Pages

22 June 2009

Kaktus dan Ulat Pemberian Allah

Salam pengukuhan sahabat semua...


Kali ni nak kongsi satu cerita dengan sahabat semua yang mana mungkin banyak menerima dugaan,ujian dan cabaran dalam kehidupan ini.Percayalah bahawa setiap ujian itu ada hikmah tertentu yang disembunyikan oleh Allah swt sebagaimana dalam cerita dibawah ini.

Dalam kisah ini,ada seorang lelaki yang berdoa kepada Allah memohon hajat agar diberikan bunga yang cantik dan rama-rama yang juga cantik.Namun begitu, Allah tidak mengurniakan bungan dan rama-rama kepadanya tetapi memberikannya pokok kaktus yang penuh dengan duri dan amat sakit bila tercucuk durinya dan seekor ulat yang padanya tidak begitu bernilai kerana ia hanya seekor ulat dan ulat itu akan merosakkan daun yang ada padanya .




Lalu lelaki ini sedih dan tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada apa yang dimintanya.Kemudian dia berfikir, Allah mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh tertentu, lelaki ini memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya.Lelaki ini amat terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan indah sekali,dan daripada ulat yang terselindung dahulu yang tidak bernilai padanya telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik dan berwarna-warni.




MasyaAllah.....begitu cantik dan indah pemberian dan kurniaan Allah padanya.Kini barulah lelaki tersebut mengerti disebalik pemberian Allah yang tidak menepati kehendaknya.Rupa-rupanya pokok kaktus dan ulat yang dia tidak suka itu menjadi sesuatu yang cukup indah padanya.

Begitulah perancangan Allah swt,Allah sentiasa melakukan semua perkara dengan betul!Cara Allah sentiasanya cara terbaik,walaupun kelihatan semuanya salah dan tidak betul serta tidak kena pada kehendak kita,maka jangan kita kecewa dan menyalahkan Allah swt.Jika anda memohon sesuatu kepada Allah dan menerima yang lain dari Allah, PERCAYALAH pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai dan lebih baik daripada apa yang dipinta.Apa yang and pinta.......tidak semestinya apa yang diperlukan!..Kemungkinan Allah menyimpan yang terbaik untuk dikurniakan pada kita pada waktu yang lain...



Allah tidak akan gagal memenuhi permintaan hamba-Nya,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.

DURI hari ini...

Adalah BUNGA hari esok!

ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA

Sekiranya anda suka mesej ini, sila hantarkan kepada orang lain.

Semoga Allah merahmati anda!

(Pesanan dan igatan buat diri terutamanya)

1 comment:

Tinta Al-Murabbi said...

salam..sgt suka sentence ini:-

Duri hari ini, adalah bunga hari esok!

Manusia melihat sekadar jangkauan otaknya yg cetek, jd jgn mudah menyalahkan takdir!

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM