" Melihat Cinta dari sudut pandangan Pencipta Cinta "
Salam cinta buat sahabat dan kawan-kawan yang dicintai..
Pertama sekali saya ingin melahirkan rasa syukur saya yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t Pencipta kepada makhluk yang bernama "cinta"...
Keduanya saya juga ingin melahirkan rasa kegembiraan yang tidak tehingga kerana dapat menyertai dan mengutip banyak mutiara yang berharga sewaktu menyertai satu seminar Mencari Cinta yang di sampaikan oleh Ust Hasrizal Abd Jamil. Memang berbaloi dan tidak rugi saya menyertai seminar ini kerana saya merupakan seorang yang sangat jahil dan masih lagi kurang ilmu. dalam bab ini..Terima Kasih kepada penganjur..
Banyak benda yang membuat kan saya berfikir tentang cinta ini apabila mendengar syarahan daripada ust Hasrizal..Saya nampak lebih jelas tentang peranan cinta yang sebenarnya dalam kehidupan kita..Melihat cinta dengan pandangan yang lebih luas seluas tajuk ini iaitu "cinta 360 darjah"
Banyak kisah yang diceritakan oleh ust dalam ceramahnya..sememangnya ceramah yang disampaikan lebih kurang selama 4 jam tidak menyebabkan saya mengantuk bahkan membuatkan saya lebih tertarik..Cerita dan kisah yang disampaikan oleh ust dalam mode yang lebih santai dan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis buku "aku terima nikahnya" sangat berkesan..InsyaAllah saya akan kongsikan beberapa kisah yang menarik perhatian saya sewaktu seminar tersebut..
Cinta..ia sebenarnya diterjemahkan dalam bentuk kasih sayang..mencari cinta yang dimaksudkan dalam seminar ini sebenarnya bukan seperti anggapan sesetengah daripada kita..tu nak bahas pasal cinta dengan awek la tu..nak cerita pasal kisah hidup dengan pasangan la tu..tapi sebenarnya ia lebih kepada mencari cinta kepada ilahi ditambah dengan perkaitan dengan cinta kepada makhluk..
Saya kongsi sedikit..perbetulkan apa yang kita lihat untuk mendapatkan hasil yang betul..pandangan setiap orang adalah berbeza..ada yang melihat melalui mata..ada yang melihat melalui akal..ada yang melihat melalui nafsu..dan ada yang melihat melalui hati..dan ini lah yang menyebabkan persepsi atau pandangan seseorang itu berbeza kerana setiap orang melihat dari posisi yang berbeza...satu kisah yang disampaikan dalam seminar tersebut...
Anda sedang belajar di suatu tempat yang jauh..London katakan..Pada suatu hari anda menerima satu bungkusan daripada Kg.Sempit(contohnya)...Bila anda buka bungkusan tersebut anda dapati ada kuih bahulu di dalamnya...bagi orang yang melihat dengan mata dia akan kata :
"Eh..kuih bahulu..mesti sedap ni..nampak macam lembut jer.."
" Kenapa sebelah sini elok jer..yang sebelah lagi dah hangit.."
" Alahh..kuih bahulu..ingatkan pizza ke..burger ker.."
Pendek kata.orang yang melihat dan menilai dengan mata hanya menghukum dengan apa yang dilihatnya sahaja..
Bagi orang yang melihat bahulu tersebut dengan akal..dia akan berkata..
" Bahulu ni tidak sempurna lagi..perlu ditambah dengan sedikit garam kemudian dikurangkan gula agar percampuran antara air dan kanji serta pewarna yang yang terdapat menjadi lebih sempurna...monosodium glutamat hanya sedikit sahaja perlu dimasukkan agar ia tidak menggangu proses pengembangan yang berlaku antara sodium dan nutrium untuk menghasilkan kalori dan lemak yang mencukupi.."
Fuhh..memang ilmiah la komen dia..menggunakan akal dan fikiran semata-mata..tiada kaitan dengan kuih langsung..itu pandangan orang yang melihat dengan akal...kalau kita suruh dia huraikan tentang cinta mungkin dia akan huraikan mcm ni..
"cinta itu merupakan satu perasaan yang terjadi apabila dua insan yang berlainan jantina bertemu kemudian menyebabkan ion-ion positif dan negatif yang berlainan antara satu sama lain menjadi tertarik kemudian menghasilkan satu medan magnet yang mempunyai daya tarikan yang amat kuat dan seterusnya menghasilkan satu rasa suka antara satu sama lain.."
mungkin mcm itulah agaknya komen orang yang melihat menggunakan akal..
Bagi yang melihat sesuatu itu dengan nafsu pula..tanpa menghiraukan orang lain dia terus makan sahaja bahulu itu dengan pelahapnya...tak sedar dunia dah..janji aku dapat rasa dan dapat makan dulu..peduli dah orang lain...dah habis makan baru nak tanya.."err..bahulu tadi siapa punya..??" tak ke nampak sangat menggunakan nafsu tu..
Bagi orang yang menggunakan hati..apabila melihat kuih bahulu dalam bungkusan tersebut maka dia menangis dan menitis air mata..menahan sebak di dada..mengapa sedih dan menangis..kerana bila saja lihat bahulu tersebut..maka hati dia teringat pada ibu di rumah jauh nun di kampung sempit...teringat betapa susahnya ibunya membuat kuih tersebut lalu dihantar kan kepada nya yang berada jauh di "oversea"..terharu sekali..
Nampakkah anda tentang perbezaannya orang yang melihat cinta itu dari pelbagai sudut..cuba kaitkan pandangan terhadap bahulu tadi dengan pandangan terhadap cinta..kalau melihat cinta dengan nafsu..maka rosaklah dia..kerana nafsu menjadi tuan kepada cinta..
Tapi melihat cinta dengan hati akan melahirkan kasih sayang...menjadikan cinta itu indah ditambah dengan iman...
Setakat itu sahaja contengan saya kali ini..lain kali saya kongsi lagi..ada banyak la jugak nk kongsi tapi xsempat lagi..fikir-fikirlah sendiri..

No comments:
Post a Comment