KETIKA Rasulullah SAW dan para rombongan umrah berada di hujunh perkampungan HUdaibiyah, datang seorang lelaki bernama Budair bin Waqa' daripada kabilah Huza' menemui baginda. Budair bin Waqa' berkata kepada Rasulullah SAW " Aku telah bertemu dengan satu pasukan yang di ketuai Kaab bin Luai dan AMir bin Luai. Mereka sedang bersiap sedia di lembah mata air di Hudaibiyah. Mereka berazam menyekat engkau daripada memasuki Mekah."
Rasulullah SAW menjawab kata-kata Budair dengan sabda baginda :
"Kami datan ke sini bukan untuk berperang dengan sesiapa, tetapi dengan tujuan melakukan umrah. Mengapakah orang-orang Quraisy beria-ia hendak berperang dengan kami? Tidakkah mereka masih ingat bahawa peperangan yang mereka lakukan dahulu semuanya mengakibatkan kemusnahan harta benda dan mengorbankan nyawa yang banyak ? Peperangan yang lalu menyebabkan kemudaratan kepada pihak Quraisy. Wahai Budair, sekiranya orang Quraisy mahu aku berada di sini untuk berunding, aku sanggup menunggunya walaupun memakan masa yang panjang. Mudah-mudahan dengan itu dapat menyelamatkan antara manusia dengan manusia. Sekiranya pihak Qiraisy berhajat hendak berperang, aku sedia menghadapinya demi dakwah Islam ini. Ingatlah Budair, bahawa aku tidak akan berhendi daripada mengharungi peperangan itu kecuali jika ajalku telah sampai. Walaupun ditakdirkan aku kembali kepada Allah, namun aku tetap ada orang yang akan menyambung urusan Allah SWT di muka bumi ini."
Mendengar penjelasa Rasulullah SAW itu, Budair berkata "Kalau begitu aku akan sampaikan segala penjelasanmu itu kepada mereka (orang-orang Quraisy) "
Kemudian Budair beredar menuju ke Mekah. Budair memberitahu pemimpin Mekah apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW. Antara yang mendengar taklimat Budair itu ialah Urwah bin Masud yang merupakan salah seorang pemimpin Mekah waktu itu. Selepas mendengar taklimat itu, Urwah menawarkan diri bagi menjadi perunding bagi bertemu dengan Rasulullah.
Sebagaimana kata-kata yang diucapkan kepada Budair, maka kata-kata itu juga yang diucapkan kepada Urwah bin Masud. Fahamlah Urwah akan pendirian Rasulullah bahawa kedatangan baginda adalah untuk menziarahi Baitullah. Perbincangan antara Rasulullah SAW dengan Urwah bin Masud di bumi yang dikuasai Quraisy memberi kelebihan kepada Urwah untuk mempamerkan lagak sombong dengan mengeluarkan kata-kata yang angkuh kepada baginda. Kata Urwah " Wahai Muhammad, apakah engkau fikir bahawa engkau akan berperang sehingga lebur seluruh kaum bangsanmu ? Adakah engkau pernah mendengar sejarah orang Arab melakukan khianat untuk menghancurkan kaumnya sendiri dengan berperang ? Pada pendapar aku, tidak ada di kalangan orang arab yang ingin musnah dengan peperangan. Justeru, jika engkau sanggup mati demi peperangan itu, aku berpendapat orang-orang arab tidak bersedia untuk dikhinati. Mereka akan lari meninggalkan engkau mati seorang diri."
Abu Bakar yang berada di sisi baginda berasa sangat marah mendengar kata-kata Urwah yang menghina baginda dan para sahabat. Dia meyengkal sekeras-kerasnya dan berkata " Adakah engkau fikir kami golongan pengecut yang akan lari meninggalkan Rasulullah yang kami kasihi seorang diri di medan perang ? Kami sedia mati demi baginda."
Abu Urwah apabila mendengar kata-kata Abu Bakar, dia berpaling membelakangkan Abu Bakar sambil bertanya kepada Rasulullah SAW "Dia ini siapa ?"
Urwah berpura-pura bertanya sedangkan dia mengenali Abu Bakar. Sebenarnya helah Urwah adalah semata-mata untuk merendahkan sahabat Rasulullah itu. Rasulullah tidak menjawab pertanyaan Urwah sebaliknya para sahabat menjawab serentak " Dia adalah Abu Bakar as Siddiq"
Lalu Urwah berkata kepada Abu Bakar, " Wahai Abu Bakar, jika tidak disebabkan aku terhutang budi dengan engkau, nescaya aku sambut cabaranmu itu ."
Menurut riwayat, Urwah tealh membunuh seseorang. Dia dituntut membayar diat kepada keluarga mangsa, tetapi Urwah tidak mampu. Abu Bakar dengan murah hati telah membayar diat itu..Budi Abu Bakar itu tidak dilupakan Urwah hingga ke saat itu. Bagaimanapun dia terus membelakangi Abu Bakar dan meneruskan perbicaraan dengan Rasulullah SAW..
BERsambung....
No comments:
Post a Comment