Pages

09 October 2012

Esaimen

Ahhh...!!!..ketepikan semua rasa bedebah itu..!!..jangan pedulikan akan rasa itu..semua itu hanya gangguan yang boleh melambatkan gerak kerja..rasa itu sengaja hadir bagi mengganggu perasaan dan hati setiap insan..pergi jauh2..!!..jauh dari hati yang tengah semangat dan ketal seorang anak muda..rasa itu..hanya mengganggu..rasa sedih..rasa kecewa..rasa terpedaya..rasa lemah..rasa cemburu..rasa tak bersemangat..buang semua itu jauh2 dan jangan hadir lagi..masih banyak kerja yang perlu diteruskan..masih banyak peluang yg perlu direbut..masih banyak perkara untuk difikir..tiada masa untuk melayan semua ituu..belum masanya..

Akhirnya..setelah membuang semua rasa yang mengacau itu..hehe..aku berjaya juga menyiapkan tugasan..selama 5 tahun aku berhempas pulas dan bergelumang dengan segala macam mak nenek esaimen nih..akhirnya yang terakhir siap juga..hanya satu lagi yang belum diselesaikan..KISSM..takpe..itu kerja berkumpulan..boleh la rileks skit..

walaupun hari semalam hingga hari ini merupakan hari yg agak sugul..tapi berbekalkan semangat dan roh anak muda..aku kuatkan semangat..letak tepi semua benda yang boleh mengacau jiwa..ketepikan..tepi..!!tepi..!!..aku nak lalu..lega rasanya..bolehla tarik nafas lega tuk seketika..walaupun sebenarnya ada banyak lagi cabaran di depan..tapi aku dah nk sampai ke garisan penamat..dah nampak dah garisan tu..cuma perlu sedikit usaha dan sabar jer lagi..

nah korang..!!..ambik kat bawah ni..tunggu masa nk hantar jer...!!


Untuk tujuan keselamatan..maklumat peribadi kena rahsiakan..hehe




Haaa..apa tengok2..!!..jom goyang kaki laa..apa lagi..

07 October 2012

Terima Kasih Puan

Apa khabar semua..??..Hari ni  kurang mood skit..sakit kepala sejak semalam sampai pagi dan tgh hari ni..xtau kenapa..tambah2 lagi bila buka FB then tgk banyak sgt status pompuan2 gedik update status entah apa2..cukup aku rasa menyampah nga status2 gedik pompuan camtu..lepas tu siap letak gambar yg ada kata2 lagi.."lebih baik cari lelaki yang selalu naik tangga masjid..selamat rumah tangga.."....puiii..!!..aku xtau nk kata apa lagi..nk suami yg kaki masjid konon..tapi x check diri dulu kaki apa..kononnya status tu bila orang baca nampak mcm "ooo..bagusnya dia ni.."....."baiknya dia ni..nk lelaki yg baik..mesti dia pun baik jugak.."..KESIAN pun ada aku rasa..mmg xsalah nk kepada benda yg baik..tp entah..rasa menyampah giler aku..

Kahkah..bukan nk cerita benda ni sebenarnya..tu intro jer..melepaskan perasaan melalui penulisan..geram jugak kadang2 kan..nk lepaskan melalui lisan xde sape yg nk dengar silap2 kena 'shoot' balik..haha..xpe lah nasib badan..

Actually nk kongsi pasal jamuan smalam.Jamuan meraikan pensyarah penilai yg banyak membantu sepanjang menyiapkan kajian tindakan. Dialah Puan Hjh. Puteh Bt Ahmad. Kami pada asalnya nk belanja dia makan kat restoran nasi arab. Tapi bila gi sana kedai tu buat hal la pulak..hangin satu badan sampai kepala aku..fuhhh..!!..nasib baik sabar aku tinggi..kalau kena kat dia macam mana agaknya..satu jam punya tunggu order..last2 datang bg tau nasi dah habis..kena tnggu lagi 45 minit katanya..dah la hntar order untuk orang lain dlu..padahal orang tu baru jer datang..kami yg datang dah dekat sejam x dapat apa2..mmg la hangin kan..last2..belah mcm tu jer..gi cari kedai lain..opsss..kedai arab tu nama Malika Saba..aku dah banned dah kedai tuu..very2 bad n poor services..dah la waiter dia xreti cakap melayu..xpandai jaga customer..

Bagi mengurangkan angin yg tgh naik tu..Pn.Puteh suh pegi kedai Nasi Lemak Ayam Kampung kat pekan Ipoh..last2 makan situ jugak..duduk xsampai 5 minit after order..dah pun sampai makanan..haaa..baru betul mcm tu..services pun ok..baru la customer slalu datang..Lepas tu kami bagi hadiah pada Pn.Puteh skit..saje jer bagi cenderamata sebagai tanda terima kasih dan penghargaan..harap dia suka laa..hadiah orang pompuan jer..mahal sikit xpe lah..bukan selalu..hehe..dah habis makan apa lagi..balik laa..penat + kenyang  + hangin + makan = lega skit..


Haaa..boleh la senyum sikit dah lepas makan..kahkah
Yang 2 orang paling kanan tu actually kerja kat kedai ni..entah kenapa tiba2 nk masuk gambar gak..so bg la peluang..haha 


Gambar aku dan Pn.Puteh masa praktikum 3 di Batu Gajah..Masa ni last observe..kami belanja puan makan..hehe


Stakat ni saje..terima kasih Puan Puteh..






04 October 2012

Teknik PaSeKa


TEKNIK PaSeKa DALAM PENGUASAAN HURUF BESAR MURID TAHUN 4 CEMERLANG DALAM AKTIVITI PENULISAN

oleh :
Nazirul Nizam bin Mohamad

ABSTRAK




Kajian ini bertujuan untuk membantu murid tahun 4 Cemerlang dalam penguasaan huruf besar dalam penulisan bahasa Melayu menggunakan teknik PaSeKa. Kajian ini melibatkan seramai 10 orang responden di SK Bakap, Batu Gajah, Perak. Data-data dikumpulkan melalui kaedah pengujian, temu bual dan pemerhatian. Hasil analisis ujian pra dan ujian pasca menunjukkan terdapat peningkatan markah dalam ujian pasca berbanding dengan ujian pra. Dapatan kajian melalui temu bual pula menunjukkan kesemua responden dapat menggunakan teknik PaSeKa dengan baik dan berminat menggunakan teknik ini dalam aktiviti penulisan. Pemerhatian yang dilakukan juga menunjukkan responden berminat dan seronok menggunakan teknik PaSeKa dalam aktiviti penulisan mereka. Hasil kajian ini membuktikan bahawa teknik PaSeKa dapat diaplikasikan dalam aktiviti penulisan serta berkesan dalam penguasaan huruf besar murid tahun 4 Cemerlang. 


Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya aku telah dapat menyelesaikan pembentangan kajian yang telah dibuat dengan jayanya...

Sekarang masa untuk meraikannya kemenangan pula bersama kawan dan pensyarah..nantikan yer..padahal banyak lagi kat depan yg menanti..xpe..raikan dlu mana yg ada..

tapiiii..tahukah anda apa itu teknik PaSeKa..kalau nk tau rajin2 lah hubungi aku k..insyaAllah boleh berkongsi..Berikut merupakan beberapa keping gambar sewaktu pembentangan..tengok2 la yer..xde la grand sgt pun..biasa2 jer..


Ok..turn kami dah habis..boleh bergembira kejap..haha




Permulaan pembentangan dengan penuh yakin dan sabar..




Jenuh nk kelentong jawab soalan penilai..redah jer janji tak mati hujah..kahkah


Itu saje untuk kali ni..jumpa lagi lain kali dengan hari2 yang penuh kegembiraan..cai..caw..

27 September 2012

Mulut dan Lidah


MULUT merupakan anggota badan yang amat istimewa sekali. Dengan menggunakan mulut dan bermuarakan sepasang bibir mungil, kata-kata yang keluar daripadanya menyebabkan hati seseorang itu boleh jadi cair atau pun geram tak keruan. 

Seperti kata peribahasa: kerana santan, pulut binasa; kerana mulut, badan binasa. Satu lagi ialah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..Em..itu kalau perahu. Konfem boleh undur. Tapi kalau dah terlajak kata..tersenyum sendiri memikirkan camna lah nak pulihkan keadaan yer.


Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh 

manusia yang tingginya enam kaki.





 Sama2 kita menjaga mulut kita kerana kita berhubung dengan manusia




Berfikirlah hari ini untuk bercakap pada esok hari




26 September 2012

Luhur

Dengar dan hayati...
Mungkin anda mengenali guitarist dalam video ni..cuba teka..??
Sekarang dia dah jadi seorang pendakwah dalam medium yg xramai boleh ceburi bidang ni..lihat di sini




Boleh tengok di sini untuk kisah nya..


23 September 2012

Sori

Selamat hari isnin semua..ni haa..nak habaq skit nih..hari tu Abe Yu ada janji nak post pasal something pasal 15 September kan..??...ingat x..??..kalau xingat tgk sini..mana.??..sini..!!..tuu kat bawah tuu..hehe..tengok balik post yang bertajuk 
15 September 2012..

Tapi sekarang Abe Yu tengah busy dengan kajian tindakan..tengah nk finaliza kajian yang bertajuk "Teknik PaSeKa dalam Penguasaan Huruf Besar Murid Tahun 4 Cemrelang"..hehe..ok x tajuk nih..??..nanti Abe Yu akan tunjukkan hasil kajian yang telah Abe Yu lakukan..penat seh buat benda alah nih..rugi la kalau x tunjukkan..sabar yer..tnggu siap dan diluluskan dlu yer..

Hmmm..hujung minggu ni pun Abe Yu xsempat nak tulis blog..busy dengan coaching volleyball..sajer jer nk jadi coach nanti kat sekolah..at least ada juga sijil kan..walaupun penat sepanjang kursus sebab dia punya jadual dari 8 pagi sampai 6 petang..fuhhh..malam nya terus berehat laa..tapi Abe Yu akan tulis gak pasal coaching nih nnt..jgn risau..ada gambar sekali..apa pun coaching siri 1 memang best..ada lagi 2 hari yang perlu dihabiskan..adoii..penat lagih..tp xpe dapat ilmu dan kemahiran baru..nnt Abe Yu share yer..nanti kan dalam post seterusnya..dah banyak janji nih..aisshhh..

k..Abe Yu gerak dulu..ada masa kita jumpa lagi..ni pun tulis sambil dengar taklimat nih..haha..sori deh..
Peace..!!

15 September 2012

15 September 2012



Apa khabar semua..????..mesti semua sihat kan..??..hari ni adalah hari hepi bagi akuuu...!!!..tau x kenapa..??..hari ni adalah HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN aku..sekarang genap umur aku 23 tahun pada hari ni..!!..apa pun aku agak hepi hari ni..sori xdapat nak tulis panjang2 sbb baru jer balik rumah nih..

Apa pun terima kasih bebanyak kepada kawan2 rakan2 yang mendoakan dan ingat akan hari ulang tahun kelahiran aku..especially kawan2 dan rakan2 yang mendoakan di FACEBOOK..MESEJ HP..CHATTING dan semua2 lah..termasuk CELCOM yang baik hati hantar MMS Birthday kat aku...thanks u alls..!!!

Akan ku abadikan tarikh ini di blog ini untuk tatapan pada masa akan datang..tau x sape orang pertama yang wish birthday aku..??..hehe..tau..tau..??

Setakat ni xde sape2 lagi bagi hadiah nih..sape nk jadi orang pertama..??..hahaha..xmalu mintak hadiah..alaaa..xder hadiah pun xpe..tp dah ada orang nk belanja makan nih..!!!..hihi..sabaq2..kalau dah rezki xkemana nya..

lagi satu..pasal post yg spesel tu nnt lain kali yer..skrang xsempat nak tulis lagi..now nk berehat sbb esok masih banyak lagi aktiviti yang perlu dilakukan..

so..i gerak dulu yer..jumpa lagi..!!!..thanks u all..




Dah besor rupanya..!!!



14 September 2012

Ini Malam..


Apa khabar korang semua malam nih?..InsyaAllah mudah-mudahan semuanya baik-baik belaka.. Hari ni hari yang agak mencabar bagi aku.Menguji kesabaran, menguji keimanan dan menguji kelelakian aku..hah..hah..ada la skit problem nya..manusia mana xde masalah..naik sakit jiwa aku..tapi tetap sabar lagi..boleh sabar lagi..

Agak-agaknya apa yang aku nk tulis malam nih..hmmmm..ada idea x..??..Haaa..hari ni brapa haribulan..??..cer teka..14/9 la yong..haha..hmmmm...hari ni 14 esok 15 lusa 16..esok adalah hari yang spesel untuk aku..nk tau apa yang spesel nya tunggu esok..hehe..

Setakat ni dah 2 orang yg tersenarai dalam list utk dihargai..xpe..kita tgk esok plak macam mana.Esk ada post spesel utk pembaca blog semua..

Sekarang nih tengah merancang beberapa aktiviti untuk dilakukan sempena cuti hujung minggu ni + cuti 1Malaysia..tapi berbelah bagi jugak sebenarnya..xtau apa yg nk buat..antara yang dirancang nya :

1. Dok rumah tido
2. Buat Action Research
3. Buat tugasan
4. Keluar jalan2
5. Keluar beli belah
6. Pegi open house
7. Topup ilmu
8. Join program
9. Facebook..??..sori xlayan mana
10. Mandi sungai
11. Party
12. Layan movie


Hahahaha..banyak tul rancangnya..kalau boleh semua nk buat..apa pun kita tgk esok,lusa dan tulat..apa yang jadi dan apa yang tidak entah..tapi tengah semangat nihh..aissshh..!!

Malam ni post yang agak mengarut skit..rajin plak nk menaipnya..otak dok pikir kerja yg xsiap..hati dok rasa nk rileks2 kan otak..(sesak otak dah ni)..xsabau rasanya..nk tgk apa yang berlaku..

Jangan lupa nanti esok ada nk post something..kalau xbusy laa..kalau x..lewat la skit kot..apa pun thanks kerana sudi membaca..

Ada rezki jumpa lagi..selamat malam..selamat tido..!!..Assalamualakum.

Hadiah tuk korang..!!..kat bawah..




12 September 2012

Jangan di Cabar Seorang Lelaki


Sedikit perkongsian tentang sifat seorang lelaki. Sesuai untuk bacaan orang perempuan. Lelaki mempunyai ego yang lebih daripada seorang perempuan. Lelaki juga pantang dicabar kerana apabila dicabar ia akan rasa tercabar. Terutamanya kalau yang mencabar itu pula adalah seorang perempuan. Maka tak hairan perkara pelik akan berlaku. Sekiranya yang mencabar itu adalah seorang lelaki, maka tak hairan juga perkara yang mengerikan akan berlaku. Beberapa fakta tentang lelaki :

1. Dalam keadaan tegang lelaki akan bertindak tanpa berfikir panjang, manakala perempuan pula akan bercakap tanpa berfikir panjang.

2. Jangan berikan cadangan penyelesaian kepada lelaki sekiranya tidak diminta.

3. Kebanyakan lelaki tidak mampu berbohong dengan perempuan secara berhadapan. Namun, hampir semua perempuan mampu berbohong dengan lelaki secara berhadapan.

4. 15-20 peratus lelaki memiliki otak bercirikan wanita.

5. Lelaki dapat mengasingkan dan mengenepikan masalah mereka buat seketika.

6. Airmata lelaki lebih jujur dan ikhlas daripada airmata perempuan. Hargailah lelaki yang menangis untuk seorang perempuan.

7. Lelaki mengambil giliran apabila mahu bercakap. Oleh itu, apabila gilirannya tiba biarlah dia sahaja yang bercakap.

8. Lelaki lebih berterus terang apabila bercakap. Perempuan kurangkan terasa apabila bercakap dengan lelaki. Terima hakikat kalau betul.Tolak kalau salah.

9. Lelaki percakap secara harfiah. Wanita bercakap dengan perasaan.

10. Lelaki yang emosional dapat mengamuk bagaikan reptilia. Wanita yang emosional lebih suka becakap perihalnya.

11. Lelaki sanggup mendaki gunung, berenang di lautan dan merentasi gurun untuk membuktikan cintanya kepada kekasih. (analogi)

12. Apabila bersalah, lelaki merasakan dirinya gagal.

13. Lelaki benci di kritik.

14. Secara semula jadi, lelaki suka menyendiri kerana mahu menyembunyikan emosi supaya nampak terkawal.

15. Lelaki memanjat batu ketika cuba menyelesaikan masalah.

16. Lelaki sejati memang mampu menangis.

17. Lelaki perlukan tempat wanita perlukan sebab.

p/s : berdasarkan pembacaan, pengamatan, penglihatan dan juga pengalaman.



10 September 2012

Selamat Jalan BAI..



Teruskan perjuanganmu Bai..buat sehabis baik.
Jangan lupa kami disini
Sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mu
Jauh dimata dekat dihati..


COPYRIGHT@HAK MILIK PURNAMANIZAM