24 October 2009
Anjing dan Lembu yang Berfikrah
LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh? kenapa?
ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".
LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Mugholazoh lagi tu. Biasalah tu.
ANJING: Ya lah, Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU: A'ah..Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"
Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat)adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)
22 October 2009
Pengalaman Boleh Di cari
Setelah sekian lama hidup, mesti begitu banyak pengalaman dan kisah hidup yang dilalui. Pelbagai pengalaman telah di tinggalkan sama ada pengalaman pahit, manis, suka dan duka. Semua nya telah di lalui.
Pengalaman aku accident telah dua kali di lalui, pengalaman bergaduh juga telah aku rasai..Huhhh..memang menggiurkan..Tu pengalaman pahit..Banyak lagi..Kena pulau dengan kawan2,patah gigi, kurang ajar dengan orang tua, kena pow dan mcm2 lagi lah..Itu semua bukan pengalaman yang dicari tapi terjadi dengan sendiri tanpa aku sedari...Belajar daripada pengalaman..tapi sekarang ramai orang salah cari pengalaman..katanya aku nk cari pengalaman dengan merempit, dengan hisap dadah, sosial berlebihan dan sebagainya..hak tu xpayah cari..
Pengalaman yang perlu di cari adalah pengalaman yang dapat mendidik jiwa kita. Bila bercakap kita ada kalanya bercerita berdasarkan pengalaman..Kita akan suka bercerita tentang kisah diri kita kepada orang lain dan kita merasakan bahawa cerita dan kisah kita lah yang paling seronok dan menarik..Aku pernah masuk ke pawagam untuk melihat suasana di situ, tu pun secara x sengaja dan terpaksa..ternyata benar kata orang bahawa pawagam itu suasananya berunsurkan maksiat dan dosa..Pengalaman lemas sungai juga telah aku rasai..syukur umurku panjang lagi...
Pengalaman aku yang terbaru adalah menjadi pengadil kepada satu pertandingan futsal...huhhhh..huru hara jadi nya game itu...hahahha..nak gelak pun ada..xpernah aku menjadi reff dalam permainan ni, tapi kerana ingin mencuba dan mencari pengalaman aku cuba juga walaupun ilmu menjadi reff ni x berapa banyak . Memang seronok dan perasaan bercampur baur..bayangkan, segala keputusan berada di tangan kita..kalau silap buat keputusan bising la jadinya..satu lagi nk jadi reff ni kena kuat daya tahan maki la..hampir2 bergaduh pulak tu..
Aku juga pernah berucap di hadapan hadirin yang ramai dalam satu majlis yang rasmi..berdebar-debar jantungku, terketar-ketar lututku, nasib baik tak terkencing..Pengalaman aku memandu kereta pada jarak jauh juga telah aku rasai...dari ipoh ke k.L..mungkin bagi mereka yang dah biasa xda rasa apapun..tapi bagi aku yg pertama kali ni tambah2 lagi tanpa pengetahuan ibu bapa ku...sememangnya mencabar bagi ku..kita kena rasa pengalaman ini..xpuas naik kereta aku cuba memandu van pula..hahahahha...bukan senang nak drive van ni..huhhh..lega semuanya selamat...Pengalaman menjadi seorang juara juga memang menyeronokkan..aku pernah memenangi peserta terbaik pertandingan kuiz sains masa kat sekolah dulu...rasa nk bagi tahu kat satu kampung yang aku menang kuiz tu..berbunga-bunga hati waktu tu..terasa dunia ini milik aku yang punya..
Cuma nya..ada satu jer pengalaman yang aku x dapat rasai sampai sekarang...cuba teka..???kawan2 aku ada yang hanyut dalam pengalaman ini..pengalaman yang aku kira tidak akan aku capai sekiranya belum waktunya..pengalaman cinta..!!!Entah lah..aku pun masih x faham sampai sekarang bagaimana rasanya perasaan cinta pada seorang hawa..apa yang akan mereka dapat..??apa yang mereka mahu sebenarnya..??Kalau boleh mereka mahu sentiasa berada dalam pengalaman ini selamanya..Ya Allah, jauhilah aku daripada sebarang maksiat...Perlu ke aku cari pengalaman ini???...

06 October 2009
Amaran Allah s.w.t
Salam perjuanagan buat sahabat semua...
1. Teringat kembali ana kepada khutbah hari raya puasa yang lalu yang di sampaikan di surau berhampiran rumah ana. Khutbahnya begitu bersemangat, penuh dan sarat dengan amaran daripada Allah s.w.t kepada manusia agar kembali kepada jalan Islam. Ini lah suatu benda yang sangat di takuti oleh orang yang beriman sehinggakan seorang sahabat nabi pernah menangis apabila mendengar ayat quran yang menceritakan tentang azab neraka.
2. Dalam khutbah hari raya yang lalu, khatib menyentuh tentang segala maksiat, bencana, kemusnahan, masalah sosial dan sebagainya adalah berpunca daripada apabila penduduk di suatu negeri itu sudah tidak lagi beramal dan tidak lagi menghukum dengan hukum Allah s.w.t. Inilah puncanya. Apabila hukum yang Allah ajarkan diperlekehkan, dikatakan satu hukuman yang kuno, tidak sesuai untuk masa sekarang..
3. Yang terdekat kita lihat bagaimana Allah s.w.t memusnahkan penduduk dalam suatu negeri dengan bencana gempa bumi..Di indonesia berlaku gempa ini..kalau x silap di padang...
Firman Allah :

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
Firman Allah lagi :
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
4. Sahabat yang dirahmati Allah s.w.t..ini adalah amaran daripada Allah s.w.t kepada manusia apabila manusia tidak lagi menegakkan hukum Allah s.w.t.Apabila manusia tidak lagi mentaati Allah s.w.t dan tidak lagi mengikut ajaran yang dibawa oleh islam.Seungguhnya amaran ini telah datang lebih awal daripada amaran yang dibuat oleh manusia seperti sistem amaran tsunami dan sebagainya.Tidak kah kita merasa takut kepada Allah s.w.t dengan amaran yang diberikan terlebih dahulu sebelum Allah s.w.t mendatang kan azab yang sebenar supaya kita cepat2 sedar daripada nikmat yang sementara dan melalaikan ini.
5. Itu Allah tunjukkan di Indonesia, tidak mustahil untuki a berlaku di Malaysia (nauzubillah) sekiranya maksiat dan hukum Allah tidak dilaksanakan. Apabila pemimpin yang diberi amanah tidak menegakkan amanah yang diberikan sebagaimana saidina umar r.a menjadi pemimmpin. Apakah mahu menunggu amaran dan azab daripada Allah s.w.t dahulu baru ingin menyesal dan melaksanakannya.
6. Ana menyeru kepada diri sendiri agar kita sama bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan sebenar-benar taqwa. Taqwa itu adalah takut kepada Allah s.w.t..sebagaimana kalau kita jumpa harimau kita akan berasa takut..Tapi kita sepatutnya lebih takut kepada Allah lebih daripada kita takut kepada harimau.
7. Akhir sekali, selamat berjuang kepada sahabat2 semua dengan sebenar-benar perjuangan..Perkataan berjuang itu sendiri menunjukkan ia nya sesuatu yang sukar dan susah dan memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Sesungguhnya pengorbanan antum semua di nilaioleh Allah s.w.t..
8. Selamat belajar juga kepada sahabat di U.K..semoga tabah mengharungi hidup di sana. Kami mendoakan kejayaan antum semua..sahabat di tanah air satu malaysia pula, teruskan belajar di sini untuk kemenangan yang pasti masa hadapan kerana ia telah dijanjikan oleh Allah s.w.t...Janji Allah s.w.t adalah janji yang pasti.
Firman Allah lagi :
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

Subscribe to:
Posts (Atom)