Pages

24 January 2010

Nyamuk dan Manusia


Dua malam yang lalu, seperti biasa aku duduk didepan meja ilmuku. Aku ditemani laptop yang erat dalam lipatan jariku menaip dan mengumpulkan hal-hal baru yang menarik dan dapat kurangkai dalam kata-kata. Ya, itulah kebiasaanku, menulis di tengah heningnya malam dan kegelapannya. Sebuah kebiasaan yang telah dipahami dengan sendirinya oleh para rakan dan keluargaku.

Belum lama aku tenggelam dalam renunganku, dan belum sebuah masalah pun yang tergambar dalam otakku. Tiba-tiba sebuah sengatan tajam menusuk kulit telingaku, lalu pindah ketanganku.... Pikiranku buyar.. tapi ternyata kebuyaran itu membentuk sebuah hal baru yang muncul dalam pikiranku.


Seekor nyamuk telah menggangguku. Aku berusaha menepuknya, tapi sayapnya lebih cepat membawa lari mungil tubuhnya. Aku mencoba buka jendela, dan dengan cara itu ada gerombolan nyamuk lain yang langsung menerjang masuk. Kuhantam mereka dengan satu kibasan.... Luar biasa ternyata mereka mampu menghindar dengan berpencar.... Sungguh baru kali ini aku melihat ada sebuah umat yang dengan jalan berpencar dan berbeda arah malah mampu menyelamatkan kehidupannya. Mereka adalah nyamuk-nyamuk yang pandai.


Kalau begitu alangkah lemahnya manusia, yang selalu merasa paling pandai dan merasa paling kuat, bahkan merasa selalu ingin menguasai dunia ini dengan kekuatan... Padahal mereka kadang malah tertipu dengan keangkuhannya, merasa kuat, tapi untuk membunuh serangga kecil itu dengan satu kibasan saja kadang tak mampu...
Kalau manusia mau berpikir, bahwa antara manusia yang berakal, hewan yang berinsting, tumbuhan yang berkembang, ataupun benda mati yang diam semuanya tak akan ada kekuatan apapun kecuali berkat karunia ilahiyah semata. Tapi itulah yang kerap dilupakan.

Aku menemukan beberapa kesamaan antara nyamuk dan manusia.


Pertama, nyamuk mencari jalan hidupnya dengan mengisap darah, namun terkadang ia berlebihan dalam isapannya sehingga kecil badannya tak mampu menampung semua hasilnya tadi. Begitupun ia terus mengisap tak mau berhenti, hingga akhirnya perutnya kembung dan hampir pecah dengan sendirinya... Sungguh ia mencari hidup melalui jalan kematian, dan mencari jalan keselamatan namun disarang bahaya.


Kalau lah boleh kita qiyaskan maka ia tak jauh beda dengan orang serakah dan pecandu narkoba, pada isapan dan hirupan pertamanya ia merasa melihat surga dan kebahagiaan, sehingga ia tertuntut untuk kedua, dan ketiga kalinya bahkan seterusnya... Hingga menjadi sebuah kedahagaan tersendiri jika ia tak mengulanginya. Sementara ia tidak menyadari bahwa kefanaan telah mengintai dirinya dengan taring-taring yang menyeringai.


Kedua, nyamuk adalah mahluk yang tak mempunyai siasat mencari hidup yang baik. Hal itu dapat kita lihat saat ia hinggap pada tubuh manusia, ia tak hinggap kecuali dengan membawa dengungan suara yang yang menandakan akan kedatangannya. Akhirnya secara otomatis tubuh yang ia hinggapi tadi akan sgera menampiknya dan menggagalkan usahanya.


Toh kalau boleh kita kiyaskan maka ia tak lebih bagaikan seorang politikus yang bodoh, yang banyak ngoceh sana-sini, dan mengumbar statement tanpa karuan yang akhirnya statemen-statemen itu malah menghancurkanya, dan membuat musuh dapat berbuat sekehendak hati padanya, bahkan menyerangnya dengan serangan balik yang tidak ia sadari...


Ketiga, nyamuk yang dengan keringanan tubuhnya mampu hinggap di tubuh manusia dengan hampir tak terasa sedikitpun. Tapi sengatan dan gigitan yang ditimbulkan olehnya betul-betul perih dan menyakitkan. Ini bisa dianalogikan seperti seorang yang dengan segala senyum manisnya berusaha untuk memikat hati orang lain, hingga nampak indah dan mesranya senyum itu, kita tak mempunyai sedikit prsaangka buruk kepadanya. Tapi ternyata dibalik senyum nan indah dan bersahaja itu tersimpan sejuta tujuan nan jahat bahkan sanggup mengahancurkan dan "menyengat" kita jika maksud dan tujuannnya telah tercapai.

19 January 2010

Tersenyum melihat syurga di depan mata...


Salam jihad sahabat.. Bersyukur pada Allah atas nikmat kehidupan yang diberikan... Ini bukannya gambar yang tipu atau yang telah di edit saudaraku. Ini satu bukti kepastian daripada Allah s.w.t kepada kita yang masih hidup. Saudara kita yang telah tersenyum saat kematiannya melihat keindahan kehidupan syurga di SANA yang kekal abadi..Mereka telah BERTEMU dengan KEHIDUPAN yang sebenar....


Firman Allah s.w.t :
"dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, sebenarnya mereka itu hidup disisi Tuhannya mendapat rezeki.Mereka bergembira dengan kurniaan yang diberikan Allah s.w.t kepadanya dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."

3:169-170

Sahabat dan saudaraku..lihatlah sendiri gamabr yang disertakan ini. Saya tidak ingin mengulas panjang, hanya ayat Al-Quran dan hadith nabi yang mampu disertakan sebagai penguat semangat untuk terus bergerak dijalan Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat Al-Quran dia atas iaitu..

" orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka"

Terfikir bagaimana keadaan aku nanti.. Sabda nabi s.a.w : Menurut riwayat Ibnu Abbas r.a pula, yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad, bahawa Raslullah SAW bersabda: "Tatkala kawan-kawanmu telah tewas di Uhud itu, maka roh mereka disimpan oleh Allah SWT di dalam rongga burung hijau. Terbang dan hinggap di sekitar sungai-sungai syurga, makan daripada buah-buahan dan hinggap pada ranting-ranting emas yang tergantung di bawah naungan 'arasy".





Sa'id bin Jubair berkata: Ketika mereka memasuki syurga dan menyaksikan kemuliaan yang disediakan untuk para syuhada, mereka berkata: Seandainya saudara-saudara kami yang masih hidup di dunia mengetahui kemuliaan yang kami saksikan ini, maka apabila ada peluang untuk berperang, nescaya mereka langsung menyambutnya dengan sendiri sehingga mereka mati syahid dan mendapatkan sebagaimana yang kami peroleh daripada kebaikan. Maka Rasulullah memberitahu mengenai keadaan mereka serta kemuliaan yang mereka terima. Dan Allah SWT memberitahu mereka: Sesungguhnya Aku telah menurunkan dan memberitahu Nabimu mengenai keadaan kamu dan apa yang kamu peroleh, maka bergembiralah atas itu.



Al-Maraghi berkata: Mereka diberi khabar gembira mengenai teman-teman mereka yang keluar berjihad dan terselamat bahawa mereka akan menyusul di belakangnya (mati syahid). Maksud ayat ini ialah mereka akan tetap hidup sesudah mereka, meskipun mereka mendahului teman-temannya. MasyaAllah sahabatku..terpancar ketenangan dan senyuman di wajah mereka yang syahid...Ya Allah golongkanlah kami dalam golongan syuhada..Aminn




As Syahid Syeikh Ahmad Yasin
(kenapa musuh Islam sangat takut pada orang ini..Padahal dia tidak mempunyai kekuatan fizikal untuk berperang dan melawan musuhnya..)


As Syahid Abdul Aziz Rantisi

p/s : mulia nya sahabatku orang yang mati syahid kerana mempertahankan agama Allah s.w.t..mahukah kita..???Bersediakah..?? Jom bersama menyusuli saudara kita yang sedang menunggu..

18 January 2010

Sekitar "Bahang Asmara"

Muka depan slide 'Bahang Asmara"




Pengacara majlis yang banyak cerita dan perkongsian



Panelis yang mantap lagi bijaksana


Antara ribuan hadirin yang hadir..(termasuk tetamu dari langit)

16 January 2010

Ramai jugak yang tidur..


Salam ukhuwwah..

Semalam..sewaktu hari jumaat dan sewaktu pergi solat jumaat..fenomena biasa yang saya lihat di dalam masjid sewaktu khutbah dan setiap kali solat jumaat..haha..cuba teka apa dia..??Mungkin orang pompuan tak tahu kot..tapi kalau lelaki yang perasan dan perhatikan mesti rasa pelik sikit..

Hari tu..selepas balik daripada kelas aku terus ke bilik dan melemparkan beg..letih agaknya..lepastu bukak laptop dan cari bahan kejap..sedar tak sedar jam dah pukul 12.30 tgh hari..dalam hati berkata kejap lagi nk pegi solat jumaat..tidur la kejap..nanti mengantuk pulak masa khutbah..jumaat ni rasa lain sikit..maka tertidurlah aku buat seketika..terasa bagaikan telah tertidur selama 2-3 jam..rupa-rupanya tersedar dan jam baru menunjukkan jam 12.55 tengah hari..rasa puas giler tido waktu tu..terus bangun dan bersiap ke masjid..pegi jalan kaki jer..sampai kat jalan besar ada orang tumpangkan sampai masjid..lega rasanya xpayah lama2 berjalan dibawah terik matahari..fuhh..ujian je semua tu..tapi dah xlarat nk tahan dah..

sampai masjid untuk dengar khutbah..aku rilekas jer sambil telinga mendengar khutbah imam..hari tu imam menyentuh pasal gerhana matahari yang berlaku pada hari tersebut..imam membaca beberapa dalil berkaitan dengan gerhana dan membacakan suruhan dalam Islam apabila berlaku gerhana..

Ketika tengah imam khutbah..aku terperasan sesuatu yang pelik pada diri aku..ehhh..kenapa x rasa mengantuk ni..??..selalunya kalau waktu khutbah tu aku akan rasa mengantuk dan kadang2 hampir tertidor jer waktu khutbah tu..kantoi dah...ha'ah lah..tak mengantuk pun..lalu aku pun melihat sekeliling masjid..ku perhatikan elok2..rupanya ramai jugak yang tidor waktu khutbah..ingatkan aku sorang jer..pakcik2 orang muda orang tua..semua ada yang tertidor nyahahaha..tiba2 tertengok seorang rakan dari maktab tertidor sambil tersengguk-sengguk...hahahaha..lucu pulak rasanya tengok kepala dia yang melentok kedepan..kebelakang..kekiri..kekanan..hahaha..pendek kata 360 darjah la pusing..

lalu aku terfikir..macam mana orang boleh mengantuk kalau khutbah jumaat dimulakan kan..lalu terfikir satu sebab..mungkin kerana penat belajar atau kerja kot..persoalan nya..kenapa kerajaan tidak menjadikan hari jumaat sebagai hari cuti di negeri masing2 ea..??boleh la orang berehat sikit..kalau tak lepas jumaat tu sibuk pula nk sambung kerja balik..tak ke penat tu..

kita lihat kelantan contohnya..kerajaan negeri menjadikan cuti hari minggu pada hari jumaat dan sabtu.Antara sebabnya supaya rakyat dapat berehat pada hari tersebut dengan menghadiri majlis ilmu dan dapat fokus pada hari jumaat tu dengan ibadah..mungkin kurang sikit yang tidornya waktu khutbah jumaat tu..betol x..??

Salah satu sbb aku tak mengantuk pada khutbah tu mungkin aku dah tidor sblm solat jumaat tu..jadi tak mengantuk la..tapi tidor tu dengan niat yang betul la..dan juga berpada2..jangan tidor sampai x pegi solat pulak..

kesimpulannya..sebelum pegi solat jumaat tu..berehat la sekejap..tidor ke apa ke..buat la apa yg patut..nanti baru la tidak tidur sewaktu imam baca khutbah..ok kawan2..jumpa lagi..

14 January 2010

Apa la nak jadi..

Salam ukhuwwah..

Sebenarnya bukan xmahu update blog ni..tapi entah mengapa rasa malas jer.Tapi selalu jgk bukak blog untuk tgk blog kawan2 yang update..baca2 cerita dorg. Mana tau kot2 ada info yg berguna.

Xpa lah..kali ni nk cerita sikit pasal beberapa perkara yang menyebabkan aku rasa semenjak dua menjak ni entah mengapa aku rasa diri aku ni jadi x tentu hala.Macam-macam rasa ada..nak buat kerja pn jadi timbul perasaan malas..nk pikir pun jadi xboleh pikir..banyak masalah yg xdapat diselesaikan..banyak benda yang mengganggu dan macam-macam lagilah..Aku jadi tidak serius..kalau dulunya pantang ada kerja jer..terus nk bereskan.Tapi sejak baru masuk maktab untuk tahun ni aku jadi xtahu la..apa la nk jadi..

Kadang2 aku cuba check jgk diri aku ni..solat macam mana..tahajjud brapa kali buat..quran byk mana baca..ma'thurat brapa kali..buat baik mana banyak dengan buat jahat..tapi sekejap je insaf..pas tu jadi lagho balik..kenapa ea..??adakah amalan yang aku buat Allah x terima..Tapi aku kagum dengan sesetengah sahabat aku ni yang sentiasa bersemangat dan pantas melakukan kerja untuk islam..syabas aku ucapkan..Kadang2 rasa diri ini ingin menjadi seperti kawan2 yang lain..xpayah susah2 nk pikir program untuk dilaksanakan..ada masa untuk beriadah..ada masa untuk outing ke bandar..ada masa untuk menonton movie dan sebagainya..tapi bila fikir balik..aku xboleh nk jadi mcm mereka..sbb aku ada sedikit ilmu yg dipelajari..aku ada janji setia untuk islam..seolah-olah sedang tersepit antara kerja agama dan dunia..entah mana satu yg lebih kuat mempengaruhi..kawan2 pula sibuk memberikan task pada aku..nk tolak memang dh kerja aku..tapiii..entah lah..xda motivasi kot menyebabkan aku jadi mcm ni..ke sbb apa ea??

Semalam waktu tgh ym dengan sorang kawan kelas aku..dia tanya aku..

ym :"eh kenapa aku tengok mu dah berubah nije.."

aku :"hah..maksud kau mcm mana..??"

ym : "dulu kau rajin study..lg satu satu..dulu aku rasa dekat jer dgn mu..tapi sekarang dah jauh giler..aku dah xtau dah macam mana nk rapat balik dengan mu..aku tau kadang2 kitaorg ni over gile2..tapi still hormat kat mu terutamanya aku ni..aku takot la nk tegur mu.."

aku : "maksud kau 'kitaorg' tu sape"

ym : "budak pmp*** lar.."

aku : "takut..?? apsal plak."

ym : "yelah..perangai kau susah nk agak..asyik nk angin jer..kadang2 ok plak lpas tu nk marah2 plak..susah aku nk ramal..so nk tegur pun macm dh susah..'

sebelum tu dah ada sorang lagi kawan kelas aku yang lain bertanya pada aku..

"nije..kenapa kau nampak lain dah sekarang, dah berubah la.."

"berubah..maksud kau macam mana..aku rasa aku ok jer.."

"ialah..senyap jer sekarang..dulu bising jgk.."

lalu cepat2 aku tukar tajuk perbualan kerana malas nk pikir pasal diri aku ni..Nampaknya ada orang yang perasan tentang perubahan diri aku ni..aku pun xtahu nk jawab apa kalau ada orang komen aku macam tu..rasa macam nk kembali jer pada waktu dulu..hoiii..serabut aku..kalau aku tunjuk perangai aku sebenar rasa semua akan terkejut ni..tapi aku kawal lagi diri aku ni..berbekalkan iman yang lemah ini..aku boleh control lagi..tapi kadang2 tersasar juga..dah lah..aku xtau nk luahkan pada sape masalah yg aku ada nie..xda orang yg boleh aku percayai dan xda orang yang akan memahami diri aku yang hina ini..yang ada hanya orang yang ingin mengambil kesempatan pada diri aku ini..sbb tu aku lebih suka untuk bersendirian ..nk kemana2 pun aku xajak orang..tapi sbb kna bersosial..kadang2 aku ajak jgk sbb nk jaga hubungan..buat kerja pun dah xlaju dah sekarang..mulut rasa nak mencarut jer..

cukuplah..malas aku nk layan perasaan ni..biarkan begitu sahaja..cumanya bila rasa stress skit..aku buat jer apa yang aku suka..aku xpeduli dah kat orang lain..saje je nk cerita kat blog ni..boring2..tulis je lah kat sini..cakap jelah dgn blog ni..nasib baik ada blog..bleh jgk tulis2..

ok lah kawan..jumpa lagi lain kali...









11 January 2010

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan Huraian

Dapatkan di link ini

http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_wrapper&Itemid=66

10 January 2010

Perjuangan Hingga Akhir Hayat


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa


Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM