Diriwayatkan bahawa Ali Zainal Abidin bin Hussein r.a. apabila berwuduk kelihatan pucat mukanya dan semasa berdiri untuk sembahyang, gementar seluruh badannya seperti orang dalam ketakutan, dan ketika ditanya mengapakah terjadi demikian? Dijawabnya, “tahukah kamu dengan siapa akan aku berdiri dan siapakah akan aku ajak untuk berbicara?”. Dalam satu kisah yang lain pula telah terjadi satu kebakaran yang melibatkan rumah beliau sedangkan beliau sedang sujud dalam sembahyang. Orang ramai memanggilnya agar keluar sebelum perkara yang lebih buruk terjadi.
Sehinggalah selesai sembahyang barulah beliau menyedari lantas keluar dari rumah. Orang ramai bertanya kepadanya, mengapa ketika diperingatkan api beliau tidak keluar segera. Beliau menjawab, bahawa beliau sedang sujud dalam sembahyang dan tidak menahu apa-apa yang berlaku. Jeritan memanggil beliau tidak sedikitpun didengari kerana terlalu KHUSYUK dan ASYIK berhadapan dengan ALLAH TAALA.
Suatu ketika saidina Ali r.a. terkena panah di betisnya semasa berperang. Tatkala hendak menarik panah itu tiba-tiba hujung mata panah itu melekat pada daging betis beliau. Mata panah itu tidak dapat dikeluarkan kecuali dengan pembedahan. Lantas para sahabat bercadang hendak mengeluarkan mata panah itu ketika beliau sedang bersembahyang. Pada ketika itulah para sahabat mengeluarkan mata panah itu tanpa ada sedikitpun mengaduh kesakitan. Begitulah taraf para solehin dan alim ulamak zaman dahulu. Apabila mereka berdiri untuk mengadap Allah Taala, gementar hati dan badan mereka.
Sepatutnya kita patut merasa malu untuk mengadap Allah dalam keadaan hati yang lalai fikiran yang sibuk dengan perkara-perkara dunia. Firman Allah S.W.T “ Sesungguhnya NERAKA WAIL bagi mereka yang lalai dalam sembahyang, (yakni orang) yang lalai dalam melakukan sembahyangnya “.
Orang yang menggerakkan anggotanya semasa sembahyang sebenarnya tidak beradab dengan ALLAH s.w.t. pernah suatu ketika Rasulullah melihat seorang sahabat bermain-main dengan jaggutnya ketika sembahyang lalu baginda bersabda “Andainya lelaki itu khusyuk tentulah seluruh badannya turut khusyuk”.
Begitulah keadaan orang yang khusyuk dalam sembahyang, para sahabat yang dikasihi sekalian, dalam kita melakukan sembahyang kepada ALLAH, kita mesti merasakan bahawa ALLAH sedang melihat kita…… InsyaAllah kita sama-sama diberkati dan diredhai olehNYA…………………..
No comments:
Post a Comment