Pages

05 December 2009

Terasa Nikmatnya..Falahiah

Lebih kurang jam 11 pagi kami semua berkumpul di masjid Al-Falah di Falahiah. Satu pertemuan telah diadakan dalam kalangan pimpinan BADAR 2006 dan juga nuqaba’ pada tahun tersebut. Perjumpaan tersebut adalah sekadar untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kami semua setelah sekian lama berpisah daripada alam persekolahan dan setiap daripada kami membawa hala tuju masing2 dengan matlamat yang sama. Sebenarnya Falahiah sememangnya sentiasa menjadi tempat pertemuan antara kami semua dan ia tidak akan dilupakan sampai bila2 kerana disitulah tempat kami di didik dan ditarbiah dengan biah solehah dan suasana yang sangat asing dengan dunia luar.




Pertemuan ini hanyalah pertemuan biasa2 dan menjadi satu keinginan bagi aku untuk bertemu dengan sahabat2 lama yang sama2 berjuang di sekolah dahulu. Sahabat2 yang waktu susah dan senang sama diharungi di sekolah dahulu. Senyum dan masam sama2..turun “prep” sama2..berjalan ke surau sama2..puasa sama2..study sama2.semuanya menjadi kenangan indah waktu sekarang apabila telah menjejak kan kaki ke pusat pengajian tinggi..



Setelah semua berkumpul kami memulakan majlis dengan sedikit pengisian daripada mantan presiden BADAR 2006. Terima kasih kepada saudara Tihi kerana telah menyediakan sedikit makanan rohani untuk kami semua.” Sememangnya tidak sama orang yang keluar berperang dijalan Allah dengan orang yang hanya duduk sahaja dengan beribadat kepada Allah...”-antara isi tazkirah yang disampaikan Tihi. Setelah itu kami semua diberi peluang untuk bercakap setiap orang yang hadir untuk refresh tentang diri masing2..setiap orang akan bercakap untuk memberikan khabar masing2..Disinilah berlaku beberapa adengan lucu dan mencuit hati setelah sekian lama tidak betentangan muka. Adengan senda gurau tidak terlepas daripada di aksikan..hahaha..lawak kan..



Terasa nikmatnya dan seronok apabila berjumpa sahabat2 semua..semuanya kelihatan telah matang dan hebat2..dari segi penampilannya..percakapannya...gaya nya..dan macam2 lagilah..Dah banyak berubah rupanya sahabat2 aku ni..Hmmm..bagus2..maklumlah dah jadi mahasiswa kan..masing2 menjalankan tugas yang sama di kampus masing2.Terima kasih diucapkan kepada semua sahabat yang sudi menghadirkan diri..


Setelah itu kami semua telah solat zohor bersama-sama dan kemudian telah keluar makan bersama2 di kedai Wan Sakinah..Terima kasih kepada Mak Cik Nah kita kerana sudi menyediakan makan tengah hari kami..Setelah itu kami semua pun berpisah..Ada antara sahabat yang hadir akan pulang awal ke kampus masing2..Selamat belajar dan selamat berjaya kepada sahabat semua dan jangan lupa memori kita di Falahiah dahulu...


Terima kasih juga kepada sahabat yang hadir iaitu :

Faisal- UMS

Fakhrul-IPGKPI

Che-UM

Syarif-IPGKSAH

Izzudin-UiTM

Nazmi-UMT

Aslam-UTM

Fatihi-UIA

Haris-UIA

Hasif-UniKL

Akmal-UIA

Hanif-UM

Ridhuan-USM

No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM