Pages

12 September 2012

Jangan di Cabar Seorang Lelaki


Sedikit perkongsian tentang sifat seorang lelaki. Sesuai untuk bacaan orang perempuan. Lelaki mempunyai ego yang lebih daripada seorang perempuan. Lelaki juga pantang dicabar kerana apabila dicabar ia akan rasa tercabar. Terutamanya kalau yang mencabar itu pula adalah seorang perempuan. Maka tak hairan perkara pelik akan berlaku. Sekiranya yang mencabar itu adalah seorang lelaki, maka tak hairan juga perkara yang mengerikan akan berlaku. Beberapa fakta tentang lelaki :

1. Dalam keadaan tegang lelaki akan bertindak tanpa berfikir panjang, manakala perempuan pula akan bercakap tanpa berfikir panjang.

2. Jangan berikan cadangan penyelesaian kepada lelaki sekiranya tidak diminta.

3. Kebanyakan lelaki tidak mampu berbohong dengan perempuan secara berhadapan. Namun, hampir semua perempuan mampu berbohong dengan lelaki secara berhadapan.

4. 15-20 peratus lelaki memiliki otak bercirikan wanita.

5. Lelaki dapat mengasingkan dan mengenepikan masalah mereka buat seketika.

6. Airmata lelaki lebih jujur dan ikhlas daripada airmata perempuan. Hargailah lelaki yang menangis untuk seorang perempuan.

7. Lelaki mengambil giliran apabila mahu bercakap. Oleh itu, apabila gilirannya tiba biarlah dia sahaja yang bercakap.

8. Lelaki lebih berterus terang apabila bercakap. Perempuan kurangkan terasa apabila bercakap dengan lelaki. Terima hakikat kalau betul.Tolak kalau salah.

9. Lelaki percakap secara harfiah. Wanita bercakap dengan perasaan.

10. Lelaki yang emosional dapat mengamuk bagaikan reptilia. Wanita yang emosional lebih suka becakap perihalnya.

11. Lelaki sanggup mendaki gunung, berenang di lautan dan merentasi gurun untuk membuktikan cintanya kepada kekasih. (analogi)

12. Apabila bersalah, lelaki merasakan dirinya gagal.

13. Lelaki benci di kritik.

14. Secara semula jadi, lelaki suka menyendiri kerana mahu menyembunyikan emosi supaya nampak terkawal.

15. Lelaki memanjat batu ketika cuba menyelesaikan masalah.

16. Lelaki sejati memang mampu menangis.

17. Lelaki perlukan tempat wanita perlukan sebab.

p/s : berdasarkan pembacaan, pengamatan, penglihatan dan juga pengalaman.



No comments:

COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM