Pages

16 February 2010

3 Orang pekerja

Assalamualaikum dan selamat maju jaya dan kepada pembaca sekalian..

Alhamdulillah setelah dapat menghirup udara segar di kampong ini rasa selesa bertambah lagi..ini bermakna nikmat Allah swt makin bertambah lagi..Terubat rasanya rindu terhadap keluarga dan saudara mara di kampong…Alhamdulillah..

Seperti biasa..bila pulang ke rumah..orang pertama yang dicari ialah mak dan ayah..akan ku cari tangan nya dan ku kucup dengan penuh kasih sayang..tarasa mengalir keberkatan dari tangan kecil ini yang pernah memandikan aku suatu masa dahulu..tangan itu juga yang pernah menyuapkan nasi ke mulut aku demi mengenyangkan perut aku..tangan itu juga yang pernah memukul dan mencubit aku suatu masa dahulu..sehinggalah sekarang aku telah menjadi seorang insan dan sehingga ini lah aku mencari tangan itu untuk di kucup..sahabatku yang masih mempunyai ibu dan bapa..bila pulang ke kampong halaman berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita..gembirakanlah hati mereka dengan percakapan dan perbuatan kita kerana disebalik kegembiraan kedua ibu bapa kita kerana kita maka akan mengalir lah pahala dan keberkatan daripada Allah swt...sama2 kita lakukan..

Baiklah..posting kali ni nak cerita sikit pasal kisah 3 orang pekerja..sebenarnya ia kesinambungan daripada seminar mencari cinta yang saya ikuti dahulu..kisah nya begini..

Dihadapan rumah anda ada sebuah bangunan yang akan didirikan dan telah sedang dalam pembinaan..anda baru sahaja mendapat tugasan daripada pensyarah anda untuk menemubual mereka tentang pekerjaan yang mereka lakukan..maka dengan penuh perasaan gembira anda pun pergilah menembual mereka..

Pekerja pertama yang anda hendak jumpa sedang menampal simen pada dinding..dia bekerja dibawah terik panas matahari dengan penuh keringat dan dalam keadaan yang panas terik..lalu anda menghampirinya..mukanya kelihatan agak serius dan bengis serta tertekan..

Anda : Assalamualaikum..

Pekerja 1 : Wa’alaikumsalam(nada cepat dan agak marah)

Anda : Abang buat apa bang..??

Pekerja 1 : Buat air…(nada perli dan marah)..kau xnampak ke aku tengah tampal simen ni..buta ke..lagi kau nak Tanya aku buat apa..

Kelihatan agak stress dan marah serta dalam keadaan tertekan dan tidak ada peluang untuk bertanya soalan lain dengan lebih lanjut maka anda pun pergi kepada pekerja yang kedua..

Pekerja ini pun sama jugak.. bekerja dibawah terik panas matahari yang sama dengan penuh keringat yang sama dan dalam keadaan yang panas terik yang sama..lalu anda menghampirinya..pekerja ke 2 ini kelihatan agak baik mukanya…

Anda : Assalamualaikum..

Pekerja 2 : Wa’alaikumsalam

Anda : Sihat bang..

Pekerja 2 : sihat..

Anda : Abang buat apa..??

Pekerja 2 : kerja..

Anda : Kerja apa bang..??

Pekerja : Tampal simen

Melihatkan keadaan pekerja kedua ini yang agak dingin kerana sepatah yang ditanya sepatah yang dijawab..maka anda membuat keputusan untuk tidak bertanya lagi dengan lebih2 ..maka anda pun meninggalkannya untuk bertanya kepada pekerja yang terakhir..

Keadaan pekerja ketiga ini juga sama dengan pekerja pertama dan kedua.bekerja di bawah panas matahari yang sama..berpeluh yang sama..bos yang sama..gaji yang sama dan sebagainya..dari jauh lagi anda lihat mukanya tenang..tersenyum panjang + manis lagi..pekerja ini kelihatan gembira saje..anda pun menghampirinya..

Anda : Assalamualaikum..(dari jauh lagi member salam)

Pekerja 3 : Wa’alauikumsalam warahmatullah hi wabarakatuh..(penuh dijawabnya salam itu)

Anda : Abang buat apa bang..??

Pekerja 3 : Mencari rezki nak..macam ni lah kerja abang demi menyara keluarga..

Anda : Bang..saya nak Tanya sikit ni..dari tadi lagi saya tengok abang tersenyum jer kenapa bang..??

Pekerja : ohhh..sebenarnya sewaktu tengah buat kerja menampal simen ni abang dah dapat bayangkan keluarga yang akan menggunakan rumah ni akan berada diruang ini untuk beristirehat sambil menonton televisyen..kemudian dalam ruang satu lagi mereka akan solat berjemaah..abang dapat mendengar suara anak2 bermain dan ketawa sambil bergurau senda..tu la pasal..abang dapat membayangkan kebahagiaan keluarga yang tinggal di rumah ni..tu yang membuatkan abang rasa puas hati dan gembira bila buat kerja ni..

Anda : owhhh…barulah saya faham..

Apa yang anda faham..??..yang hendak disampaikan ialah pada orang ketiga..dia gembira ketika melakukan kerja kerja kerana dia faham bahawa dia sedang memberi..erti hidup pada memberi..dia sedang menggembirakan orang lain yang akan menggunakan sesuatu hasil daripada tangan yang dia buat..betapa gembiranya kita apabila orang lain gembira dengan pemberian kita..orang ini adalah orang yang bahagia..

p/s : kesimpulan sila buat sendiri..

No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM