Ini pula ada satu kisah empat ekor burung yang telah pun selesai bermesyuarat untuk mengadakan satu program hari sukan burung sedunia.Maka bapak-bapak burung daripada setiap spesis iaitu HELANG, BAYAN, GARUDA, dan NURI telah pun bersetuju untuk mengadakan hari sukan tersebut...tersebut lah al-kisah
Maka setiap daripada bapak-bapak burung ini menjemput semua kenalannya daripada seluruh dunia untuk hadir ke temasya tersebut.Ada yang datang dari amerika, london, warwick, britain dan sebagainya yang datang dengan membawa budaya negara masing2. Maka hasil syura bapak2 burung tadi telah bersetuju untuk mengadakan satu pertandingan baru yang tidak pernah diadakan oleh bapak burung yang sebelum ini iaitu pertandingan "BIRD CHEERS"...maka berlangsunglah temasya tersebut
Si Helang
Si Nuri
Sememangnya acara "BIRD CHEERS" itu ditentang oleh sekumpulan "kunang-kunang" yang memang berpegang teguh dengan ajaran agama nenek moyang mereka. Si kunang-kunang ini merupakan golongan yang sentiasa bersama-sama dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh burung empat spesies tadi. Namun begitu, dengan kesombongan sang empat spesies burung tadi acara "BIRD CHEERS" tetap diadakan. Apakan daya si kunang-kunang yang kecil ingin melawan burung-burung yang besar walaupun pada setiap malam si kunang-kunang inilah yang akan menerangi si bapak-bapak burung daripada kegelapan malam dengan cahaya di ekornya yang agak malap...nasib kau la kunang2 oooiii
Si Bayan
Si Garuda
Pada hari yang ditetapkan,pelbagai acara telah dilakukan.Antaranya acara perbarisan burung-burung cacat daripada setiap spesies yang disertai kumpulan burung brassband yang dijemput khas dari India dengan pakaian ala amerika la kononnya...selepas itu ada pula acara lumba lari daripada wakil setiap spesies burung yang menghantar atlet yang agak perasan dan berlagak untuk bertanding. Tiba-tiba ada pulak sekor burung yang masuk bertanding dari negara amerika la gamaknya memakai pakaian lari dah macam juara pecut dunia la kononnya...makk aiii..dia punya bulu kat badan tu habis dibuangnya sehingga nampak bentuk badan burung spesies bayan yang sebenarnya...biasala..kalau nak menang mesti la kena buang bulu kat badan tu supaya rintangan angin semasa berlari tu kurang...banyak cantik la kau punya teori....semua mata2 burung lain tertumpu pada burung ni sekor yang pelik.Mana taknya,dia sanggup mencemarkan maruahnya sebagai seokor burung yang sepatutnya mempunyai bulu. Hakikatnya itulah budaya burung dari amerika yang cuba di bawa masuk dalam sukan kali ni...
Manakala acara "BIRD CHEERS" tadi juga diteruskan dengan disertai oleh burung betina dan juga jantan yang menunjukkan kehebatan masing-masing.Si betina dan jantan pun sama je...semuanya terlompat-lompat,tunggang-terbalik, tergedik-gedik, melolok-lolok tak tentu arah macam kena rasuk dengan jin menayangkan aksi panas mereka dihadapan ribuan burung-burung yang lain.Si kunang-kunag dah panas dah ni....tapi bersabarlah...
Akhirnya berakhir begitulah hari sukan burung sedunia yang menyaksikan maksiat di kalangan burung-burung masih berterusan..ada juga adengan-adengan panas sesetengah burung burung dari luar negara yang mengambil kesempatan untuk bermesra dan bermanja dengan burung betina tempatan sambil mnyaksikana acara sukan di atas pohon besar yang rimbun.Apakah tindakan kunang-kunang selaku yang berpegang teguh dengan ajaran agama nenek moyang mereka???
Banggalah si burung empat spesies kerana telah berjaya manamatkan acara mereka dengan memperkenalkan satu pertandingan baru...tahniah bapak-bapak burung...dan kepada atlet larian burung yang sanggup berkorban untuk menggadaikan bulu engkau juga tahniah aku ucapkan...
Si kunang-kunang juga ada terfikir,ini kah antara kejayaan barat untuk mendoktrinkan fikiran sahabatnya burung-burung dengan hiburan, cara pemakaian, pergaulan dan sebagainya....
p/s : cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia
3 comments:
tuan, mungkin sebab si kunang2 tu just terangkan cahaya waktu malam utk geng2 burung2 yg baik je. sedangkan burung yg dok cheerbird tu tak pernah smpai cahaya pd mereka.akhirnya mereka dlm belenggu kegelapan yg sesat lg jahiliah.
-si leman
siapa yang sedar pada kecil,bagi mereka besar adalah segalanya..........
Salam.. wah.. 'hebat' benar sukan burung2 nie ye. Kunang2 sekelian, teruskan perjuangan antum!!
Post a Comment