiasa membaca dan beramal dengan Al-Quran " Bacalah (Al-Quran),naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan taartil(tidak cepat) sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia(mengikut tajwid).Sesungguhnya kedudukan darjatmu di syurga sehingga pada akhir ayat yang engkau baca,(darjat syurga mengikut bilangan ayat2 Al-Quran)" hadith riwayat Abu Daud

p/s : Bagi yang kurang mahir membaca Al-Quran , maka janganlah merasa merendah diri dengan kekurangan tersebut. Belajarlah dengan tekun dan perbaikilah lagi bacaan itu. Bagi yang baik bacannya pula janganlah sombong dan jauhi sifat sombong. Hindarkan diri dari menyimpan sifat marah dan tidak suka jika bacaanya diperbetulkan.Selamat berpuasa...

No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM