Pages

25 December 2009

7 Hakikat Mengenai Otak



1. Otak tidak pernah mengalami kepenatan walaupun sering memberi tumpuan pada sesuatu perkara atau berfikir terlalu lama.Adapun kepenatan otak yang kita rasai sebenarnya ialah kejemuan. Umpamanya ketika kita membaca sebuah buku yang sukar di fahami.perasaan kita berbelah bagi sama ada ingin meneruskan membaca ataupun berhenti. Yang kita rasai sebenarnya bukannya kepenatan tapi kemerosotan minat dan kelemahan untuk mengenepikan fikiran lain yang datang mengganggu.



2. Kesanggupan otak tidak terbatas dalam berfikir dan mengingat. Orang bijak menggunakan hampir seluruh tenaga otaknya. Sementara orang ramai kebiasaannya menggunakan hanya beberapa peratus sahaja dari tenaga otaknya yg ada.

3. Tahap kecerdasan berfikir seseorang yang mempunyai IQ yang sederhana jika digunakan sepenuhnya akan mampu mengatasi orang bijak yang pernah hidup di dunia di mana jika ia bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran dari setahun ke setahun adalah lebih baik dari orang yang mempunyai IQ yang tinggi tetapi malas belajar.


4. Umur bukan menghalang usaha untuk terus belajar walau pun dalam kalangan kita beranggapan bahawa otak apabila usia semakin lanjut di sana terdapat perubahan yang menyebabkan proses belajar menjadi semakin sukar. Sebenarnya proses belajar selagi adanya daya dan kuasa selama itulah kita boleh meneruskan usaha pembelajaran dalam usia lanjut malah ada orang yang berusia lanjut masih kuat dan cerdas ingatannya selagi sistem pengedaran darahnya masih baik.



5. Tenaga otak makin kuat dan subur bila selalu diguna dan ia akan menjadi lemah bila tidak digunakan. Malah apa jua yang dilakukan akan memberi stamina terhadap otak. Semakin banyak kerja pemikiran yang dilakukan semakin bertambah pemikiran baru yang diperolehi. Demikian juga kebolehan mengingat ia akan bertambah melalui amalan dan kebiasaan.

6. Bahagian otak yang paling menakjubkan ialah di bahagian batin. Manusia dapat mengambil banyak manfaat darinya. Itulah akal gedung ajaib yang paling menakjubkan.


7. Tiga bahagian otak yang bekerja seimbang yang saling memerlukan bahagian atas merupakan bahagian otak yang paling penting bagi manusia. Di situlah yang membezakan tahap antara manusia dan binatang. Sementara bahagian bawah bertugas sebagai mengawasi pengedaran darah dan gerakan paru-paru. Bahagian tengah pula sebagai jambatan yang menyalur mesej ke bahagian atas.


No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM